Tuesday, April 14, 2009

PM untuk semua rakyat - Najib

KUALA LUMPUR 14 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat di Malaysia tanpa mengambil kira faktor agama dan kaum.

Menurutnya, tugas utama beliau ialah untuk menyatupadukan seluruh rakyat berasaskan konsep Satu Malaysia yang menekankan prinsip saling percaya-mempercayai di antara satu sama lain.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Vaisakhi di Kuil Tatt Khalsa Chow Kit di sini hari ini. - Utusan

kita lihat nanti apakah kata-kata najib itu akan dikota atau hanya janji yang akan jadi macam janji yang dulu-dulu hanya tinggal janji. bagus lah kalau dah sedar bahawa jawatan PM adalah untuk semua rakyat tak kira apa fahaman politik mereka. tak kira samada dari PR atau BN. jangan pula nanti bila nak agihkan kan projek pembangunan hanya kawasan dan negeri BN saja yang dapat. kawasan dan negeri dibawah PR dinafikan hak tersebut. begitu juga peruntukan untuk wakil rakyat...jangan hanya bagi pada wakil rakyat BN saja...sebab duit yang digunakan itu adalah duit rakyat. bukannya duit BN.

ini tidak, masa kempen pilihanraya guna jentera kerajaan yang di biayai oleh duit rakyat..tapi digunakan untuk hentam rakyat yang berpihak kepada PR. contoh terbaik penyalahgunaan jentera kerajaan ini adalah RTM. kalau duit BN yang digunakan untuk pengurusan RTM tak apa lah kalau BN nak guna RTM masa kempen untuk hentam PR teruk macam mana pun. tapi RTM adalah hak rakyat, sekurang-kurangnya kalau BN boleh guna RTM untuk kempen...bagi lah peluang yang sama pada PR untuk tujuan kempen.

tapi bila najib dah sedar bahawa jawatan PM adalah untuk semua rakyat maka kita amat senang hati dan ingin lihat selepas ini tiada lagi diskriminasi kepada rakyat yang berada di bawah parlimen, dun atau negeri PR. atau kata lain yang lebih tepat rakyat yang menyokong PR.

No comments:

Search This Blog