Thursday, October 14, 2010

BN siap sedia untuk pilihan raya mengejut


Tindakan terbaru kerajaan menunda pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah petanda “utama” bahawa pilihan raya umum ke-13 semakin hampir, kata ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ada kemungkinan kita akan saksikan pilihan raya umum yang mengejut dan saya jangkakan pembentangan bajet esok adalah bajet pilihan raya,” katanya pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.

Wednesday, October 13, 2010

Air naik di Kedah, BN pula terpaksa bela diri

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Agak menarik dalam isu kenaikan tari air di Kedah ialah sepatutnya Kerajaan Negeri yang teruk dihentam kerana menaikkan harga air. Apa yang berlaku adalah sebaliknya, di mana pihak pembangkang (BN) pula yang terpaksa berhempas pulas mencari dalih dan helah untuk melepaskan diri dari dipersalahkan.
Setiausaha Umno Kedah, Datuk Ir Nawawi Ahmad menganggap Menteri Besar Dato’ Seri Azizan Razak macam ‘gangster’ kerana asyik mengugut untuk mendedahkan kepincangan mereka sewaktu jadi kerajaan dulu.

Sultan Kelantan lucutkan gelaran 'Datuk' Ibrahim Ali


Istana Kelantan hari ini melucutkan gelaran 'Datuk' yang dianugerah kepada presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.
Selain Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas, gelaran Datuk bekas setiausaha kerajaan negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud juga ditarik balik.
Sementara itu, dalam reaksi spontannya, Ibrahim ketika dihubungi oleh Malaysiakini mengesahkan beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pagi ini bahawa DMSK yang membawa gelaran 'Datuk' yang dianugerahkan kepadanya telah dilucutkan.

Teoh Beng Hock, Wanita Pertama dan Komanwel

Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh


 
Tindak tanduk kerajaan Malaysia kian merisaukan, sikap acuh tidak acuh kerajaan dalam bertanggungjawab terhadap pelbagai masalah dalam negara amat membimbangkan rakyat.  Mungkin kerajaan lupa bahawa warga negara yang layak mengundi terdiri daripada jutaan rakyat yang berakal dan memerhati mereka setiap hari dan bukan hanya penyokong tegar Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.
Rencana kali ini cuba mengupas kembali beberapa peristiwa yang masih menjadi tanda soal dalam benak pemikiran rakyat jelata.  Rencana ini berpandangan mengenai persepsi rakyat yang sudah mula khuatir dengan corak pimpinan yang kian tidak masuk akal, langsung tidak bermotifkan politik seperti cuaca yang melanda Negara sejak 2008.

“Saya bukan calon Galas”

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menafikan spekulasi beliau akan dicalonkan mewakili Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 November ini.
Sebaliknya, Tengku Razaleigh berkata, tiada keputusan dibuat untuk menentukan calon pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas selepas pertemuan beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, semalam.

Tuesday, October 12, 2010

Pertandingan Timbalan Presiden PKR


Oleh Nobisha
Akhirnya, seperti yang diduga Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR. Ia bukanlah sesuatu yang memeranjatkan. Malah, ia adalah sesuatu yang logikal.
Sebelum ini, saya pernah menyebutkan bahawa sekiranya PKR ingin menampilkannya sebagai parti alternatif dalam PRU13, ia harus meletakkan seseorang yang ada pengalaman dalam kerajaan di jawatan nombor dua itu.

Persimpangan Terakhir buat Kuli?


Sejarah politik Ku Li yang gemilang di zaman mudanya telah dicantas dengan ja
yanya oleh Dr Mahathir. Beliau yang lebih dilihat kekananannya berbanding Dr Mahathir, telah dilangkaui gara-gara pemilihan yang dilakukan oleh Tun Hussien Onn. Selepas itu Ku Li beberapa kali cuba mencabar, tetapi hanya hampir-hampir mencapai kejayaan pada tahun 1987. Selepas itu kerjaya politiknya semakin malap.

Monday, October 11, 2010

Perkhidmatan awam dan Kabinet

Oleh - Abdul Aziz Bari
Khairy Jamaludin betul apabila, pada 2 September lalu, menyatakan bahawa perkhidmatan awam Malaysia terlalu besar. Di bawah sistem Westminster yang kita amalkan sekarang, perkhidmatan awam yang buat masa ini berjumlah sekitar 1.2 juta orang, adalah sebahagian daripada kerajaan. Bagaimanapun perkhidmatan awam perlu berkecuali dalam erti kata ia tidak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Tegasnya kakitangan awam boleh mengundi parti pembangkang di dalam pilihan raya.

Kepura-puraan Pemimpin BN


"Najib mendakwa dia tidak dapat menyelesaikan masalah perkauman yang kerap ditimbulkan oleh golongan tertentu, terutamanya kakitangan kerajaan. Dia menambah bahawa semasa memerintah selama 22 tahun, Mahathir sendiri mengakui kegagalan menghapuskan masalah tersebut. Rakyat mengetahui dengan mendalam bahawa kenyataan ini bersifat melempar batu sembunyi tangan.

Search This Blog