Thursday, March 24, 2011

Buku Jingga: Pro Rakyat Vs Kroni

Oleh: Litmohd
Ternyata pimpinan Umno/BN khususnya Perdana Menteri, Dato’ Najib sendiri gelisah dan gelabah berdepan dengan tawaran 100 hari Pakatan Rakyat jika dapat menguasai Putrajaya. Hingga sekarang, Najib sekadar mengecam agenda Pakatan rakyat itu yang padanya akan memufliskan negara, tanpa memberi cadangan balas untuk mengatasi kepincangan ekonomi negara.
Jika orang nombor satu mereka sudah gelabah, pendokong Pakatan Rakyat usah gusar berhadapan dengan pencacai-pencacainya di peringkat bawahan di dalam mempromosikan agenda keramat Pakatan Rakyat ini, khususnya di saat ini sedang berperang di PRK Tenang.

Wednesday, March 23, 2011

Siapa Dato' T Sudah Di Ketahui

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Identiti Datuk T cetus tanda tanya

Selepas 24 jam mencetuskan kontroversi kerana menayangkan kepada sekumpulan wartawan satu rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur di sini kelmarin, identiti Datuk T, iaitu orang yang mendakwa memiliki rakaman itu, terus kekal misteri. Datuk T sehingga malam tadi masih menjadi tanda tanya bukan saja dalam kalangan orang ramai malah polis.
Satu sumber memberitahu, jika kelmarin kontroversi tersebut lebih kepada aksi lucah didakwa membabitkan pemimpin pembangkang namun semalam situasi itu berubah apabila ramai tertanya-tanya siapakah Datuk T.
Lebih menarik perhatian, apakah hubungan Datuk T dengan pemimpin pembangkang yang didakwa sebagai lelaki yang melakukan seks dalam rakaman video yang dimiliki Datuk T.

Monday, March 21, 2011

Akad nikah di masjid didakwa amalan Kristian

 Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang daripada amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.
Beliau berkata, Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.
Ahmad yang juga ahli Majlis Hal Ehwal Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berkata, walaupun pernah berlaku peristiwa akad nikah dalam masjid pada zaman Rasulullah namun, ia berpunca dari kehadiran seorang wanita ke dalam masjid yang mahu dirinya dikahwini.

Kasihan penoreh, harga getah terus menjunam ..masa naik sokong BN...masa turun salahkan PR..!!!

Itulah takdir Tuhan yang Maha Kaya. Betapa lemah hamba-hambanya untuk menghidu hukum sebab dan akibat, apa lagi mengatasi kuasaNYA.

Hanya beberapa minggu lalu, iaitu sewaktu rancak kempen pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dan Merlimau, menoreh getah dianggap sumber pendapatan yang lumayan. Ini disebabkan harga getah yang tinggi dan stabil sehinggakan harga getah sekerap sahaja pernah mencecah RM8 sekilo.

Search This Blog