Pengumuman penangguhan pemilihan kedua-dua parti komponen terbesar Barisan Nasional, UMNO dan MCA telah mengundang ramalan bahawa pilihan raya umum mungkin diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak pada tahun depan. Seandainya begitu, maka percaturan strategi Perdana Menteri Najib Razak adalah untuk memecah-belahkan kekuatan Pakatan Rakyat di Sarawak, untuk mengelakkan keputusan pilihan raya Sarawak daripada mempengaruhi peratus kemenangan BN dalam PRU yang akan datang.
Secara jujur Pengerusi Perhubungan PKR Sarawak Baru Bian berkata, beliau tidak berharap PRU diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak. Tetapi, "Saya juga tidak terperanjat seandainya BN mengadakan kedua-dua pilihan raya serentak," katanya Baru Bian.