Saturday, June 6, 2009

Husam: Lupakan sahaja rundingan PAS-Umno


Naib Presiden PAS, Husam Musa sekali lagi menegaskan bahawa PAS tidak harus sekali-kali berunding dengan Umno 'yang kini dalam keadaan lemah".

"Saya harap mesej ini diterima bahawa parti ini tidak harus sekali-kali berunding dengan Umno yang merupakan musuh politiknya," katanya kepada pemberita di muktamar parti itu di Shah Alam hari ini.

Katanya, selagi ia menguntungkan Umno, PAS tidak sepatutnya bekerjasama dengan parti tersebut.

Jika tidak, tegasnya, PAS akan dilihat seperti membantu Umno yang kini dalam keadaan yang lemah.

Husam bertanding jwatan timbalan presiden, berdepan dengan penyandangnya, Nasharuddin Mat Isa dan seorang lagi pencabar, Mohamad Sabu yang juga naib presiden.

Proses pengundian bermula jam 3.50 petang ini dan sedang berjalan. Ia jangka berlanjutan sehingga ke malam.

Menurut pengerusi pemilihan, Datuk Mustafa Ali, pengiraan akan dijalankan hari ini, tetapi keputusannya akan diumumkan pagi esok.

Friday, June 5, 2009

Buka keahlian bukan Islam antara 6 strategi perkukuh PAS - Hadi

Barisan kepimpinan tertinggi PAS pusat ketika majlis perasmian muktamar parti kali ke-55. Turut hadir, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa dan pemimpin-pemimpin kanan parti. Foto THE STAR Oleh: NORAFIFI EHSAN.

SHAH ALAM: PAS memulakan Muktamar Tahunan Ke-55 pagi ini dengan menggariskan enam strategi, antara lain mahu menampilkan satu imej dan citra sebagai parti Islam yang sentiasa bersedia untuk berdepan dengan apa jua cabaran semasa dan mendatang.

Sehubungan itu, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS perlu menampilkan satu pendekatan imej yang bersifat 'usuliy' dari segi prinsip-prinsip perjuangan, 'mu’asirah' dari segi kepimpinan dan organisasi-jentera, 'istiqbaliy' dari segi persiapan dan kesediaan untuk menggempur senario perjuangan masa depan. Selain itu, Hadi yang menerajui PAS sejak 2002 berkata, beliau mahu semua peringkat ahli parti memperkukuhkan ukhuwwah, mahabbah dan persaudaraan dalam saf jemaah khususnya di peringkat kepimpinan serta aktivis parti sehingga ke seluruh akar umbi. "Arahan ini juga termasuk memperkukuhkan Kelab Penyokong PAS sehingga kebersamaan mereka dalam perjuangan PAS dapat terus diperkasakan," katanya.

Malah, Ahli Parlimen Marang itu berkata, pihaknya ingin memimpin perubahan dalam negara ini dengan Islam.

"Semua petugas parti perlulah mencari formula dan ruang yang ada untuk menonjolkan kepimpinan Islam dalam segenap segi kehidupan dengan cara yang penuh hikmah dalam menangani harapan rakyat dari pelbagai kaum, agama dan budaya serta terus kekal dengan iltizam disiplin yang tinggi supaya tidak goyah oleh perancangan jahat musuh," kata beliau dalam ucapan dasar bertemakan Islam Memimpin Perubahan.

Tiga strategi lain yang diketengahkan Hadi ialah:

- Melaksanakan mesej dakwah secara muwajahah silmiyyah, dengan bersedia berdialog, bermuzakarah dan berdebat dengan sesiapa sahaja demi merealisasikan tema Islam Memimpin Perubahan.

- Terus-menerus memperkasakan parti dan mempersiapkan kepimpinan PAS bagi menangani cabaran persaingan yang semakin sengit dari segi tuntutan intelektual dan mendepani permasalahan negara dalam konteks global.

Para pimpinan ulama PAS juga perlu berani berijtihad bagi menangani polemik-polemik baru dalam urusan perundangan dan kancah politik yang serba mencabar ini.

- Mengeratkan persefahaman dan keserasian setiakawan dan kelancaran bekerja di semua peringkat dalam Pakatan Rakyat sehingga benar-benar dapat menyerlahkan kredibiliti dan perpaduan Pakatan Rakyat khususnya di semua negeri-negeri yang kita tadbir bagi bersiap sedia untuk menempah kejayaan yang lebih besar dalam pilihan rata umum ke-13.

Usul jawatan presiden diterajui ulama ditolak


Usul Dewan Ulama PAS supaya jawatan kanan parti - presiden, timbalan dan seorang naib presiden - diperuntukkan kepada ulama telah ditolak, kata Pengerusi Jawatankuasa usul Muktamar PAS, Mahfuz Omar.

Beliau yang juga ketua penerangan PAS berkata, usul itu ditolak kerana tidak cukup kriteria untuk dibahaskan.

Katanya, cadangan itu perlu dibincangkan di peringkat jawatankuasa PAS Pusat, terlebih dahulu kerana pelaksanaannya melibatkan pindaan perlembagaan parti tersebut.

Semalam perwakilan Dewan Ulama Terengganu membentangkan usul tersebut dan diluluskan oleh dewan tersebut untuk dibawa Ulama dalam muktamar sayap parti tersebut

Thursday, June 4, 2009

Selamat "Menoreh" UMNO di Manek Urai



Artikel Oleh: WFAUZDIN NS

SELAMAT Datang Umno ke Manek Urai dan selamat juga diucapkan kepada jentera-jentera Umno yang akan menjadi `orang susah serta fakir miskin' di Manek Urai untuk beberapa minggu ini. Kepada yang bakal menjadi `penoreh sambilan' di Manek Urai, kita harap akan dapat bekerja dengan baik, telus dan berdisiplin tanpa melukakan pokok-pokok getah nanti. Jangan lupa kepada penduduk-penduduk di Manek Urai khususnya kepada penoreh-penoreh getah, anda boleh lah mengambil `cuti' tahun untuk beberapa minggu ini kerana anda akan dapat `penoreh' sementara untuk menyara keluarga anda.


Satu lagi strategi terbaik Umno akan dipamerkan di Manek Urai bagi membuktikan Umno sentiasa membela nasib orang-orang Melayu. Saya tidak pasti samada di masa akan datang terutamanya di Sarawak, apakah Umno/Bn akan turun `bercawat' atau memasang tindik besar di telinga sewaktu turun berkempen di kawasan pengundi orang-orang Penan. Begitulah keadaannya jika pemimpin sudah kehabisan idea bagaimana untuk membantu rakyat bawahan sehinggakan sanggup melakukan perbuatan aneh lagi melucukan.

Apakah pengundi-pengundi di Manek Urai akan menjadi `bodoh' selepas melihat aksi lawak antarabangsa Umno nanti? Kembali kita kepada pesanan Tuan Guru Nik Aziz yang juga MB Kelantan, apabila `diberi gula kita ambil, diberi kain kita pakai, diberi kerbau kita seret, tetapi undi PAS". Kini, kita tambah satu lagi ayat tersebut iaitu `apabila diminta pisau toreh, kita asahkan dan beri pada dia dan kita tidor di rumah, tetapi undi tetap PAS". Saya merasa khuatir bila mengingatkan bagaimana keadaan pokok-pokok getah itu nanti bila berebut-rebut puak-puak Umno dari jauh ini datang untuk menunjukkan kebolehannya menoreh. Lebih dikhuatirkan lagi apabila mereka bercadang pula untuk tidor di rumah-rumah penduduk di Manek Urai. Tidak dapat dibayangkan sekiranya tuan rumah mengajak mereka yang tidor di rumahnya itu sembahyang berjemaah dan menyuruh mereka ini menjadi Imam. Kalau sembahyang Zohor atau Asar boleh berkira juga, tetapi kalau sembahyang Maghrib, Isyak atau Subuh kena lah si Imam berkuat sedikit suaranya. Bayangkan jika yang datang menumpang tidor itu tidak pernah menjadi Imam, tentu melucukan.

Apa pun memang baik sangat Umno berbuat demikian. Maklumlah dengan cara apa lagi Umno nak buktikan kepada pengundi-pengundi di Manek Urai bahawa Umno sekarang ini sanggup bersusah payah bersama rakyat walaupun seminggu dua. Biarkan sahaja Umno dengan gelagatnya itu. Itulah kelebihan Ketua Penerangan Umno yang baru dan diharapkan beliau juga akan turut menoreh bersama nanti. Menteri Penerangan pun boleh turun ke Manek Urai untuk menoreh kerana Rais Yatim adalah orang Jelebu yang kawasannya sendiri pun penuh dengan hutan bukit bakau yang tentunya sudah menjadi kebiasaannya.

Kepada pengundi-pengundi di Manek Urai, gunakanlah peluang ini untuk anda melihat sandiwara semasa oleh Umno. Apa yang penting, selepas Umno `menoreh' di kawasan anda, tentukan kita `toreh' pula Umno di peti undi nanti. Selamat `menoreh' Umno di Manek Urai.

Bumbung stadium runtuh petanda kerajaan BN hampir jatuh - Nik Aziz

Kata Menteri Kerjaraya, Dato' Shaziman Abu Mansor bumbung stadium runtuh memalukan negara.

Bagi Menteri Besar Kelantan pula runtuhnya bumbung stadium petanda kerajaan Barisan Nasional (BN) akan jatuh.

"Apa yang berlaku di Kuala Terengganu itu sebagai menandakan kerajaan BN akan runtuh tidak lama lagi," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini semalam.

Pagi kelmarin bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang bernilai RM292 juta runtuh menghempap bumi. Sedangkan stadium itu baru dirasmikan hampir setahun lalu.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, amat tidak lojik stadium berkenaan yang hanya baru dibina setahun lalu boleh runtuh kalau ditengok dengan kos pembinaannya sehingga RM292 juta.

Menurut beliau tentunya ada sesuatu yang tidak betul dilakukan semasa pembinaannya sehingga menyebabkan strukturnya kurang kukuh.

"Tentu ada sesuatu yang berlaku di sebalik keruntuhan itu, orang lain buat stadium berpuluh tahun tahan, kita buat tak sampai setahun boleh runtuh, piramid di Mesir dah beribu tahun tak runtuh sampai sekarang.

"Ini tentunya buat stadium lebih pasir daripada simen ni, kalau tak, tentu perkara strukturnya tidak mudah runtuh," ujarnya.

Mengenai calon PAS di pilihan raya kecil Dun Manek Urai, beliau berkata, ia sudah ditentukan Perhubungan PAS Kelantan dan akan diumumkan menjelang pilihan raya kecil berkenaan diadakan

Nizar Failkan Rayuan ke Mahkamah Persekutuan 8 Jun

Walaupun masih belum menerima penghujahan bertulis keputusan Mahkamah Rayuan 22 Mei yang mengesahkan Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar, namun ini tidak menghalang langkah Mohammad Nizar Jamaluddin untuk memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan."Kita masih belum menerima penghujahan bertulis daripada Mahkamah Rayuan. Walau bagaimanapun setelah berbincang dengan peguam pihak kami akan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan pada hari Isnin 8 Jun depan," kata Nizar.

Tambahnya pasukan peguam beliau akan memohon agar rayuan beliau akan didengar oleh panel penuh sembilan hakim. Hakim Mahkamah Rayuan Md Raus Sharif sebelum ini berkata penghakiman bertulis akan dikeluarkan pada 29 Mei. Bagaimanapun faks daripada pejabat Mahkamah Rayuan memberitahu bahawa mahkamah tersebut masih dalam proses menyediakan penghakiman bertulis tersebut menurut peguam Nizar, Leong Cheok Leng.

"Kita berharap akan menerima dokumen tersebut pada minggu ini supaya kami dapat bersedia untuk proses rayuan kepada Mahkamah Persekutuan," katanya. Nizar mempunyai tempoh masa sebulan daripada tarikh keputusan secara lisan untuk memfailkan rauian beliau. Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang apabila Parlimen menyambung sidang 15 Jun depan

Setahun jagung sudah menyembah bumi!

KUALA TERENGGANU - Tanpa ribut atau tsunami, sebuah stadium yang boleh memuatkan 50,000 orang tiba-tiba runtuh pagi semalam. Nasib baik tidak ada seorang pun penonton di stadium Gong Badak ketika kejadian 7.30 pagi itu.

Nasib baik juga kecelakaan itu terjadi semalam. Sekiranya bumbung itu roboh hari ini mungkin ramai yang maut sebab hari ini sepatutnya berlangsung sukan kakitangan universiti-universiti setempat di stadium berkenaan. Acara itu terpaksa ditangguhkan.

Dan, lebih bernasib baik lagi keruntuhan itu tidak terjadi semasa Sukma 2008 diadakan tahun lalu, jika tidak tentu bilangan yang menemui ajal lebih ramai, mungkin termasuk orang-orang kenamaan yang duduk di ruang VVIP.

Tetapi, apakah kita boleh berasa lega dengan hanya ‘nasib baik’? Apa kata sekiranya nasib tidak menyebelahi kita? Mengapa stadium yang berusia setahun jagung itu boleh menyembah bumi?

Rakyat, khasnya pembayar cukai, tentu layak bertanyakan soalan ini. Stadium Gong Badak – stadium terbesar di Pantai Timur – menelan biayai bukan sedikit: RM300 juta.

Adalah malang dengan belanja sebesar itu, stadium canggih tersebut bertahan hanya setahun. Baru Mei tahun lalu dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agung, Sultan Mizan Zainal Abidin, tiba-tiba pagi semalam 60 peratus dari bumbungnya, termasuk ruang yang menempatkan tetamu Diraja, roboh.

Apakah pembinaan yang tergesa-gesa – untuk menempatkan Sukma – boleh dijadikan alasan keruntuhan tersebut? Rakyat tentu tidak dapat menerima alasan seperti ini. Ini bukan kerja RM3 juta, atau RM30 juta, ini projek RM300 juta!

Apakah ada penyelewengan di sebalik projek tersebut? Siapa orang di belakang kontraktor projek mega ini? Bagaimana pemberian projek dilakukan? Pihak mana yang meluluskan binaan tersebut sebelum sah selamat digunakan?

Soalan-soalan ini perlu diselidiki secara terperinci dalam masa terdekat, dan jawapan hendaklah diberitahu kepada umum. Baru setahun jagung, pasti rekod-rekod mudah diperoleh, dan tidak ada sebab siasatan perlu mengambil masa yang lama.

Pasti ada silap di mana-mana, kalau tidak mana mungkin binaan mewah itu boleh roboh – bukan kerana tiupan kencang ribut musim tengkujuh, tetapi runtuh dalam hembusan bayu sepoi-sepoi bahasa. Memalukan!

Sangkakan kerajaan Ahmad sebaliknya bumbung runtuh dahulu

Oleh Adnan Ibrahim

Orang ramai menyaksikan kegawatan politik Umno Terengganu hanya menunggu masa untuk meletup dan mengubah landskap politik di negeri itu sebaliknya benda lain pula yang runtuh.

Nasib baik tiada jiwa yang ikut tumbang jika tidak Terengganu menjadi negeri kedua selepas Selangor yang akan mendapat liputan siaran langsung menyaksikan pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa.

Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, Kuala Terengganu, hampir musnah apabila kira-kira 60 peratus struktur bahagian bumbungnya runtuh. Kerugian dianggarkan RM25 juta.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 9.30 pagi semalam itu, melibatkan bahagian hadapan, kiri dan kanan bumbung stadium. Runtuhan dipercayai bermula pada bahagian tengah stadium yang menempatkan bilik tetamu kehormat (VIP) dan tempat duduk utama termasuk pentas diraja.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan bagaimanapun beberapa motosikal dan sebuah kereta ditimpa bumbung stadium yang runtuh itu.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM292 juta dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei tahun lepas merupakan sebahagian daripada Kompleks Sukan Gong Badak bernilai RM543 juta.

Stadium berkenaan menjadi mercu tanda Terengganu dan gelanggang bagi beberapa acara utama pada Sukan Malaysia (Sukma) 2008 dan perlawanan bola sepak Liga Super.

Menurut sumber stadium tersebut berlaku banyak kerosakan selepas Sukma dan ia dikatakan terpaksa diperbaiki berterusan.

Kompleks sukan ini dikatakan menjadi kebanggaan bekas Menteri Besar Terengganu, Dato' Idris Jusoh terutama dalam kempennya pada pilihan raya umum 2008 lalu menentang PAS.

Bagaimanapun selepas pilihan raya itu beliau tidak dilantik menteri besar dan hanya mampu 'menelan air liur' apabila melihat Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said di atas pentas diraja dalam upacara perasmiaan Sukma di situ pada 31 Mei 2008.

Apakah keruntuhan bumbung stadium projek kroni Idris itu membayangkan kejatuhan awal karier politik dan kumpulan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) beliau sebelum sempat mengusulkan undi tidak percaya kepada Ahmad sebagai menteri besar?

Walaupun 'geng Idris' menjadi majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu sehingga 18 Adun tetapi sampai sekarang beliau masih gagal menjatuhkan seorang sahaja musuh politik beliau itu.

Hasrat Idris mahu melihat Ahmad jatuh seumpama Mohamad Nizar Jamaluddin iaitu bekas Menteri Besar dan kerajaan pakatan rakyat Perak kepada Barisan Nasional (BN) sehingga kini belum menjadi kenyataan dan menjadi penyebab Umno Terengganu berpecah dua iaitu kumpulan Adun diketuai Idris dan kumpulan Jawatankuasa Bahagian Umno, yang menyokong Ahmad.

Keruntuhan bumbung stadium itu tidak boleh mengelak daripada menjadi isu percaturan politik kedua musuh tersebut. Bagi Ahmad ia membayangkan betapa buruknya pemerintahan sebelum beliau di samping memberi keuntungan kepadanya.

Tragedi tersebut juga mendedahkan lagi betapa rakusnya pemerintahan Idris mengguna dan mengambil kesempatan wang royalti minyak Terengganu.

Dikatakan 'geng Idris' menjadi kaya raya kerana penguasaan kuasa pemerintahan di zaman Idris kerana itu lebih cepat menjatuhkan Ahmad lebih banyak harta boleh dikumpulkan.

Sementara kumpulan Ahmad pula tidak mengalah kerana di Terengganu boleh menguasai pemerintahan bermakna harta dan kekayaan minyak boleh menjadi milik secara tidak langsung melalui projek mega yang direka.

Akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata Terengganu yang terus tidak ada kerja disebabkan hilang kemampuan daya fikir pemerintah bagi menaikkan taraf penduduknya.

Sepatutnya sudah lama rakyat Terengganu mendapat kemudahan dalam serba serbi hasil wang royalti terutama membentuk dan melahirkan usahawan yang berjaya kerana Terengganu mempunyai banyak wang untuk membimbing belia ke arah tersebut

Benarkah UMNO/BN Punya Majoriti di DUN Perak?

Pilihanraya adalah salah satu cara untuk memberi peluang kepada rakyat untuk memilih sebuah parti politik bagi menerajui sesebuah negeri atau Negara. Semua rakyat diberi peluang dengan cara mengundi parti manakah yang mereka rasakan sesuai dan mampu untuk membela nasib mereka dan dapat memberikan keadilan yang berpanjangan. Rakyat tidak peduli siapa calun yang mewakili parti tersebut, yang paling utama bagi mereka ialah parti itu sendiri.

Di Perak contohnya seperti Di Dun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang, rakyat diketiga-tiga kawasan Dun tersebut telah meluahkan isi hati mereka dan dengan jelas dan terang telah memilih Parti yang mewakili Pakatan Rakyat untuk mewakili mereka. Mereka menolak parti lain samada yang menggunakan lambang dacing atau yang lainya. Ini secara tidak langsung, pengundi di ketiga-tiga kawasan tersebut dengan majority telah memberi amanah kepada calun yang mewakili Pakatan Rakyat.

Oleh itu, sekiranya wakil-wakil rakyat tadi melompat ke parti lain setelah menang, maka dengan sendirinya mereka bukan lagi wakil rakyat bagi ketiga-tiga kawasan tersebut. Mereka tidak boleh lagi mendakwa sebagai wakil rakyat di kawasan itu dan mereka tidak boleh masuk ke Dewan Undangan negeri atas kapasiti sebagai wakil rakyat ketiga-tiga kawasan itu kerana pengundi di ketiga-tiga kawasan itu hanya memberi amanah dan tanggungjawab kepada parti dari Pakatan Rakyat sahaja sebagai wakil rakyat mereka.

Ini sama juga seperti yang berlaku di Parlimen Pasir Mas, Kelantan dimana calun yang bertanding menggunakan lambang parti PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, jika selepas menang mereka keluar meninggalkan parti yang mereka bertanding, bermakna mereka telah mengkhianati amanah pengundi dan parti yang telah memberi mereka peluang bertanding sebagai calun. Sepatutnya kelayakan mereka sebagai wakil rakyat gugur dengan sendirinya.

Alasan mereka sebagai mewakili parti BEBAS, siapa pengundi mereka? Kawasan mana. Sepatutnya mereka-mereka ini (di Perak dan di Kelantan) tidak dibenarkan memasuki Parlimen atau Dun malahan tidak layak diberikan elaun bulanan sebagai wakil rakyat. Jika dalam Parlimen atau Dun, mereka ini bercakap mewakili pihak mana? Pengundi kawasan mana?

Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi menang di kawasan mereka sebab mereka bertanding menggunakan lambang yang mewakili Pakatan Rakyat, seandainya mereka berdua bertanding menggunakan lambang selain dari itu, pasti mereka akan tewas juga.

Ini jelas menunjukan bahawa UMNO atau BN tidak mempunyai majority di Dun Perak, kerana pengundi di ketiga-tiga kwasan berkenaan tidak pernah memilih atau mengundi calun bebas atau BN dalam pilihanraya umum tahun lalu. Tetapi oleh kerana UMNO berkuasa dan boleh apa saja di Perak, maka kini lahirlah kerajaan palsu, Exco palsu, Menteri Besar palsu yang dilantik melalui Mahkamah Rimba.

Tetapi itu lah UMNO, Rakyat tak suka, dia kata rakyat suka dia. Itu sebabnya apa yang Allah larang dan haramkan semuanya UMNO buat dan langgar. Mana ada satu pun yang Allah larang dan haramkan yang UMNO tak buat, seratus peratus dia buat dan langgar kecuali makan babi dan anjing saja mereka tolak.

Akibat mereka melantik Menteri Besar secara tergesa-gesa sedangkan Menteri Besar Pakatan Rakyat masih ada, mereka lantik Speaker baru sesama mereka sedangkan Speaker yang sah masih ada, akhirnya perbuatan mereka menjadi ikutan rakan mereka dari Parti Progresif Penduduk apabila mereka ini melantik Presiden baru secara sesama mereka sedangkan Presiden yang ada masih hidup lagi.

Itu lah UMNO, sebaik-baik manusia, sealim-alim umat, jika masuk UMNO, pastikan akan jadi zalim, jahat, penipu dan sesat.

Mereka gunakan isu ketuanan Melayu demi untuk mendalatkan kembali sokongan. Kita Tanya puak UMNO, siapakah selama ini yang menggadaikan hak-hak orang Melayu? Tanah rezab milik orang Melayu? Projek-projek dan kawasan balak yang puak UMNO dapat, kepada siapakah mereka berikan semua itu demi untuk menjadi kaya raya? Bukankah kepada taukeh-taukeh Cina juga? Pihak istana yang dapat projek dan balak, siapa di belakang mereka? Bukankah taukeh Cina juga?

Di Sunagi Lingu, Bandar Tenggara Johor, seluas 51,170 hektar tanah negeri di pajakan kepada Singapura untuk tempoh 60 tahun sejak tahun 1980 iaitu semasa Muhyidin Yasin menjadi Menteri Besar Johor sehinggakan tiada siapa rakyat Malaysia yang boleh memasuki kawasan tersebut sekarang ini. Angkara siapa semua ini? Adakah angkara PAS, Parti Keadilan atau DAP? Ini belum lagi tanah-tanah milik orang Melayu yang digadai dan dirampas oleh UMNO dan diberikan kepada orang asing semata-mata kerana wang?

Taukeh judi di Genting, taukeh kilang arak yang berselerak dalam Negara kita ini, siapa yang meluluskan lesen serta memberi tanah kepada mereka? UMNO tidak berani bersuara dalam soal ini kerana syarikat-syarikat judi serta kilang-kilang arak ini adalah penyumbang kewangan terbesar kepada UMNO terutamanya ketika musim pilihanraya dan pemilihan UMNO. Bagi UMNO, duit haram, kerja haram sudah menjadi sebati dalam perjuangan dan darah daging mereka.

Kini mereka gunakan isu komunis pula dengan tujuan untuk menjauhan orang Melayu dari DAP. Ingatlah, zaman dulu rakyat hidup tertekan akibat kezaliman dan kekejaman komunis, kini rakyat juga tertekan dan hidup dalam ketakutan angkara keganasan polis. Semuanya berlaku ketika UMNO menjadi kerajaan.

Palestin jadi porak poranda angkara yahudi, Malaysia juga jadi huru hara angkara UMNO. Ini akan berterusan selagi UMNO berkuasa. Wallahualam.

Wednesday, June 3, 2009

Menjelang pilihan raya: Pemimpin Umno tiba-tiba bertukar watak

Biasanya orang yang berlakon drama atau filem digelar sebagai artis. Tetapi jarang pula orang melihat pemimpin politik juga pandai berlakon.

Bukannya sekadar Joseph Estrada atau Ronald Reagen yang pandai berlakon, tetapi di Malaysia juga pelakon-pelakon politik akan muncul setiap kali menjelang pilihan raya diadakan.

Kalau ketika kempen pilihan raya kecil Pengkalan Pasir pada 2005, Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional ketika itu, Dato' Seri Najib Razak memakai kain sarung menemui penduduk.

Dan kali ini menjelang pilihan raya kecil Dun Manek Urai lakonan serupa diulang kembali.

Pelakonnya sekarang iaitu Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan dipaparkan gambar sedang menoreh getah milik seorang penduduk di Bukit Budu.

Pengerusi Perhubugan KeADILan Kelantan, Haji Abdul Aziz Kadir berkata, menjelang pilihan raya kecil di Manek Urai sekarang, ramai pemimpin tampil dengan lakonan tersendiri.

"Mengapa sekarang tiba-tiba mahu berlakon menoreh getah dan tidur di rumah penyokong Umno di beberapa kampung di Manek Urai. Sedangkan sebelum ini penduduk miskin dibiarkan.

"Kalau hendak berlakon di zaman belum ada media baru mungkin orang boleh terima. tetapi sekarang rakyat di kampung sudah pandai SMS dan tengok internet," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini memaparkan gambar Ketua Penerangan Umno sedang menoreh getah di milik kebun milik seorang penduduk, Ibrahim Omar di Kampung Budu, Lata Rek.

Abdul Aziz yang juga anggota parlimen Ketereh berkata, lakonan bermusim sering kali dipamerkan pemimpin Umno tidak mudah mempengaruhi rakyat.

Ketua Penerangan PAS Kuala Krai, Arifabillah Ibrahim berkata, pemimpin Umno terkenal dengan gimik politik yang bersifat sementara setiap kali berlangsung pilihan raya.

Katanya, pemimpin Umno sanggup menukar imej ketika berada di kampung dengan memakai kain sarung berjumpa penduduk di kedai-kedai kopi.

Sedangkan katanya, ketika rakyat hendak menemui mereka di Kuala Lumpur begitu sukar sekali sehingga terpaksa membuat temu janji berkali-kali.

Sementara itu PAS akan menganjurkan ceramah di Kampung Peria malam ini dijangka dihadiri Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota parlimen Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan anggota Majlis Tertinggi KeADILan, N Gobalakrishnan

Kit Siang Cabar Najib: Dapatkan undi percaya di Parlimen

Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini menggesa Najib Razak untuk mendapatkan usul kepercayaan terhadap kepimpinannya daripada ahli parlimen UMNO dan Barisan Nasional pada sessi baru Parlimen bulan ini.

Usul sedemikian akan membolehkan Najib mengukur sokongan UMNO-BN untuk beliau dalam menangani kemelut seperti di Perak dan keretakan yang semakin parah dalam UMNO dan Barisan Nasional.

“Najib seharusnya mendapatkan usul kepercayaan apabila Parlimen bersidang pada 15 Jun, jika tidak, adakah ia kerana beliau khuatir tidak akan mendapat sokongan 100 peratus daripada Ahli Parlimen UMNO dan Barisan,” kata Kit Siang.

“Mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Hussein Onn masing-masing meletakkan usul kepercayaan terhadap kepimpinan mereka sebagai agenda pertama apabila Parlimen bersidang,” kata Kit Siang.

“Persoalannya kenapa kah Najib khuatir untuk mengikut jejak mereka.” Tambah beliau. Merujuk kepada pilihanraya kecil Penanti, Kit Siang membidas Najib yang menyifatkan kemenangan Pakatan Rakyat bukan sesuatu yang harus dibanggakan oleh gagasan itu.

Kit Siang berkata kenyataan Najib itu bertujuan menutup kelemahan UMNO sendiri sehingga parti itu takut untuk turun padang berdepan dengan rakyat.

“Najib seharusnya berasa malu membuat kenyataan seperti itu kerana UMNO dan Barisan Nasional yang dipimpinnya takut untuk bertanding di Penanti. Ini kerana Najib takut untuk mengalami kekalahan ketiga sejak menjadi Perdana Menteri pada Mac lalu,” kata Kit Siang.

BN-UMNO telah tewas di pilihanraya kecil Penanti, Bukit Gantang dan Bukit Selambau sejak Najib mengambil alih tampuk negara.

Sebelum itu UMNO turut tewas di pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Di Penanti, calon Parti Keadilan Rakyat Mansor Othman memperolehi majoriti undi 5,558, mengalahkan tiga calon bebas.

Mansor mendapat sokongan hampir 90 peratus pengundi yang keluar mengundi. Beliau meraih 6,052 undi manakala lawan terdekatnya, Nai Khan Ari mendapat 494 undi.

Aminah Abdullah yang menabur fitnah kononnya ditawar imbuhan oleh pakatan rakyat untuk menarik diri cuma mendapat 392 undi manakala calon bebas ketiga Kamarul Ramizu Idris hanya mampu meraih 56 undi.

Reaktor Nuklear dan Bumbung Stadium

Artikel Oleh Muramatsu

Sepertimana kebiasaan Menteri, apabila melakukan sesuatu lawatan ke luar Negara, mereka akan terkejut dengan teknologi yang mereka tengok di Negara yang dilawat. Baca petikan Utusan Malaysia ini;

EJU, Korea Selatan 2 Jun - Malaysia berminat mencontohi Korea Selatan dalam membangunkan reaktor nuklear berskala kecil untuk menjana tenaga kerana ia lebih selamat dan murah berbanding loji janakuasa yang menggunakan arang batu.



Sebelum ini, Perdana Menteri PakLah terkejut dengan bioteknologi, nanoteknologi dan seumpamanya selepas pulang dari lawatan ke Amerika. Lalu diletaklah teknologi berkenaan sebagai keutamaan dalam bidang sains.

Perdana Menteri Mahathir, terkejut dan terpesona dengan teknologi maklumat selepas berbaik-baik dengan Bill Gates, lalu bina MSC, tetapi sampai ke hari ini talian internet di Malaysia tercungap-cungap. Tak ada satu pun bahasa pengoperasian yang dibuat dalam bahasa malaysia.

Oleh kerana budaya mudah terkejut dengan teknologi orang yang dipelopori oleh pembesar dan pentadbir dalam Negara, maka dasar berkenaan berubah-ubah mengikut skala terkejut tersebut. Kalau terkejutnya besar, maka projeknya pun besar.

Sebaliknya ia tidak dijadikan satu dasar yang mantap dan merangkumi satu jangkamasa panjang dengan sasaran akhir yang jelas.

Berbalik kepada Reaktor nuklear, Najib sudah pun menunjukkan betapa dia kini terkejut dan terpesona dengan teknologi berkenaan. Maka kita akan tunggulah, apa yang akan berlaku selepas ini kesan dari terkejut tersebut.

Jangan hairan kakitangan kerajaan dan koprporat akan dikerah untuk merealisasikan kejutan berkenaan.

Cuma perlu diingatkan disini, reaktor nuklear tidak sama dengan MSC atau teknologi lain. Ia tidak boleh diterima seperti mana teknologi lain. Maksudnya, binaannya mempunyai ciri-ciri lain dari bangunan biasa. Kejadian Stadium runtuh di Gong Badak itu menambahkan lagi kebimbangan kerana ia mengambarkan ada kecuaian dalam kendalian projek berkenaan.

Kejadian runtuh sana tuntuh sini adalah bukan perkara baru, walaupun Menteri Kerjaraya kata kejadian terbaru ini memalukan negara, tetapi sebenarnya kejadian runtuh lain juga patut menjadikan asas untuk rasa malu. Kalau sudah malu, letaklah jawatan.

Sebelum bercakap tentang membina reaktor nuklear, selesai dulu kenapa banyak kejadian runtuh sana runtuh sini berlaku dalam PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL?

Tuesday, June 2, 2009

Bila teori pentadbiran Nik Aziz dibukukan?

Dinsman

minggu lalu sempat saya bersama dua orang kawan menunaikan solat Subuh di Masjid Pulau Melaka, berimamkan Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besar bagi sebuah negeri di Malaysia. Selepas solat, seperti biasa, Menteri Besar ini menyampaikan tazkirah atau kuliah subuh, selama kira-kira 15 atau 20 minit. Dan selepas itu, ada orang mendukung bayi dan meletakkannya di depan beliau, untuk upacara 'membelah mulut' dan menggunting rambut.

Biasanya, setahu saya, Tok Guru Nik Aziz menjalankan upacara 'membelah mulut' bayi di masjidnya itu pada pagi Jumaat. Begitulah selalunya. Tetapi rupa-rupanya hari lain pun ada juga orang datang meminta dia melakukan upacara itu. Pagi itu hari Rabu, ada tiga orang. Dan saya perhatikan Menteri Besar itu melakukannya dengan penuh prihatin, siap dengan doa mengakhiri upacara bagi setiap bayi.

Dan selepas itu ada pula dua orang lelaki tampil ke depan Menteri Besar yang belum sempat bangun daripada sejadahnya itu, dengan masing-masing membawa sebotol air bersih. Gaya mereka itu mahu memohon Tok Guru membacakan doa untuk tujuan tertentu. Dan ya, Menteri Besar itu pun tidak menolak.

Manakah lagi ada Menteri Besar lain, di Malaysia, ataupun mungkin di dunia ini, yang "ada masa" untuk perkara-perkara seperti itu! Setiap pagi menjadi imam solat Subuh di masjidnya, dan menyampaikan kuliah subuh. Dan orang sesiapa saja, yang datang entah dari mana-mana saja, boleh terus saja mendukung bayi ke hadapannya, tanpa perlu melalui apa-apa bentuk tapisan.

Dan pada waktu itu juga, sesiapa saja boleh bersalaman dengannya, dan boleh bercakap dengannya. Tidak ada pengawal peribadi yang akan mengawal atau menghalang sesiapa daripada mendekati Menteri Besar yang sudah lebih 18 tahun memerintah Kelantan itu.

Saya pernah mengikuti Tok Guru Nik Aziz selama kira-kira satu bulan, mengikuti program-program yang dilakukannya mulai dari pergi ke pejabat di waktu pagi, pulang ke rumah waktu petang, dan keluar pula untuk program malam hingga pulang ke rumah lewat malam, untuk tujuan menyiapkan sebuah dokumentari video mengenainya.

Antara perkara yang paling terkesan kepada saya ialah mengenai apakah yang menjadi prioriti kepada Nik Aziz sebagai Menteri Besar. Berdasarkan pemerhatian saya pada waktu itu, lapan tahun yang lalu, dan juga berterusan hingga waktu ini, saya merumuskan bahawa perkara yang menjadi prioriti kepada beliau ialah mentarbiyah rakyat supaya menjadi orang Islam yang beriman dan bertaqwa, yakni memahami maksud al-Quran, dan taat kepada perintah Allah seperti yang diajar oleh Rasul-Nya, dan menjadikan Akhirat sebagai matlamat hidup.

Soalnya ialah bagaimanakah dia menerapkan dasar tersebut ke dalam sistem pentadbiran sebuah kerajaan negeri? Bagaimanakah seorang Menteri Besar yang biasanya akan sentiasa sibuk dengan urusan-urusan pentadbiran, dengan pelbagai permasalahan yang timbul di kalangan rakyat, dan dengan pelbagai urusan membangun dan memajukan negeri, boleh mempunyai waktu untuk kerja "mentarbiyah" rakyat, yang selalunya turut melibatkan hal-hal kecil yang remeh-temeh?

Selama kira-kira satu bulan saya mengikuti program dan aktiviti hariannya itu, antara perkara yang terus melekat dalam memori saya ialah bagaimana seorang Menteri Besar hadir ke masjid dan surau yang sebahagiannya terpencil di sudut kampung, bukannya untuk apa-apa program penting, tetapi semata-mata untuk memberi tazkirah atau kuliah rengkas selepas solat. Kebanyakannya selepas solat maghrib.

Dan antara program yang Menteri Besar ini sendiri mengaku sebagai program yang penting baginya ialah Kuliah Jumaat pada jam 9.00-10.00 pagi setiap Jumaat di Dataran Ilmu, Jalan Dato' Pati, di tengah-tengah bandar Kota Bharu. Kuliah ini kekal diadakan sejak beliau belum lagi menjadi Menteri Besar, hinggalah ke hari ini.

Sekali fikir, nampaknya Menteri Besar ini begitu sekali mementingkan kerjanya sebagai 'pendakwah' (berceramah dan memberi tazkirah), lebih daripada kerja-kerja pentadbiran. Maka di awal-awal zaman dia mengambil alih pemerintahan negeri Kelantan dulu banyaklah orang bercakap mengatakan Tok Guru Nik Aziz tak pandai mentadbir negeri. Diramalkan dia tak akan lama menjadi Menteri Besar. Tak akan lebih daripada setahun.

Tetapi terbukti ramalan dan pandangan orang-orang itu semua tidak betul. Pentadbiran Nik Aziz sudah masuk ke tahun ke-19. Pelbagai cara telah dilakukan oleh pihak Umno-BN bagi menjatuhkan pimpinan Nik Aziz di Kelantan, semuanya gagal. Rakyat telah menyaksikan satu demi satu kejayaan dilakukan oleh pimpinan Nik Aziz, Menteri Besar yang dikatakan lebih pandai berceramah daripada mentadbir negeri ini.

Persoalannya, bolehkah Kelantan melakukan pelbagai perubahan yang positif dalam bidang sosial, agama, budaya, pendidikan dan juga ekonomi, sekiranya Menteri Besarnya tidak pandai mentadbir negeri?

Ketika wabak rasuah melanda dan meresap ke segenap sektor dan lapisan masyarakat, hingga ia dianggap sebagai penyakit sosial paling kronik di Malaysia sekarang, pihak Umno/BN gagal untuk membuktikan Nik Aziz dan barisan pimpinannya terlibat melakukan rasuah. Selama lebih 18 tahun. Ini bukan suatu kejayaan kecil. Apatah lagi dengan mengambil kira bahawa jentera-jentera Umno-BN bekerja keras dengan segala alat-alat kemudahan mereka bagi membuktikan perkara tersebut, supaya pimpinan Nik Aziz dapat dikalahkan.

Banyaklah lagi kebaikan, kebajikan dan kejayaan yang dibawa oleh pimpinan ulama ini ke negeri Kelantan. Saya tak dapat membincangkannya secara terperinci di sini disebabkan ruang yang terbatas. Namun apa yang nak ditegaskan ialah kepercayaan saya bahawa semua kejayaan itu menunjukkan bahawa Nik Aziz mempunyai formula atau teori pentadbirannya yang tersendiri, yang perlu dikaji secara ilmiah dan kemudian dibukukan, supaya ia dapat dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam.

Apakah dan bagaimanakah formula dan teori pentadbiran Nik Aziz itu? Ini suatu subjek yang sangat menarik untuk diberi perhatian. Tentunya terdapat cukup banyak kelainan dan perbezaan dibandingkan dengan teori-teori pentadbiran yang sedia ada. Melaksana-kan sesuatu yang berbeza bukanlah mudah, lebih-lebih lagi apabila selalu pula ada pihak yang sentiasa berusaha untuk menggagalkannya. Maka faktor ini menambahkan lagi nilai kekuatan kepada teori baru yang perlu dirumuskan ini.

Saya berharap pihak-pihak yang berkenaan sudi memberi perhatian kepada perkara yang sangat bernilai dan berharga ini. Insya-Allah.

Apabila menteri tidak pandai mengira

Sebagaimana yang dijangka, semua media arus perdana di bawah telunjuk Umno-BN hari ini telah merujuk kepada jumlah pengundi rendah pada pilihan raya kecil Penanti sebagai bukti rakyat menolak pilihan raya itu.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pula berkata calon PKR Mansor Othman sepatutnya mendapat sekurang-kurangnya mendapat 10,000 undi susulan keputusan Umno untuk tidak bertanding.

Muhyiddin mendakwa undi untuk PKR berkurangan berbanding dengan pilihan raya umum lalu, malah keputusan itu menunjukkan UMNO tetap kuat di Penanti.

Jika itu benar, maka bertambah lagilah keputusan UMNO untuk tidak bertanding, tidak masuk akal.

Sebagai Menteri Pelajaran, Muhyiddin seharusnya mempunyai kemahiran mengira yang lebih tinggi daripada analisisnya mengenai keputusan Penanti.

Hakikat ialah calon PKR memperolehi majoriti yang LEBIH BESAR, iaitu 5,558 undi, berbanding 2,219 undi yang diperolehi oleh rakannya Mohamad Fairus Khairuddin pada pilihan raya umum lalu.

Dalam ertikata lain, Mansor memperolehi hampir 90 peratus daripada keseluruhan undi semalam, mengakibatkan kesemua tiga calon bebas (termasuk seorang wanita yang mendapat sokongan terang-terangan Umno) hilang wang deposit mereka.

Muhyiddin tentunya akur bahawa angka 5,558 (Mansor) adalah lebih BESAR daripada 2,219 (Fairus).

Persoalannya cuma sama ada Timbalan Perdana Menteri jujur untuk mengaku sedemikian tanpa mengaburi fakta dengan andaian sendiri yang sukar diterima.

Justeru yang seharusnya jadi persoalan ialah mengenai peratusan pengundi yang rendah pada pilihan raya kecil Penanti iaitu kira-kira 46.15 peratus.

Yang bingkas mengisytiharkan jumlah itu yang paling buruk dalam sejarah negara tidak lain dan tidak bukan Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof.

Namun beliau berdiam diri dan berpeluk tubuh apabila berhadapan dengan tindakan pemimpin seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menggesa orang ramai tidak keluar mengundi.

Apakah kenyataan Khairy tidak bercanggah dengan Akta Pilihan Raya dan bukankah ia mencabuli Akta Hasutan negara ini?.

Adakah pemimpin Pakatan Rakyat boleh membuat gesaan yang serupa tanpa sebarang reaksi daripada SPR dan polis.?

Tidak dapat dinafikan peratusan mengundi merosot di Penanti, pada kadar lebih tinggi berbanding pilihan raya kecil yang lain.

Namun tidak juga dapat dinafikan bahawa dakwaan-dakwaan pengundi dipancing dengan percutian percuma dan duit belanja ke Thailand menjelang hari pembuangan undi ada asasnya.

Begitu juga dengan tangan-tangan tersembunyi yang menganjurkan jamuan makan terbuka pada hari mengundi bagi mengalihkan tumpuan penduduk Penanti.

Bagaimanapun taktik-taktik murahan itu tidak berjaya. Ramai pengundi yang menjadi penyokong kuat Pakatan Rakyat keluar untuk menunaikan tanggungjawab mereka, sesuai dengan amalan demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan.

“Walaupun PKR berhadapan dengan fitnah jahat serta aparat kekuasaan yang berhasrat mengikis sokongan rakyat, namun segala usaha mereka (Umno) menemui jalan buntu,” kata Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.

“Alhamdulillah dalam jangka masa 14 bulan ini, tiga kali pengundi Penanti menghadapi pilihan raya, dan masih tetap tidak berganjak untuk menyokong agenda perubahan Pakatan Rakyat,” kata Anwar.

“Keputusan pilihan raya kecil ini membuktikan Keadilan masih mendapat sokongan majoriti penduduk Penanti,” tambah Anwar.

Najib, Muhyiddin dan semua sekutu mereka harus berhati terbuka dalam menerima keputusan bahawa 90 peratus pengundi yang keluar mengundi di Penanti TIDAK menolak PKR tetapi memberi sokongan penuh untuk parti itu bersama Pakatan Rakyat.

Apa yang perlu dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin sekarang ialah melengkapkan Umno untuk berdepan dengan pengundi Melayu di Manek Urai dan cuba membuktikan Umno masih relevan kepada rakyat.

Monday, June 1, 2009

Melayu telah berubah, Utusan belum – Zaid Ibrahim

Bagi kebanyakan orang, Ahad adalah hari untuk rehat kerana ia hari cuti. Malangnya Mingguan Malaysia semalam (31 Mei 2009) tidak membolehkan saya rehat dan merasa tenang.

Malahan tulisan-tulisan dalam akhbar itu menimbulkan rasa kecewa, mengingatkan saya betapa jauhnya akhbar Melayu ini dari realiti sebenar kehidupan di Malaysia serta besar jurang pendirian akhbar itu dengan pemikiran orang Melayu masa ini.

Mungkin inilah menyebabkan Utusan semakin hari semakin kurang orang membacanya.Tema dan asas cerita utamanya adalah perkauman, perkauman dan perkauman.

Saya sebenarnya sudah malas baca tapi bila melihat tajuk “Melayu dikhianati?” tulisan ideolog utamanya Awang Selamat, saya paksa diri untuk tahu lebih lanjut.

Kata Awang Selamat, semakin hari semakin teruk hatinya ditoreh oleh tuntutan kaum bukan Melayu yang dakwanya berbau rasis yanag berkemuncak sekarang ini dan bermula sejak keputusan pilihanraya yang lepas.

Wah! Dengan lain perkataan, rakyat Malaysia mestilah menjaga hati Awang Selamat sebelum membuat apa-apa tuntutan kerana bila hati Awang Selamat tertoreh, maka hati Umno pun tertoreh; dan bila hati Umno tertoreh maka hati Melayu pun tertoreh. Begitulah agaknya logik Awang Selamat.

Dia tidak sedikit pun mengulas apa yang dituntut oleh rakyat Malaysia yang bukan Melayu itu.

Apakah yang “kerterlaluan” itu? Kalau pun mereka bertanya soal biasiswa atau pembahagian tanah atau peluang kerja; tak bolehkah dijawab secara rasional dan berpandukan fakta.

Mengapa mudah benar tertoreh hati? Apakah segala tuntutan orang bukan Melayu itu (yang ada hak di bawah Perlembagaan) tidak wajar dan tidak berasas?

Mengikut Awang Selamat begitulah agaknya kerana 50 tahun dahulu Umno dan Melayu telah “bermurah hati” memberi kerakyatan kepada nenek moyang mereka semasa Merdeka.

Jadi kerana kerakyatan itu diberi atas ehsan dan besar hati Umno maka anak cucu mereka tidak sama sekali boleh MEMBUAT APA-APA TUNTUTAN kerana mereka mesti sentiasa dan selama-lamanya mengenang budi kemurahan hati Umno.

Pemikiran seperti inilah yang saya maksudkan sudah tidak laku dan ditolak oleh rakyat semua. Bila rakyat meminta sesuatu walau pun dari Melayu, Cina atau India, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan (dan akhbar yang bertanggung jawab menilainya) untuk cuba menunaikan permintaan tersebut.

Kalau keterlaluan, terangkan saja mengapa tapi jangan ungkit sejarah untuk menutup kekurangan kita. Janganlah sentiasa naik marah dan mengugut dan memberi serpihan sejarah yang tidak lengkap untuk membuat modal politik.

Kita mendapat kemerdekaan kerana British telah bersetuju dengan pihak Perikatan dalam hal syarat-syarat kemerdekaan tersebut. Bila kita bersetuju, kita hormatilah perjanjian tersebut.

Usahlah nak ungkit bahawa kita bermurah hati memberi kerakyatan yang mudah kepada Cina dan India. Hakikatnya itulah syarat yang kita setuju.

Tak ada siapa yang memaksa kita memberi kemudahan itu. Pada masa itu adalah mustahil untuk British melepaskan Malaya pada tahun 1957 jika soal kewarganegaraan kaum Cina dan India tidak selesai. Sejak Gerald Templer dihantar ke sini oleh Winston Churchill pada tahun 1952, semua pihak berusaha mencari jalan ke arah memerdekakan Malaya tetapi dengan syarat yang perlu diselesaikan ialah penerimaan kaum Cina dan India sebagai warganegara.

Kerajaan British tegas dalam hal ini. Dan Umno setuju dengan syarat ini. Itulah harga kemerdekaan yang Perikatan faham dam menerima dengan hati terbuka. Apakah Utusan ada fakta sejarah yang berbeza?

Tapi katakanlah kita terima pandangan kononnya Umno telah “bermurah hati “tentang kerakyatan kepada mereka yang menjadi warganegara lebih 50 tahun dahulu; adakah Awang Selamat mengharapkan cucu cicit mereka sekarang ini tidak langsung boleh bersuara tentang hak mereka? Adakah mereka perlu diam kerana tok nenek mereka dulu kononnya telah mendapat ehsan dari Umno?

Pemikiran feudal ini tidak ada tempat dalam sabuah Negara moden yang menghormati hak rakyat nya sendiri.

Satu lagi rencana ialah tulisan pengarang kanan Zulkiflee Bakar yang memberi nasihat kapada pembaca Utusan supaya jangan buta sejarah.

Agaknya Melayu macam saya ini dianggap buta sejarah. Sebenarnya soal sejarah tidak sukar dipelajari dan saya memang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah.

Tetapi orang yang paling malang dan kita kasihan ialah orang yang buta hati. Bila hati kita buta, tidak ada fakta dan ilmu yang dapat mengisi kekosongan dalam diri kita. Akhbar Utusan dan Mingguan sepatutnya membantu Perdana Menteri meneroka paradigma baru seperti dalam mencari erti 1Malaysia yang sebenar (perkataanya pun ialah Malaysia; bukan mana-mana kaum tertentu).

Akhbar ini sepatutnya membantu Perdana Menteri mencari jalan membangunkan ekonomi dengan pendekatan dan dasar yang lebih pragmatik dan adil. Akhbar sepatutnya mencadangkan cara yang pragtik dan progresif untuk membantu PM bukan menjadi pelobi ideologi yang usang .

Tapi Utusan masih mahukan gurindam perkauman. Bagi Utusan, Melayu gagal kerana orang Cina, kerana orang India. Sedarlah Utusan, orang bukan Melayu dan Melayu sendiri pun sudah dapat membezakan antara Melayu dan Umno, tahu bahawa bila dasar Umno dikritik, ia bukan mencabar Melayu tetapi mencabar Umno.

Usaha nak lagakan Melayu dan Cina kian hebat di usahakan tetapi percaya lah api perkauman tidak mungkin dapat menyala saperti dahulu.

Usahlah mudah tertoreh hati bila sesuatu dasar Umno dikritik dan dipersoalkan. Orang Melayu telah banyak berubah minda dan kefahaman mereka tentang Malaysia dan masa depan mereka; mereka tahu perbezaan itu.

Mereka tahu apa yang menanti dalam dunia yang penuh mencabar ini. Dan apa perubahan yang perlu mereka lakukan. Cuma Utusan belum sedar perubahan ini.

Pilihan raya kecil paling aman

BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang menyaksikan pertandingan empat penjuru mencatatkan rekod pilihan raya kecil paling aman tanpa insiden buruk.


Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata tiada kejadian buruk berlaku sepanjang proses pengundian berjalan dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang semalam.

"Keadaan aman dan terkawal dan ini adalah pilihan raya kecil paling aman," katanya kepada pemberita di pusat penjumlahan undi di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, semalam.

ini membuktikan bahawa selama ini yang menyebabkan semua kekecohan dan insiden yang tidak di ingini berlaku adalah berpunca dari umno. mereka yang mencetuskan provokasi dengan mengupah samseng-samseng untuk memulakan kekecohan dan seterusnya menyalahkan pembangkang. kalau tak percaya kita lihat di PRK kelantan nanti. apa akan jadi bila umno turut bertanding.

Mansor angkat sumpah TKM 1 Pulau Pinang Rabu

Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti hari ini akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I negeri itu Rabu ini.

Ia diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di sini malam ini.

Beliau berkata majlis angkat sumpah tersebut akan diadakan pada sebelah pagi.

"Saya akan syorkan supaya Mansor dilantik sebagai TKM1 nanti," katanya.

Dalam pada itu Lim turut mengucapkan tahniah kepada Mansor dan beranggapan bahawa kemenangan beliau itu adalah kemenangan rakyat.

"Ini adalah kemenangan rakyat, kita akan terus bekerja untuk rakyat," katanya.

Malah perkembangan itu turut dinyatakan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam laman blognya.

Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dengan majoriti 5,558 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.

Mansor menang, PKR kekalkan Penanti

Sebagaimana telah dijangkakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti dalam saingan empat penjuru tanpa kehadiran Barisan Nasional (BN).

Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman menang dengan majoriti 5,558 undi.

Walaupun majoriti PKR kali ini meningkat dua kali ganda, tetapi jumlah undi yang diperoleh calon parti itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

Mansor yang memperoleh 6,052 undi manakala tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah memperoleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56).

Sebelum ini Mansor disebut-sebut akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang jika menang pilihan raya kecil hari ini.

Dalam reaksinya, Mansor mengucapkan terima kasih kepada para pengundi, pemimpin PKR, penyokong dan pekerja pilihan raya yang telah berusaha kerja membawa kemenangan kepada beliau.

"Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada pimpinan parti dan rakanrakan dari DAP dan PAS serta kepada pengundi Penanti," katanya.

Sehubungan itu tambah Mansor, beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat Pulau Pinang apabila memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang mulai minggu depan.

Keputusan pilihan raya diumumkan secara rasmi oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya pada pukul 8.24 malam di Dewan Perdana, Institut Kemahiran Belia Negara di Jalan Berapit di sini.

Ketika pilihan raya umum 2008, seramai 12,667 daripada 15,421 pemilih berdaftar keluar mengundi.

Calon PKR ketika itu, Mohammad Fairus Khairuddin menerima 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi.

Majoriti diperoleh Fairus ialah 2,219 undi.

1 JUN HARI GELAP GELITA SELURUH PERAK

Esok 1 Jun adalah Hari Gelap Gelita Seluruh Negeri Perak. Program tersebut adalah sebagai membantah pencabulan demokrasi yang dilakukan oleh BN dan juga kempen bubar DUN Perak. Seluruh pendokong dan penyokong PR yang Muslim diminta berpuasa di seluruh negeri Perak bagi mengisi program tersebut dan akan berbuka beramai-ramai di setiap markaz DUN seluruh Perak. Manakala yang bukan Islam sebagai menghormati program tersebut boleh berlapar selama satu hari dan akan makan beramai-ramai menjelang Maghrib bersama umat Islam yang lain di markaz.


Program di markaz DUN akan bermula pukul 6 petang dengan mendengar ucapan-ucapan dari pimpinan PR di peringkat DUN masing-masing, selepas berbuka, solat Maghrib dan Solat Hajat berjamaah akan diadakan, dikuti dengan tazkirah. Selepas Isya' akan didakan ceramah PR yang akan disampaikan juga oleh pimpinan PR di peringkat DUN.

Sunday, May 31, 2009

Najib Elak Jawab Isu PKFZ

Presiden Umno Najib Razak yang mempengerusikan mesyuarat bulanan Majlis Kerja Tertinggi Umno tengahari tadi mengelak daripada menjawab soalan media mengenai skandal penyelewengan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang didakwa melibatkan beberapa pemimpin kanan Umno dan Barisan Nasional.

Bagi mengalihkan pandangan rakyat Najib berkata semua penjelasan mengenai perkara tersebut hendaklah dibuat oleh Menteri Pengangkutan, Ong Kee Teat.

Berhubung pilihan raya kecil Manek Urai Najib mengumumkan pelantikan Ketua Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa Mohamed sebagai pengarah jentera pilihan raya sementara timbalan presiden, Muhyiddin Yassin akan menjadi penyelaras pada peringkat pusat.

Beliau juga berkata satu perhimpunan khas Umno akan diadakan dari 13 hingga 16 Oktober depan dan juga mengumumkan parti telah menerima semula keahlian mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, isteri beliau, Dr Siti Hasmah Mohamed Ali dan anaknya, Mokhzani.

Mesyuarat itu diadakan di ibu pejabat parti di Pusat dagangan Dunia Putra (PWTC) pukul 3.30 petang.

dimana wang dunia disorok?

Kita diberitahu bahawa dunia sedang menghadapi masalah kecairan – ertinya tidak ada duit dalam pasaran. Lalu kita bertanya ke mana agaknya segala duit yang terkumpul dalam dunia ini pergi.

China, Jepun, Korea, Singapura, Taiwan dan termasuk Malaysia sendiri menyimpan duit-duit ini dalam bentuk kertas dolar Amerika.

Wang yang tersimpan ini – menjadi wang simpanan negara – hasil kita berjual-beli dengan Amerika.

China dan Jepun negara yang paling banyak menyimpan kertas dolar. Kertas dolar telah dipaksakan ke atas dunia ini oleh kuasa imperial Amerika Syarikat.

Pemaksaan ini melalui dua cara. Pertama, Amerika telah membuat perjanjian 1972-74 dengan keluarga Saud bahawa semua jual-beli minyak wajib menggunakan kertas dolar kerana bahan bakar petroleum diperlukan oleh semua negara dengan Saudi pengeluar utamanya.

Sebagai gantinya, kuasa imperial Amerika berjanji akan menjaga keselamatan keluarga Saud daripada dipukul oleh ombak rakyat.

Kedua, dengan kekuatan bala tentera. Amerika mendirikan 702 pengkalan tentera di 130 buah negara dalam dunia ini.

Tidak ada negara penjual minyak yang berani menjual minyak tanpa menggunakan kertas dolar. Saddam Hussein cuba mengalihkan kertas dolar sebagai mata wang jual-beli minyak.

Jawapannya Saddam digantung mati. Iran sedang berusaha untuk beralih daripada kertas dolar, justeru segala bentuk sekatan sedang dilakukan ke atas Iran.

Dari mana kertas dolar ini datang? Kertas dolar hanyalah kertas yang telah dipaksakan nilainya ke atas warga dunia. Ia dipanggil fiat money - nilai yang dipaksa.

Tanpa paksaan ini dolar hanyalah kertas yang tidak memiliki apa-apa nilai. Justeru, kertas dolar adalah satu penipuan yang terunggul dalam sistem ekonomi kapitalis.

Pada awalnya Amerika Syarikat sebuah negara revolusioner yang berdiri untuk menjaga kepentingan warga. Amerika mengeluarkan duit kertasnya sendiri.

Amerika yang merdeka telah membebaskan diri daripada para pemilik bank yang telah lama bersarang di City of London. Tuan-tuan empunya bank merasa mereka kehilangan bumi permata apabila Amerika menjadi bebas dan merdeka.

Lalu para pemilik bank menelurkan satu konspirasi untuk memaksa pentadbiran Amerika terus terikat dengan kepentingan mereka.

Pada tahun 1913, setelah beberapa kali percubaan gagal, akhirnya para pemilik bank telah berjaya memaksa (atau menipu) Kongres untuk menerima dan meluluskan Akta Federal Reserve 1913.

Ramai warga dalam dunia tersilap menyangka bahawa Federal Reserve ini adalah bank milik negara Amerika. Tidak betul.

Federal Reserve ini bukan bank milik negara Amerika seperti Bank Negara kita di pinggir Jalan Kuching. Federal Reserve adalah bank swasta yang tuan pemiliknya dirahsiakan.

Siapa ahli-ahli lembaga pengarah Federal Reserve ini juga dirahsiakan. Kongres hanya boleh menerima atau menolak dua nama yang akan dicadangkan oleh Federal Reserve.

Justeru dunia hanya mengenali nama Alan Greenspan, pengerusi Federal Reserve yang lalu dan Ben Bernanke, pengerusinya yang terkini.

Siapa yang lain di belakang tabir Federal Reserve ini tidak akan diketahui umum.

Mengikut akta 1913 ini, pentabiran Amerika tidak lagi dibenarkan mengeluarkan mata wang sendiri. Mata wang untuk kegunaan negara Amerika hanya akan dikeluarkan oleh Federal Reserve.

Jika kerajaan Amerika memerlukan dolar, maka kerajaan wajib meminjam daripada Federal Reserve – sama ada dengan menjual bond atau meminjam dengan bunga yang ditetapkan.

Lihat bagaimana liciknya konspirasi para pemilik bank ini.

Seperti tulisan minggu lalu, para pemilik bank ini mencetak kertas yang dipanggil dolar tanpa apa-apa asas. Kertas dolar ini akan dipinjam oleh kerajaan Amerika daripada Federal Reserve dan akan dibayar kembali dengan bunga.

Duit membayar hutang dan riba ini datang daripada tenaga dan titik peluh rakyat Amerika. Melalui kertas kosong, para pemilik bank ini telah mencipta harta Qarun.

Inilah punca yang sedang membawa huru-hara ke atas dunia hari ini. Mungkin ada yang berhujah – perkembangan ini di Amerika, apa sangkut pautnya dengan harga ikan di Pasar Chow Kit?

Sabar dahulu, biar saya terangkan sejelas mungkin.

Hari ini perniagan tukaran mata wang dalam dunia ini semuanya diwajibkan menggunakan dolar. Semua simpanan bank-bank negara dalam dunia ini akan bersandarkan dengan kertas dolar.

Ia telah dipaksakan oleh sistem kapitalis yang dikepalai oleh pemodal Anglo-Amerika. Para pemilik bank dan kaum pemodal ini telah mendirikan lembaga-lembaga kewangan dunia.

Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjadi dua lembaga hitam yang memastikan kertas hijau ini digunakan di seluruh dunia.

Setiap negara akan dinilai kekuatan ekonominya bersandarkan dolar. Perniagaan antarabangsa semuanya menggunakan kertas dolar. Barang yang kita ekspot dan barangan yang kita impot semuanya dinilai dengah kertas hijau ini.

Justeru, kita sendiri di Malaysia akan melihat rebah bangun ekonomi negara kita melalui perbandingan ringgit dengan kertas dolar.

Jika pembaca memahami apa yang saya tulis ini, maka amat jelas kelihatan bahawa umat manusia dalam dunia ini telah diperbodohkan dan ditipu oleh Federal Reserve, Bank Dunia dan IMF.

Lalu kita menyoal diri kita sendiri: kenapa tidak dapat dilakukan sesuatu untuk membebaskan diri daripada sistem kapitalis global ini?

Pertama, banyak rakyat Amerika sendiri kurang sedar silap mata dan tipu helah yang dijalankan oleh Federal Reserve ke atas negara mereka. Rakyat dunia juga tidak sedar akan hal yang sama.

Kedua, tidak ada sesiapa yang akan dapat memasuki Rumah Putih yang akan berani membocorkan rahsia ini. Lihat apa terjadi kepada Abraham Lincoln yang menentang para pemilik bank dan Central Bank (nama asal Federal Reserve).

Presiden Lincoln yang berperang hampir jatuh muflis telah mencetak Lincoln Greenback Dollar tanpa meminjam daripada Central Bank.

Lihat juga apa yang terjadi kepada John F Kennedy kerana cuba membocorkan konspirasi kaum pemodal ini.

Ketiga, tidak ada sesiapa yang akan dapat menjadi ahli Kongres atau masuk ke Dewan Senat Amerika dengan agenda menentang Federal Reserve, menentang para pemilik bank dan kaum pemodal ini.

Semenjak 1913, pemilik banker ini telah membuat jaringan, kabel dan kumpulan rahsia untuk memastikan kepentingan mereka dijaga oleh para politikus.

Hari ini kabel rahsia para pemilik bank ini telah mempengaruhi semua cabang pentabiran di Amerika. Hasilnya, media tidak pernah dan tidak akan melaporkan ke akar umbi secara radikal rancangan jahat para pemilik bank dan kaum pemodal ini.

Enam puluh tahun dahulu masih terdapat 86 buah syarikat media yang besar dalam dunia ini. Ketika itu, media cetak masih lagi bergerak bebas.

Hari ini yang tinggal hanya enam buah syarikat - ViaCom, General Electric, Disney, NewsCorp, Times Warner dan CBS - yang memiliki pelbagai bentuk media.

Syarikat-syarikat media ini pula dimiliki oleh para pemilik bank. Malah jika menyelidik dengan rapi, kita akan menemui bahawa modal-modal ini juga telah meresap masuk ke dalam industri media tempatan kita.

Yang menyusun dan merancang semua ini adalah kabel-kabel rahsia seperti Freemason, Bohemian Grove, Bilderberg Group, Skull dan Bones – semuanya terpusat di bawah satu bumbung yang dikuasai oleh pemodal dan pemilik bank yang sedang merancang untuk memunculkan satu Order Baru Dunia.

Di belakang semua ini, nama-nama seperti Rothschild, Rockefeller and Morgan. Mereka ini berkumpul di bawah payung organisasi yang dipanggil Illuminati. Susuk-susuk yang kaya-raya ini tidak pernah muncul menunjukkan muka mereka.

Kabel rahsia ini telah memunculkan muka-muka yang boleh dikenali oleh dunia seperti Henry Kissinger, Zbigniew Brzezinksi dan Lord Carrington. Mereka ini dianggap sebagai jurufikir yang berkumpul di bawah Council of Foreign Relation di Amerika dan Royal Institute of International Affairs di United Kingdom.

Lembaga jurufikir seperti NGO ini akan menjemput malaon dari dunia ketiga yang bercita-cita untuk menjadi presiden atau perdana menteri.

Tugas badan pemikir ini ialah mentafsir dan menilai malaon-malaon dari dunia ketiga ini. Penilaian bukan berdasarkan apa yang ada di antara dua telinga maloan-malaon ini tetapi sama ada mereka ini akan bersedia untuk menjadi barua yang setia untuk menjalankan dasar yang diperlukan oleh kabel rashia ini.

Justeru, kita lihat apabila dasar penswastaan dianjurkan, maka semua malaon yang telah dilantik menjadi barua di dunia ketiga akan menjalankan dasar yang sama. Apabila dasar globalisasi diperkenalkan, maka malaon-maloan ini seperti burung kakaktua akan turut bersuara.

Jika ada malaon ini yang cuba melawan seperti Noriega dari Panama atau Saddam, maka dengan sekelip mata mereka akan dilupuskan. Jika maloan ini sudah selesai tugasnya seperti Suharto, Marcos, Lol Nol atau Zia ul Haq, mereka akan diketepikan untuk malaon yang baru naik.

Semua ini dirancang. Tidak ada yang berlaku tanpa perancangan.

Hari ini sebenarnya tidak ada masalah kecairan. Apa yang berlaku, peralihan harta dan wang ringgit warga dunia masuk ke tangan para pemilik bank ini.

Dolar yang terkumpul hari ini melebihi 17 trilion dolar. Dolar, emas dan pelbagai mata wang ini tersimpan di 27 buah negara pulau yang memiliki bank pesisir pantai.

Negara seperti Bermuda, Cook Islands, Switzerland, Luxumbourg, Cayman Island dan termasuk Labuan adalah tempat tersoroknya harta ini.

Buat ketika ini, di sinilah harta kekayan dunia sedang bermastautin.

Search This Blog