Thursday, September 9, 2010

maaf zahir dan batin dari pemuda cheh

Salam bahagia dan salam gembira kepada semua pengunjung. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin......‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).” kepada semua pengunjung blog ini, saya mohon maaf kalau-kalau setiap artikel ada yang menyinggung mana-mana pembaca.
semoga setelah kita keluar dari madrasah takwa yakni bulan ramadan akan menjadikan kita insan-insan yang bertakwa kepada allah

Tuesday, September 7, 2010

Rosmah Membaca Al-Quran sambil mendedahkan Aurat ! Mana MAIS?

 
Minggu lepas dan sebelumnya riuh rendah 1Malaysia membicarakan tentang pimpinan DAP dan PKR bukan Islam mencemarkan Masjid dan surau dengan memasukinya tanpa menutup aurat.
Hingga mengakibatkan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching diberikan amaran oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan beliau perlu mendapatkan kebenaran MAIS jika hendak memasuki ruang solat..

Kisah Sedih Khairy Jamaluddin!! Adakah Pengakhirannya Turut Sedih?


"Siapa tak kenal Khairy Jamaluddin,lulusan Oxford,menantu bekas Perdana Menteri dan mesra dipanggil sebagai KJ.Beliau ini naik terlalu cepat.Penglibatan dan karier politik beliau ketika Tun Abdullah di ambang kuasa.Beliau bukanlah calang-calang orang.Pelajarannya tinggi,memiliki ijazah Falsafah,Politik dan Ekonomi di Universiti Oxford.Malah,beliaulah orang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika berumur 40 tahun.Agak hebat sekali cita-cita beliau biarpun dilihat tidak berpijak di bumi yang nyata.

Monday, September 6, 2010

Nik Aziz Pertahan Kenyataannya Bukan Islam Boleh Masuk Masjid

 Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pihak yang mempersoalkan kenyataannya yang orang bukan Islam boleh masuk ke dalam masjid, sebagai mahu mempolitikkan isu berkenaan.
"Kenapa isu membenarkan bukan Islam masuk rumah ibadah agama Islam diperbesarkan-besarkan, sedangkan orang bukan Islam yang membina dan membuat mimbar masjid tidak dipersoalkan" katanya.
Menteri Besar berkata di Kelantan, orang bukan Islam turut memberi sumbangan peralatan termasuk besi dan simen bagi pembinaan Masjid Bara'ah di Pasar Siti Khadijah di sini.

Bonus raya kakitangan awam mampu mangsakan yang lain, Najib harus letak jawatan

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatan kerana beliau gagal menhidu kesusahan kakitangan awam dengan hanya membayar bonus RM500 setelah terdesak dengan pengumuman kerajaan Pulau Pinang berhubung bonus raya.

Search This Blog