Saturday, June 27, 2009

DUN Manek Urai: Fauzi wakili PAS

PAS mengumumkan Fauzi Abdullah sebagai calonnya bertanding bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan.

Pengumuman itu dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kg. Manek Urai Lama, Manek Urai dekat sini sebentar tadi.

Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai diadakan selepas penyandangnya, Ismail Yaakob dari PAS meninggal dunia pada 22 Mei lalu di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akibat pelbagai komplikasi.

Pada pilihan raya umum 2008, Ismail menewaskan calon BN, Zulkepli Omar dengan majoriti 1,352 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya kecil kawasan tersebut akan diadakan pada 14 Julai manakala penamaan calon 6 Julai.

Fauzi yang berusia dalam lingkungan 50-an adalah seorang peniaga ikan dan anak tempatan.

Selain jawatan bendahari, beliau juga bertanggung sebagai pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Guchil - juga terletak dalam parlimen Kuala Krai.

Turut hadir di ceramah tersebut ialah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas naib presiden PAS, Datuk Husam Musa; pakar strategi PKR, Saifuddin Nasution dan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu, BN pula dijangka mengumumkan calonnya Ahad ini.

Ketua Pemuda Umno Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat dianggap calon yang paling sesuai untuk mewakili BN dalam pilihanraya kecil tersebut.

Tuan Aziz antara tiga nama yang dicadangkan oleh Umno bahagian. Dua lagi ialah naib ketua Umno bahagian, Che Jalal Muda dan bekas ADUN Mengkebang, Azizuddin Hassan.

Friday, June 26, 2009

Suhakam bincang kemelut politik Perak bulan depan

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) akan membincangkan kandungan memorandum berhubung salah laku polis oleh 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak pada mesyuarat bulanan mereka bulan depan.

Timbalan Pengerusinya, Tan Sri Simon Sipaun berkata, perkara yang dibangkitkan itu akan dibincangkan bagi memperoleh satu keputusan dalam usaha menyelesaikan kemelut di Perak.

“Kita kena tunggu selepas perkara ini dibincangkan dan diputuskan oleh ahli mesyuarat itu pada Julai ini,” katanya.

Simon berkata, negara ini berpegang kepada hak asasi dan sistem perundangan adil namun kecelaruan politik di Perak dan insiden di dewan pada 7 Mei lalu sedikit sebanyak meninggalkan titik hitam dalam usaha kita memperjuangkan prinsip demokrasi.

Beliau berkata demikian selepas menerima memorandum daripada 10 ADUN Perak tersebut di Ibu Pejabat Suhakam, Jalan Raya Laut di sini, semalam.

Beliau berkata, sudah tiba masanya rakyat Perak diberi kuasa menentukan kerajaan pilihan mereka selaras sekiranya artikel 21 Deklari Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang menjelaskan kepentingan rakyat dijadikan asas pentadbiran kerajaan dirujuk.

“Tindakan mahkamah tidak semestinya dapat menyelesaikan kemelut ini, saya rasa mungkin tiba masanya rakyat Perak diberi mandat untuk menentukan kerajaan pilihan mereka. Jika ini dilakukan ia selaras dengan prinsip hak asasi manusia,” katanya.

Tanpa publisiti, MB Kedah bekerja untuk rakyat hingga Umno Kedah menikus

Dato' Seri Azizan Abdul Razak menjadi MB Kedah dalam keadaan yang cukup tenang. Bukan sahaja beliau jauh dari kontroversi, malahan dilihat cukup berhemah dalam banyak keadaan.

Sebagai seorang yang begitu lama dalam politik, Ustaz Azizan bukan sahaja mampu membuktikan kemampuannya menerajui Kedah, malahan, cukup berterus-terang kalau bercakap.

Hingga peringkat ini, belum ada satu pun isu besar yang mampu menggugat kepimpinannya, walaupun di kalangan pembangkang di Kedah pernah menceritakan Ustaz Azizan dicemburui orang-orang muda di dalam PAS.

Beliau dikatakan cukup berhemah dalam berbelanja, malahan tidak mengambil kesempatan untuk membina pagar rumah walaupun berhak berbuat demikian, hingga menimbulkan keinsafan di kalangan pemimpin Umno, melihat begitu berhematnya Menteri Besar ini menguruskan kewangan.

Ketika kerajaan Perak mengambil keputusan menukar penggunaan Proton Perdana kepada Cambry sebagai kereta rasmi Exco, Ustaz Azizan memilih untuk mengekalkan penggunaan Proton Perdana.

Satu hal yang cukup pelik di Kedah, banyak perkara yang boleh didedahkan tentang penyalah urusan kewangan syarikat-syarikat kerajaan negeri ketika di bawah pentadbiran Umno, namun Ustaz Azizan tidak memilih untuk mengaibkan sesiapa.

Apakah tiada satu pun ‘kesalahan dan kemungkaran’ yang pernah pentadbiran dulu lakukan? Jika ada, kenapa sehingga hari ini Ustaz Azizan tidak memilih untuk menyerahkannya kepada SPRM untuk menyiasat seterusnya jika mempunyai bukti, mendakwa mereka ini?

Kalau bercakap, Ustaz Azizan tidak kisah DAP atau PKR, yang tidak betul, beliau akan tegur tetapi kalau betul, walaupun datangnya dari kepimpinan Umno, Ustaz Azizan memilih untuk ‘mengatakannya betul’.

Seorang setiausaha Umno bahagian di Kedah ketika dihubungi memberitahu, selama dia melihat beberapa Menteri Besar sebelum ini menerajui kerajaan negeri, kepimpinan Ustaz Azizan jauh berbeza dari kepimpinan terdahulu.

“Dulu, sama-sama Umno sering salah menyalah. Bila seseorang Menteri Besar berundur, Menteri Besar yang baru akan mula menyerang dan menuding jari terhadap kepimpinan terdahulu. Tetapi, kini ia seperti tidak berlaku. Ustaz Azizan sibuk memperbaiki beberapa kerosakan dan terus mahu membawa Kedah keluar dari imej kemiskinan,” kata pemimpin Umno ini.

Politik Kedah kelihatan tenang. Umno yang kehilangan kuasa masih sibuk bertelagah sama-sama sendiri tetapi kerajaan negeri di bawah Ustaz Azizan kelihatan begitu berjaya dan terhindar dari kontroversi.

Jika Lim Guan Eng di Pulau Pinang masih menghadapi pelbagai isu termasuk perlantikan YDP PBT hingga menimpulkan konflik, di Kedah ianya tidak berlaku. Dalam pilihan raya kecil Dun Bukit Selambau, Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan kerusi itu dan seperti yang dijanjikan Ustaz Azizan melantik Adun tersebut menjadi anggota Exco kerajaan negeri.

Satu formula Ustaz Azizan yang menjadikan beliau terselamat dari serangan pembangkang dan kontroversi ialah mengamalkan perbelanjaan yang cukup berhemah dan tanpa slogan rakyat diutamakan tetapi melaksanakan komitmen kerajaan negeri dengan meletakkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan mana-mana parti politik.

Beliau berjaya memperkenalkan dirinya sebagai Menteri Besar rakyat dan tidak mengamalkan pilih kasih ketika membuat kebajikan.

Itulah sebabnya, setakat hari ini, ketika MB Selangor sentiasa menghadapi piket kerana rasa tidak puashati mereka yang merasakan kampungnya tersisih dari arus pembangunan, di Kedah, ianya tidak berlaku.

Perlis yang berjiran dengan Kedah dan merupakan negeri yang terkecil sekali pun, disebabkan Menteri Besarnya dari kalangan Umno, kontroversi tidak dapat dielakkan. Ketika Mat Isa Sabu sibuk melantik kawan-kawannya mengelilinginya di Pejabat Menteri Besar dan Pejabat Umno negeri, rakyat Perlis terus kagum mengapa Ustaz Azizan tidak diselubungi masalah.

Bila timbul isu kononnya ada pegawai Menter Besar Kedah bernikah dengan isteri orang, Ustaz Azizan secara terbuka menerima aduan tersebut dan mengarahkan pegawai berkenaan memberi penjelasan kepadanya.

Hari ini terbukti, fitnah itu adalah usaha pihak-pihak tertentu yang mahu mencemarkan imej seseorang yang kebetulan orang itu bekerja di Pejabat Menteri Besar.

Satu ketika dahulu, ada Pemuda Umno yang membuat dakwaan kononnya ada Exco Kerajaan Negeri Kedah yang bercakap kasar hingga menyentuh pihak Istana tetapi apabila dicabar supaya membuktikannya, sehingga hari ini tiada siapa yang mampu tampil kehadapan.

Setakat hari ini, mungkin Umno sedang berusaha mencari atau mengumpul bahan-bahan yang boleh menjejaskan imej kepimpinan Ustaz Azizan tetapi jelas, tiada apa yang boleh digunakan.

Umno sebenarnya perlu belajar dari stail Ustaz Azizan. Kuasa tidak merubah kehidupannya. Jawatan tidak menjadikan beliau seorang manusia yang lupa asal usul.

Malahan, kakitangan kerajaan tentunya dapat membezakan Ustaz Azizan dengan Menteri Besar-Menteri Besar Umno sebelum ini. Ustaz Azizan tidak perlu memperkenalkan kempen menanam padi atas bumbung untuk menjadi popular, seperti yang pernah Sanusi Junid mahu melakukannya dahulu.

Malahan, Ustaz Azizan tidak langsung mengambil kesempatan untuk ‘kondem’ usaha bekas Menteri Besar terdahulu sebaliknya memperbaiki beberapa kelemahan bertujuan melakukan sesuatu yang lebih baik, demi kesejahteraan rakyat Negeri Kedah.

Beliau boleh bekerja tanpa seberang publisiti dan beliau boleh berkhidmat tanpa sebarang slogan yang tidak mendatangkan apa-apa faedah. Beliau membuktikan 'PAS Boleh'! Dan kini sentuhannya menyebabkan Umno menikus di Kedah.

Pahang tidak akan mampu bertahan

Andaikata Malaysia hari ini mula menerima kesan menyeluruh dari krisis kewangan dunia, maka antara negeri terawal yang kelihatannya tidak akan mampu bertahan adalah Negeri Pahang, kesan paling buruk ialah Pahang jatuh bankrap.

Pahang adalah negeri yang banyak bergantung kepada hasil fizikal, tentulah yang paling dimaklumi dan diketahui adalah hasil balaknya. Sehingga hari ini pun, aktiviti pembalakan di negeri ini nampaknya masih berjalan rancak.

Tetapi yang memelikkan, menurut Azan Ismail, Ahli Parlimen Indera Mahkota yang juga merupakan Timbalan Pengerusi 2 Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang, hasil dari aktiviti ini yang dipulangkan kepada kerajaan negeri adalah sedikit dan tidak berpadanan dengan skala pembalakan yang dilakukan.

Pahang memang dikenal dengan kekayaan hasil hutannya selain tanah dan air, tetapi kekayaan ini tidak pernah berjaya ditunjukkan dalam pembentangan belanjawan negeri. Termasuk tahun ini, Pahang sudah menyaksikan pembentangan belanjawan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut, ujar Azan lagi.

Maksudnya, selama 10 tahun Datuk Seri Adnan Yaakob menerajui Negeri Pahang sebagai menteri besar, tidak pernah walau setahun pendapatan negeri mengatasi perbelanjaannya.

Azan, dalam kenyataannya juga mendedahkan bahawa negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai jumlah hutang antara paling tinggi dengan Kerajaan Persekutuan, iaitu mencecah hampir RM1.5 bilion. Lebih malang pula bila pembayaran hutang ini yang dibuat oleh kerajaan negeri semakin sedikit jumlahnya dari setahun ke setahun.

Tentulah, Adnan yang menerajui kerajaan negeri Pahang waktu ini perlu memikirkan bagaimanakah caranya untuk mengurangkan kadar ketirisan dalam hasil kerajaan, seperti meningkatkan integriti pentadbiran dan mengisytiharkan perang habis-habisan terhadap rasuah dan salahguna kuasa.

Tetapi yang lebih penting dan mendesak mengikut Azan, yang perlu dipertimbangkan secara serius oleh kerajaan negeri Pahang adalah mencari sumber baru bagi meningkatkan hasil negeri, seterusnya akan dapat mengurangkan defisit dan hutang kerajaan negeri.

Ini, seperti yang difahamkan oleh Azan boleh dilakukan dengan mengenal-pasti hasil yang belum atau tidak pernah dieksploitasi sebelum ini. Antara tindakan segera yang boleh dilakukan ialah meningkatkan keupayaan, mengoptimakan penggunaan dan mengagresifkan kerja pemasaran untuk kawasan perindustrian minyak dan gas di Gebeng, Kuantan.

Gebeng, bagi Azan mempunyai potensi untuk lebih maju dan membangun dengan pesat, seterusnya berkemampuan menjana hasil yang lebih besar kepada kerajaan negeri, dan memastikan akan terbinanya lebih ketahanan dalam mengharungi kemelut ekonomi dunia yang semakin menjalar.

Ketua Pemuda Gerakan ketinggalan zaman, kata MB Kedah

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang ketinggalan zaman apabila terus mengajak orang menyertai BN.

"Semua sekarang nak tinggalkan Umno dan BN untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Tiba-tiba dia pula ajak masuk BN, pelik sungguh," kata Azizan kepada media dalam satu majlis di Gurun hari ini.

Azizan mengulas gesaan Tan yang meminta DAP dan PKR menyertai BN bagi membentuk kerajaan baru di Kedah dengan meninggalkan PAS.

Ini kerana, kata Tan, kerajaan Kedah dibawah pimpinan PAS sekarang meminggirkan orang bukan Melayu di Kedah.

Menurut Azizan, Tan ketinggalan dalam banyak hal termasuk isu kouta 50 peratus untuk orang Melayu apabila tanah rezab Melayu diambil untuk projek perumahan di bandar Alor Setar.

Tan juga, kata Azizan, ketinggalan dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong.

Sebelum ini, Azizan berkata, yang tidak adil adalah kerajaan BN sebelum ini yang telah meluluskan tanah rezab Melayu untuk projek perumahan tetapi menetapkan hanya 20 peratus sahaja kouta untuk orang Melayu.

"Ini tanah rezab Melayu, bukan tanah pegangan bebas. Untuk tanah pegangan bebas, mana ada syarat itu," katanya.

Dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong pula, pusat yang terletak di Pasar Mergong ini, walaupun telah bergerak selama lebih 30 tahun, namun ia tidak pernah mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa tempatan.

Aktivitinya pula mendapat bantahan orang Melayu yang turut ke pasar ini kerana bahan-bahan buangannya dibuang dalam tong sampah yang sama dengan penggunaan lain dan sebahagiannya dialirkan ke sungai berdekatan.

Ekoran bantahan itu, Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.

Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.

"Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi hari ini.

Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina Pendang.

"Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.

Sementara itu, hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sangat baik, kata anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

"Oleh itu, saya yakin pancingan Tan itu tidak akan dimakan oleh sahabat-sahabat saya dalam PKR atau DAP. Orang sekarang nak tinggal BN dan nak masuk Pakatan," kata beliau.

Tentang isu-isu yang dibangkitkan, Firdaus yakin ia akan adapat diselesaikan dengan baik Oleh MB Kedah.

"Sabarlah, isu babi ini sensitif dan tidak siapa mahu babi diternak atau disembelih di sebelah rumah mereka sekarang dengan wabak selsema babi ini. Jadi kena bersabarlah supaya kawasan yang dijadikan kawasan ternak dan sembelih itu nanti benar-benar sesuai," katanya.

Mampukah strategi Tok Pa di Jeli diaplikasi BN di lapangan Dun Manek Urai?

Oleh HAJI WAN ABDUL RAHMAN WAN AB LATIFF

Sebahagian besar dari kita masih ingat lirik sebuah lagu nyanyian Seninam Negara Tan Sri P. Ramlee berjudul ‘Apabila Mama Pakai Celana’ yang menyebabkan Papa naik bingung kerana sesuatu yang pelik telah berlaku dalam sebuah rumah tangga. Lirik lagu nyanyian P. Ramlee ini mempunyai persamaan dengan strategi politik yang digunakan oleh Umno untuk menawan Dun Manek Urai pada 14 Julai 2009 nanti.

Sebagamana Papa naik bingung apabila Mama pakai celana (seluar panjang), begitu juga dengan pengundi Manek Urai turut naik bingung apabila ada Pak Menteri yang sanggup menjadi rakyat biasa, tidur di rumah orang kampung, sembahyang bersama di surau-surau dan ada yang menoreh getah.

Pendekatan ini adalah terhasil dari pendekatan yang digunakan oleh Dato’ Mustapha Mohamad (atau panggilan manjanya Tok Pa) dan dengan menggunakan pendekatan ini Tok Pa dikatakan dapat bertahan begitu lama di Parlimen Jeli.

Beliau hanya kalah kepada calon PAS pada pilihan raya umum 1999. Apa yang perlu difahami ialah sungguhpun rakyat (pengundi) Kelantan secara luarannya nampak sederhana, namum mereka memiliki kebijaksanaan politik yang tinggi. Hujah-hujah politik yang dikemukakan oleh seorang pengundi biasa Kelantan di kedai-kedai kopi, besar kemungkinan dapat mengalahkan hujah-hujah seorang Professor Sains Politik yang berada di menara gading.

Mereka ketawa sinis terhadap gelagak Pak Menteri yang ingin jadi orang kampung untuk tujuan pilihan raya. Mereka sedar bahawa ini adalah sebuah lakonan politik; dan ini mempunyai backlash politiknya yang tersendiri yang merugikan Umno.

Perlu juga difahami hakikat bahawa kekuatan pendekatan orang kampung yang digunakan oleh Tok Pa bukanlah merupakan faktor kritikal yang memenangkan beliau tetapi yang memenangkan beliau ialah wujudnya beberapa kem tentera dalam parlimen Jeli yang memberi advantage kepada Tok Pa.

Dianggarkan undi pos dikalangan tentera adalah sekitar 3 ribu orang. Kehebatan sebenar Tok Pa boleh diukur apabila beliau menang parlimen Jeli tanpa sokongan pengundi pos. Berdasarkan data pilihan raya umum 2008, DUN Manek Urai hanya mempunyai 83 undi pos.

Manek Urai: Pasarana Sosio-politik

Manek Urai adalah salah satu dari empat DUN dalam parlimen Kuala Krai. Dalam konteks politik Kelantan ia dikenali sebagai salah satu pengkalan atau ‘lubuk’ PAS. Satu lagi pengkalan PAS yang selalu disebut-sebut ialah parlimen Pengkalan Chepa berhampiran Bandar Kota Bharu.

Untuk satu jangka masa yang agak lama parlimen Pengkalan Chepa adalah sinonim dengan nama Tuan Guru Nik Abd. Aziz, Menteri Besar Kelantan. Manek Urai pernah melalui 10 kali pilihan raya umum dan hanya kalah dua kali. Sekiranya tiga pilihan raya umum terakhir diambil kira, prestasi PAS di Dun Manek Urai masih mantap.

Pada pilihan raya umum 1999, disebabkan faktor Anwar dan perpecahan Umno, PAS menang besar di DUN Manek Urai. Pada pilihan raya umum 2004 disebabkan faktor-faktor seperti Pak Lah sebagai Perdana Menteri baru dengan imej ‘Mr.Clean’ dan mempunyai latarbelakang agama, pimpinan baru Umno Kuala Krai dan calon baru yang dikemukakan oleh PAS maka natijahnya PAS mengalami kekalahan tipis iaitu sekitar 53 undi.

PAS merampas kembali Dun Manek Urai pada pilihan raya umum 2008 dengan kemenangan yang agak selesa. Antara faktor-faktor yang membawa kepada kemenangan PAS ialah calon lama iaitu Allahyarham Hj Ismail Yaacob bertanding semula, janji-janji Umno yang tidak dikotakan dan kempen melampau Umno. Berdasarkan huraian di atas, sekiranya PAS meletakkan calon tempatan yang mesra rakyat, maka peluang PAS untuk memenangi pilihan raya kecil pada 14 Julai nanti amatlah cerah.

Dari segi kependudukan, terdapat seramai 31,000 orang yang mendiami DUN Manek Urai dan 99.2% adalah terdiri dari orang Melayu. Secara bandingan, terdapat hanya 60 pengundi Cina. Dari segi aktiviti ekonomi ia melibatkan sektor pertanian dan penduduk terlibat dengan penanaman kelapa sawit, getah dan buah-buahan.

Terdapat juga aktiviti ekonomi yang berkaitan dengan perhutanan seperti pembalakan dan kilang-kilang papan. Sebahagian besar dari pengundi adalah peneroka skim pembangunan tanah yang diusahakan oleh Kerajaan Kelantan pimpinan PAS semasa Dato’ Asri menjadi Menteri Besar.

Rancangan pembangunan tanah yang diusahakan oleh Kerajaan Kelantan ini adalah antara rancangan-rancangan tanah yang boleh dianggap berjaya, setanding dengan skim-skim pembangunan tanah tajaan FELDA. Rancangan pembangunan tanah yang diusahakan oleh kerajaan negeri ini begitu berjaya dan dari segi budaya politiknya ia diidentifikasi secara dekat dengan PAS. Hakikat ini dapat dilihat apabila sebuah sungai dalam rancangan tanah ini diberi nama Sungai Pas.

Terkini pengurusan tanah rancangan dalam DUN Manek Urai diambil alih oleh agensi-agensi Kerajaan Pusat seperti KESEDAR, FELCRA dan RISDA. Peranan agensi-agensi Kerajaan Pusat ini hanyalah untuk membekalkan kemudahan awam seperti jalan-jalan kampung dan dewan-dewan orang ramai.

Atas perkiraan populariti Umno/BN amatlah rendah pada masa kini, adalah dijangkakan bahawa Umno akan menggunakan agensi-agensi Kerajaan Pusat seperti KESEDAR dan RISDA untuk tujuan politik mereka. Adalah difahamkan bahawa RISDA telah bergerak memainkan peranannya dengan mengedar duit one-off atau bantuan bulanan sebanyak RM250 bagi setiap keluarga.

Besar kemungkinan keluarga-keluarga yang menerima bantuan ini adalah penyokong-penyokong tegar Umno. Harga kelapa sawit dan getah yang melambung tinggi, sungguhpun sekarang agak menurun sedikit, menjadikan duit one-off atau bantuan bulanan oleh RISDA tidak mempunyai saham politik yang tinggi.

Seorang pengundi di Manek Urai Lama memberi tahu saya bahawa dia mampu menjual seekor kambing biri-birinya dengan harga RM500. Beliau memiliki seramai 30 ekor kambing biri-biri. Ini bermakna autonomi ekonomi agak terserlah di DUN Manek Urai.

Mengikut salah satu sumber yang saya diperolehi, Dato’ Annuar Musa, bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, memberi tahu salah seorang pengundi di DUN Manek Urai bahawa adalah agak mustahil bagi Umno memenangi pilihan raya kecil ini.

Satu cara sahaja sekiranya Umno ingin berjaya iaitu dengan merampas semua kad pengenalan milik penyokong-penyokong PAS. Mengikut Dato’ Annuar Musa, kaedah ini mempunyai risiko yang tinggi kerana pihak keselamatan PAS juga mempunyai mereka yang pakar dalam bidang undang-undang pilihan raya. Mengikut Dato’ Annuar Musa lagi, terkini individu-individu terbaik lebih berminat untuk bersama PAS berbanding Umno.

Secara yang lebih mikro, data terkini memperlihatkan DUN Manek Urai terdiri dari sembilan Daerah Mengundi (DM) atau dari sudut operasi parti politik ia dikenali sebagai Unit Peti Undi (UPU).

Daerah- daerah Mengundi ini terdiri dari Temalir, Sungai Perial, Manek Urai Lama, Manek Urai Baru, Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rek, Manjor dan Laloh. Daripada Sembilan UPU ini hanya tiga darinya yang boleh dikategori sebagai kurang memihak kepada PAS. UPU-UPU yang dimaksudkan ialah Manek Urai Lama, Manek Urai Baru dan Manjor.

Sungguhpun UPU-UPU ini dianggap lemah, namun sekiranya peratusan sokongan pengundi 50% ke atas telah dianggap menang dalam pilihan raya, maka hanya satu UPU sahaja yang betul-betul lemah iaitu Manjor di mana sokongan kepada PAS pada pilihan raya umum ke 12 yang lalu adalah sebanyak 48.22%.

Sokongan yang kuat kepada PAS ini diperkukuhkan lagi dengan laporan tidak resmi oleh Cawangan-cawangan Khas (SB) yang turut membuat risikan di DUN Manek Urai.

Laporan tidak resmi ini menyebut bahawa hanya 5% daripada pengundi Manek Urai yang tidak berpuas hati dengan Kerajaan Kelantan pimpinan PAS. Maka fahamlah kenapa program-program anjuran Pak-Pak Menteri Umno yang berketayap dan berkain pelikat bersama rakyat tempatan tidak mendapat sambutan.

Kekuatan satu-satu parti dalam pilihan raya amat bergantung kepada jentera pilihan rayanya. Terkini isu yang dimainkan oleh media arus perdana milik Umno/BN ialah betapa kurangnya tenaga kerja pilihan raya dari PAS Pusat. Ini harus difahami dari hakikat bahawa pilihan raya di Kelantan berbeza dengan pilihan raya di luar Kelantan. Kelantan negeri yang sinonim dengan PAS sudah semestinya mempunyai jentera pilihan raya yang kuat.

Jentera pilihan raya PAS Kelantan adalah sifu kepada jentera-jentera pilihan raya di luar Kelantan. Atas dasar inilah sumbangan tenaga dari luar Kelantan dilihat sebagai sesuatu yang tidak begitu terdesak.

Kesimpulan: Manek-manek yang Terlerai

Pilihan raya kecil Manek Urai merupakan pilihan raya kecil yang ke 7 yang diadakan selepas pilihan raya umum ke 12 yang di adakan pada 8 Mac 2008. Dalam sejarah politik Malaysia, inilah jangka masa yang paling kerap berlakunya pilihan raya kecil.

Pada enam pilihan raya kecil yang lepas, lima darinya di menangi oleh Pakatan Rakyat, kesemuanya di Semenanjung. Hanya satu pilihan raya kecil yang dimenangi oleh Umno/BN iaitu di Batang Ai di Sarawak.

Berdasarkan kepada pencapaian yang memberangsangkan ini, maka tidak ada sebab kenapa PAS tidak boleh memenangi pilihan raya kecil Manek Urai yang akan diadakan. Mungkin terselit hikmah dari Allah di sebalik kekerapan pilihan raya kecil yang diadakan. Mungkin ini merupakan latihan politik bagi PAS dan Pakatan Rakyat, membiasakan diri dengan selok belok politik bagi mempersiapkan diri sebagai pimpinan negara selepas berlangsungnya pilihan raya umum ke 13 nanti.

Dalam hal ini, perjumpaan Menteri Mentor Singapura dengan Presiden PAS dan lawatan beliau ke Kelantan baru-baru ini mempunyai kesignifikanannya yang tersendiri. Kekalahan Umno/BN dalam pilihan raya kecil, satu demi satu, boleh diumpamakan sebagai manek-manek yang terlerai dari kalungannya; dan pilihan raya kecil Manek Urai akan merupakan paku terakhir untuk keranda Umno/BN.


Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat.

Thursday, June 25, 2009

Mufti Perak kurang terdedah sejarah politik Islam - Nik Aziz

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dianggap tidak terdedah dengan sejarah politik Islam sehingga menganggap PAS sebagai punca perbalahan orang Melayu di negara ini.

"Kalau betullah PAS menjadi punca balah, maka Nabi Muhammad saw juga menjadi punca masyarakat Arab ketika itu berbalah.

"Ini kerana PAS meniru apa yang dilakukan Nabi Muhammad saw. Apakah Nabi Muhammad saw menjadi punca belah. Sedangkan apa yang berlaku punca pecah belah datang daripada orang yang lawan Islam," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu bertanya sekarang siapa punca berpecah belah, parti Islam atau parti kebangsaan yang berteraskan sekular.

Menurutnya, orang Islam kena tengok semula sejarah, adakah Nabi Muhammad saw menjadi punca perbalahan masyarakat ketika itu atau orang yang melawan ajaran dibawanya.

"Kalaulah Nabi Muhammad saw menjadi punca balah, maka apa yang dikatakan Mufti Perak itu betullah.

"Sedangkan baginda berbalah dengan bapa saudara dan masyarakat Arab bagi menegakkan Islam. Jadi siapa yang menjadi punca balah," katanya di sini.

Sebuah akhbar hari ini menyiarkan kenyataan Mufti Perak yang dianggap kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan bagi menegakkan ideologi politik mereka.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Menteri Besar Kelantan berkata, PAS ditubuh di Pulau Pinang oleh alim ulama yang asal berada dalam Umno.

Namun katanya mereka keluar daripada Umno dan menubuh sebuah parti Islam pada 1951.

Beliau juga berkata, Umno ialah United Malay National Organization yang memperlihatkan parti itu berjuang berteraskan kaum.

"Jadi mengapa dia sibuk dengan kita, sedangkan dia parti Melayu. Pelawalah orang Melayu seramai yang boleh kerana mereka parti orang Melayu.

"Tetapi sekarang mengapa pula orang Melayu sudah ramai yang lari daripada Umno. Orang Melayu sudah lari kepada PAS, KeADILan dan DAP," tambahnya.

Menurutnya juga Umno selama ini secara jelas menyebut agama lain dan politik lain dalam perjuangan mereka.

Sedangkan beliau berkata, Islam meminta manusia berpadu sama ada dengan orang Melayu, Cina dan India.

"Kalau perpaduan sebenar biarlah semua kaum dalam BN dan Pakatan Rakyat berpadu," katanya.

Oleh itu beliau meminta supaya mufti terbabit supaya lebih baik menggunakan masa yang berharga untuk mempengaruhi Umno supaya tukar dasar kebangsaan kepada Islam.

"Berapa sen harga kaum Melayu atau bangsa Arab di Padang Mahsyar kelak. Dalam keadaan PAS masuk Perikatan dahulu lalu dengan dijemput pun PAS ditendang keluar.

"Inikan pula kita yang cuba sorong-sorong kepala. Sebab itu saya tengok sehari dua ini Umno macam orang gila talak pula," katanya.

Sebelum ini ketika mengadakan pertemuan dengan warga pendidik di Kuala Krai, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut perpaduan hanya diminati antara PAS dan Umno sahaja dan bukan melibatkan parti lain

SPRM jangan pilih bulu: Pas

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa agar bersikap ‘tidak pilih bulu’ dan telus dalam isu siasatan politik wang yang membabitkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, SPRM telah menunjukkan sikap yang tidak adil kepada rakyat dengan menangguhkan siasatan terhadap perkara yang telah terbukti jelas kesalahannya.

Menurutnya, perbuatan SPRM tersebut jelas menunjukkan badan yang dianggap bebas oleh kerajaan itu telah dipergunakan demi menjaga kepentingan individu yang tertentu dalam kepimpinan Barisan Nasional(BN).

“Apa yang dapat dilihat sekarang ialah siasatan yang dilakukan hanya menumpukan kepada kes yang lebih menyebelah kepada Pakatan Rakyat (PR). Jika melibatkan kepentingan BN, siasatan tidak serancak apa yang dilakukan kepada PR,” katanya, semalam.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, yang menyatakan SPRM sedang memperhalusi siasatan berhubung dakwaan politik wang bagi pencalonan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bagi jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, kes yang melibatkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang didakwa menyalahgunakan kuasanya diselesaikan dengan cepat oleh SPRM berbanding kes-kes besar yang lain dilaporkan.

Se:mentara itu, Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw mahu SPRM melakukan siasatan berdasarkan undang-undang yang telah diperuntukkan kepada mereka, bukan disebabkan tekanan daripada kerajaan.

:Menurutnya, SPRM haruslah bertindak membuat siasatan terutamanya kes yang berprofil tinggi dengan menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka melaksanakan tugas dengan adil dan saksama.

“SPRM yang mempunyai fungsi tugas yang lengkap oleh undang-undang seharusnya tidak menggunakan kuasa mereka dengan dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana mereka sepatutnya menunjukkan kredibiliti mereka,” katanya.

Seng Giaw yang juga Ahli Parlimen Kepong berkata, sekiranya siasatan tidak mempunyai sebarang bukti, maka pihak penyiasat tidak akan mampu berbuat apa-apa.

“Semua kes memerlukan bukti. Kika tiada bukti, kita tidak boleh buat apa-apa, tetapi jangan sembunyikan bukti tersebut,” katanya.

Akhirnya tindakan Umno pecat Pas memakan diri

Oleh Abu Firdaus

Siapa sangka langkah Umno pimpinan Hussein Onn memecat Pas daripada Barisan Nasional pada tahun 1978 akhirnya memberi kesan panjang kepada perpaduan Melayu dan Islam dalam negara hingga kini menghantui parti itu sendiri dan menyusahkan sebarang usaha kerjasama baru.

Sikap Umno tidak menghormati Pas pimpinan Asri Muda dalam menentukan kedudukan kerajaan Barisan Nasional negeri Kelantan pimpinan Pas ketika itu kini menunjukkan bahawa apa saja keputusan politik akan memberikan kesan panjang yang tidak dijangka pada masa akan datang

Kini kesukaran Umno untuk mendapatkan kerjasama daripada Pas adalah hasil daripada tindakan Umno yang tidak cukup berwawasan ketika itu. Dengan campur tangan terhadap hal ehwal dalaman parti Pas, Umno meleraikan perpaduan Umno-Pas yang dirintis oleh Tun Razak Hussein dan Datuk Asri hingga kesannya sekarang ialah Barisan Nasional sendiri kehilangan sokongan di lima negeri.

Ketika Barisan Nasional berada di kemuncaknya dengan menguasai semua negeri di Malaysia, maka Umno pula memecahkan perpaduan Melayu-Islam dengan langkah pertamanya meretakkan hubungan antara kumpulan yang menyokong Asri dengan pihak Mohamad Nasir. Hasilnya Pas berpecah dengan menhasilkan sebuah parti serpihannya, Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (Berjasa).

Akibatnya Pas kehilangan Kelantan tetapi bukannya kepada Berjasa yang menggantikannya dalam Barisan Nasional, tetapi Umno yang muncul sebagai pemimpin kepada kerajaan negeri Kelantan. Berjasa tidak muncul sebagai parti yang kuat seperti Pas. Maka Umno muncul bertambah gagah dalam Barisan Nasional. Sebaliknya dalam tahun 1984, Pas bertambah pecah dengan muncul sebuah lagi parti serpihan iaitu Hizbul Muslimin Malysia (Hamim). Parti ini diterima masuk ke dalam Barisan Nasional walaupun dibantah oleh Berjasa.

Walaupun ada dua, iaitu Berjasa dan Hamim dalam Barisan Nasional, ia tidak dapat menggantikan kekuatan Pas, tetapi sebaliknya ia juga gagal mengimbangi Umno. Ketika ini Umno berasa jalannya ini adalah benar. Dengan memecahkan parti islam tetapio akhirnya Asri sendiri menyertai Umno walaupun usahanya untuk membubarkan Hamim gagal,

Maka pada tahun 1990, Umno sendiri mengalami perpecahan. Daripada kehancurannya, muncul Umno Baru pimpinan Mahathir Mohamad dan Parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah. Walaupun Umno Baru muncul sebagai pengganti Umno untuk menerajui Nariosan Nasional, tetapi Berjasa dan Hamim memilih untuk bersekutu dengan Pas dan Semangat 46, beserta untuk Kongres India Muslimin Malaysia (Kimma) menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah.

Menjelang pilihan raya umum tahun 1986, pihak yang mendokong perpaduan ummah hampir menang mengalahkan kumpulan yang banyak memecahkan perpaduan ummah. Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat hampir kalahkan Barisan Nasional. Maka dalam menghadapi situasi ini, Barisan Nasional mengambil jalan untuk memcahkan Angkatan-Gagasan ini. Mereka menghantar wakil ke Pas supaya keluar daripada Angkatan-Gagasan, sebaliknya bekerjasama dengan Umno.

Kalau rancangan Angkatan-Perpaduan adalah membenarkan Pas menjadi ketua kerajaan negeri bagi Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, maka Barisan Nasional juga mampu menawarkan palek yang sama kepada Pas asalakan parti itu bekerjasama Umno. Lagipun digambarkan bahawa Pas yang Islami adalah lebih hampir dengan Umno, ketika itu di bawah pimpinan Mahathir dan Anwar Ibrahium, yang imejnya juga Islami, jauh berbeza daripada Semangat 46.

Tetapi janji adalah janji. Dalam detik-detik penting ini, Pas wajar beristiqamah dengan Semangat 46. Namun Semangat 46 ternyata yang tersilap dengan bersikap angkuh apabila berjaya menarik keluar Parti Bersatu Sabah (PBS) dari Barisan Nasional. Maka Angkatan-Gagasan pun kecundang. Cumanya Angkatan pimpinan Pas berjaya menyapu bersih Kelantan. Namun begitu, akhirnya Umno berjaya juga memecahkan Angkatan-Gagasan apabila Semangat 46 dibubarkan dan diserapkan ke dalam Umno Baru.

Kerja-kerja memacahkan parti orang lain akhirnya memakan diri. Pada tahun 1999, Umno sendiri yang berpecah dan serpihannya menubuhkan Parti Keadilan Nasional. Padahnya diterima oleh Barisan Nasional dalam pilihan raya tahun 1999, apabila Terengganu menyertai Kelantan untuk menjadi negeri bukan Barisan Nasional.

Pada tahun 1999, kemenangan Pas juga adalah hasil daripada perpaduan empat parti dalam Barisan Alternatif, iaitu Pas, Keadilan, DAP dan Parti Rakyat Malaysia (PRM). Tetapi jentera propaganda Barisan Nasional sentiasa berusaha untuk memecah belahkan Barisan Alternatif. Ia berjaya di satu peringkat apabila DAP keluar daripada Barisan Alternatif. Tetapi di pihak lain, gerakan perpaduan bergerak juga apabila Keadilan bergabung dengan PRM untuk menjadi Parti Keadilan Rakyat. Ia dan Pas mengukuhkan lagi Barisan Alternatif dengan Keadilan mempunyai jalinan kerjasama bersama DAP.

Umno dan Barisan Nasional berasa mereka berada di landasan betul apabila dalam pilihan raya tahun 2004, ia berjaya merampas Terengganu dan hampir menumbangkan kerajaan Pas Kelantan. Ketika itu, tidak ada sedikit pun cakap-cakap mengenai perpaduan. Sebaliknya, mereka berasa sokongan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional telah pulih.

Tetapi setelah kerajaan negeri Barisan Nasional di Selangor dan Perak tumbang dalam pilihan raya umum tahun 2008, tanpa tertangguh-tangguh usaha dilakukan untuk menarik keluar Pas daripada Barisan Alternatif. Maka gambarannya ialah muncul kerajaan Pas-Umno di Perak dan Selangor. Tidakkah ada pertimbangan bahawa rakyat yang mengundi Pas di kedua-dua negeri itu adalah atas kerjasama Pas, Keadilan dan DAP? Kalau betul hendak diuji, bubarkan Dewan Undangan Negeri Perak di mana platfomnya adalah Umno dan Pas bekerjasama dan bertanding. Akibatnya adalah Pas akan berpecah. Itulah yang dikehendaki Umno.

GURU KUMPULAN A BERPOLITIK TAK BOLEH, MENTERI BERKEMPEN POLITIK PADA GURU BOLEH

Oleh Angkasanuri

Mengikut pekeliling Perkhidmatan Awam Guru dan Kakitangan Awam Kumpulan A tidak dibenarkan aktif berpolitik. Tetapi ramai sedia maklum klausa larangan itu hanya difokuskan kepada kakitangan awam kumpulan A yang menyokong parti pembangkang atau Pakatan Rakyat. Bagi kakitangan awam yang aktif berpolitik dalam Umno dan Barisan Nasional perkara ini dibuat seperti tak nampak sahaja.

Walaupun mereka terlibat secara terang-terangan dan memegang jawatan penting dalam Umno@BN. Malah ada yang berlagak selamba menampal logo Umno atau dacing senget sebelah serta bendera Umno@BN di kenderaan mereka, dibiarkan tanpa apa-apa tindakan.

Maka ramailah di kalangan kakitangan awam yang aktif atau hanya menjadi penyokong Pakatan Rakyat yang ditukarkan ke pedalaman dan ditukarkan berjauhan dengan isteri, anak-anak dan keluarga atau dikenakan tindakan tatatertib kerana dikatakan melanggar etika dan pekeliling perkhidmatan awam.

Larangan berpolitik kepada kakitangan awam kumpulan A oleh kerajaan ternyata bersifat prejudis dan menyekat kebebasan bersuara dan berpolitik yang diiktiraf dalam negara yang menjunjung prinsip demokrasi.

Ternyata larangan berpolitik ini berniat serong dan mempunyai agenda yang tersembunyi. Dalam masa yang sama pihak Kerajaan dari Perdana Menteri sehinggalah kepada Timbalan Menteri terus memperalatkan dan melacurkan kakitangan awam dengan memaksa mereka untuk ke majlis yang bersifat politik yang dihadiri oleh mereka. Mana-mana yang tidak menghadiri majlis berkenaan akan dikenakan surat tunjuk sebab dan diambil tindakan.

Lihatlah apa kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dalam kempen politik kepada guru-guru di Manek Urai hari ini dengan meminta mereka supaya mengundi Umno@BN. Tindakan Timbalan Menteri berkenaan menunjukkan bahawa Umno@BN dalam keadaan terdesak dalam Pilihanraya Kecil di Manek Urai sehingga sanggup buat apa sahaja walaupun terpaksa melanggar undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh mereka sendiri

Wednesday, June 24, 2009

Isu kerajaan haram Perak dibangkitkan di Parlimen

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menjelaskan bahawa Dewan Rakyat tidak mempunyai bidang kuasa untuk menjaga kerajaan sesebuah negeri.

Beliau berkata demikian kepada Dr Muhd Puad Zarkasyi (BN-Batu Pahat) ketika membantah isi kandungan perbahasan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) yang mendakwa negeri Perak sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Menteri Besar haram.

"Maafkan saya, yang berhormat kerana peraturan mesyuarat 36(2) tidak menjaga dan mempertahankan sebarang urusan yang menyentuh kepentingan kerajaan negeri tetapi hanya hal berkaitan parlimen sahaja," tegasnya.

Lim yang sebelum itu menyentuh mengenai krisis politik yang melanda negeri Perak yang didakwa berpunca daripada 'tiga ekor katak politik'.

Beliau juga menegaskan bahwa kerajaan negeri Perak yang ada sekarang ini adalah merupakan kerajaan yang haram kerana ianya dibentuk melalui kaedah yang tidak mengikut perlembagaan negara.

"Ia dikatakan sebagai haram kerana tidak dibuat melalui cara yang betul.

"Apa yang menghairankan adalah kenapa mereka tidak membuat undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri Perak untuk menafikan Nizar sebagai Menteri Besar?" katanya.

Pengerusi DAP itu percaya sekiranya ia dilaksanakan, terdapat kemungkinan Adun-adun BN Perak mempunyai pandangan yang berbeza daripada BN yakni menyokong kepimpinan Nizar.

"BN mesti rela bertemu rakyat dan membuat pilihan raya peringkat negeri Perak kerana mereka merupakan perampas kuasa di Perak," ujarnya.

Beliau mendakwa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak tidak komited kepada prinsip demokrasi dan etika apabila terdapat dua Menteri Besar, dua Speaker Dun dan sidang Dun.

"Beranikah kerajaan BN memberikan maklum balas terhadap permintaan Pakatan Rakyat yang menuntut agar kuasa memilih kerajaan dikembalikan kepada rakyat.

"Oleh yang demikian, kita tidak hairanlah apabila terdapat suatu undian yang menyatakan populariti Perdana Menteri hanya sekadar 45 peratus sahaja," demikian ujarnya._

Jangka PRK Perak selepas Manik Urai

Pilihan Raya Kecil Negeri Perak dijangka akan berlaku selepas pilihan raya kecil Dun Manik Urai, demikian kata Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman.

"Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak.

Beliau melihat bertapa pentingnya kini JPP yang dikendalikan bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai nilmu pilihan raya.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama Harakah di bangunan Parlimen baru-baru ini.

Beliau merupakan Pengarah JPP yang baharu sahaja dilantik selepas pemilihan jawatankuasa PAS Pusat pada Muktamar ke-55 yang lalu.

Menyentuh isu persiapan, ujarnya JPP akan meneliti dari segi 'finding' yang perlu dilakukan lebih awal agar ia tidak sekadar menjadi 'ad hoc' semata-mata.

Di Perak katanya pada pilihan raya umum yang lalu, PAS telah bertanding 21 kerusi dan hanya menang enam.

Namun ujar Ustaz Halim, ada beberapa kerusi lagi PAS kalah bawah 1500 undi, justeru kerusi-kerusi ini akan difokuskan.

"Kita kalah tipis dalam 10 kerusi. Jika boleh menang 6 lagi, boleh jadi 16 kerusi, di bawah 1500.

"Dalam PRK Bukit Gantang apa yang kami lihat ialah jentera di peringkat kawasan di sana tak begitu bermaya, kerja pilihan raya tidak berjalan dengan baik jika tiada bantuan negeri dan kawasan susahlah, kita kena melihat itu," katanya.

Begitupun jika diadakan pilihan raya kecil di Perak, Ustaz Halim yakin PAS akan menang lebih kerusi berbanding sekarang.

Tetapi katanya gerak kerja perlu dicantumkan dengan politik dan strategi dengan mengemuka calon bukan Islam dan taktikal strategi dengan soal wang semua perlu disiapkan.

"Selepas Manik Urai kita akan turun di Perak," ujarnya ringkas.

Pemuda Rasuah janji akan gempur Manek Urai

Oleh: WFAUZDIN NS

SEORANG Pemuda yang menjadi Ketua Pemuda yang disabitkan atas penglibatan rasuah oleh Lembaga Disiplin partinya sendiri semasa pemilihan Ketua Pemuda Umno yang lalu bertekad dan berazam untuk menggempur Manek Urai. Tidak pasti pula apakah yang mahu digempurkannya di Manek Urai samada untuk menggempur rasuah atau memberi rasuah.

Pemuda dari Rembau ini pernah menjalankan operasi besar-besaran mengangkut pengundi-pengundi dari luar Kelantan terutamanya di sekitar Kuala Lumpur untuk dibawa ke Kelantan semasa Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Maka, dicetak berbagai tulisan pada baju yang diberi percuma serta disediakan bas untuk operasi tersebut dan ternyata mendapat sambutan yang amat luar biasa sekali.


Maka, berhimpunlah sekalian warga Kelantan di perantauan untuk pulang ke negeri tanah tumpah mereka bagi menentukan nasib negeri Kelantan di dalam pilihanraya tersebut. Ditakdirkan Allah, usaha pemuda Rembau berkenaan telah membantu Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz mencapai kemenangan besar di Kelantan. Tahniah kepada pengundi-pengundi luar yang bijak dan cerdik mengambil kesempatan dari program yang `bijak' dari pemuda Rembau ini. Di Manek Urai kali ini, tidak terdengar pula cerita pemuda bijak Rembau ini untuk mengulangi program yang sama. Tetapi difahamkan kali ini beliau akan membawa gerombolan pemuda setianya untuk menggempur Manek Urai termasuk pemidato-pemidato yang baru dilatih `berkokok' ini.

Nescaya gegak gempita lah Manek Urai dengan `kokokan' pemuda-pemuda Umno di bawah Ketua Pemuda yang terlibat dengan rasuah politik ini nanti. Hingarnya nanti Manek Urai apabila ditambah pula dengan kehadiran dua raja tanpa mahkota iaitu Ezam raja sesumpah dan Berahim raja katak. Percayalah, kali ini bukan Tuan Guru Nik Aziz yang bakal menjadi mangsa mereka semasa kempen nanti tetapi tidak lain tidak bukan adalah musuh ketat Umno iaitu DS Anwar. Mereka amat memahami bahawa untuk meruntuhkan PR, orang pertama yang mesti `dibunuh atau dikorban'kan adalah DS Anwar. Mereka yakin dan percaya, kegagalan Kerajaan Perpaduan yang diidamkan oleh Umno gagal dicapai adalah kerana kepintaran DS Anwar menjaga perpaduan dan sepakatan di dalam PR. Memang benar, DS Anwar adalah bekas pemimpin Umno dan beliau bukan maksum. DS Anwar telah menerima kifarah dari kesilapan beliau yang lampau, tetapi seburuk-buruk DS Anwar dahulu pun jauh lebih baik dari pemimpin yang ada dalam Umno sekarang.

Amat silap pemuda Rembau ini memilih tempat untuk `berkokok' apatah lagi ingin mendendangkan lagu ketuanan Melayu, pembangunan, penyelewengan dan rasuah. Untuk berbicara soal agama, jauh sekali. Tiada jalan lain lagi untuk mereka dendangkan kecuali mengikut irama dan lagu yang lama. Isu Kerajaan Perpaduan tidak lagi releven kerana isu ini telah dikapan dan disemadikan di kubur yang bakal bersebelahan dengan kubur Umno di Manek Urai nanti.

Mungkinkah akan wujud lagi watak `Minah Ronggeng' di Manek Urai beberapa hari lagi? Atau mungkinkah akan ada upacara `bersumpah' sepertimana yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dahulu? Juga tidak mustahil sehari dua ini akan tersiar berita beratus dan beribu ahli-ahli Pas dan PKR di Manek Urai menyerah borang memasuki Umno. Ini semua tidak menghairankan kita kerana strategi dan tipu daya Umno sudah lama berada di dalam poket rakyat Kelantan. Bahkan, dikatakan oleh orang-orang Kelantan sekiranya terjumpa tahi di tepi jalan, mereka sudah kenal rupa tahi orang-orang Umno ini. Itulah kelebihan orang Kelantan dan tentunya tidak sama dengan orang Rembau

Tuesday, June 23, 2009

Kemelut PAS: Nasharudin masih 'menyepi'?

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang menjadi tumpuan di sebalik isu kerajaan perpaduan yang dilontarkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, masih belum muncul di Parlimen. Nasharudin tidak hadir sidang Dewan Rakyat semalam dan hari ini.

Malah, beliau juga tidak kelihatan di bangunan Khamis lalu.

Ahli Parlimen Bachok itu bukan sahaja dinanti-nantikan kehadiran oleh penyokong Barisan Nasional, tetapi juga Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Nasharudin yang mempertahankan jawatannya buat penggal kedua berturut-turut awal bulan ini hanya menghadiri pertemuan pemimpin kanan PAS dengan Murysidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di ibu negara petang semalam.

Bagaimanapun beliau tidak hadir mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS yang dipengerusikan oleh Hadi malam tadi.

Usaha menghubungi beliau menerusi panggilan telefon dan SMS juga tidak menemui hasil.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika ditanya mengenai ketidakhadiran Nasharudin di Parlimen berkata, mungkin beliau memerlukan masa untuk berehat dan menenangkan suasana.

"Ya, beliau tidak hadir semalam dan hari ini. Jika tidak esok atau lusa, pada pandangan saya, saya berharap beliau akan kembali ke Parlimen minggu depan," katanya.

Ketika ditanya adakah Nasharudin masih tertekan dengan perkembangan isu kerajaan perpaduan, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tidak timbul soal tekanan.

Jelas beliau, keputusan Nik Aziz untuk "turun ke bawah menarik balik segala kenyataannya" mengecam Nasharudin harus diterima dengan baik.

"Ia menunjukkan kemuliaan beliau," katanya.

Ekoran isu kerajaan perpaduan, minggu lalu Nik Aziz menggesa Nasharudin supaya keluar PAS dan menyertai Umno.

Pertemuan petang semalam berkisar kenyataan Nik Aziz itu.

Ketika ditanya sama ada perkembangan semalam boleh dilihat sebagai usaha kompromi dalam PAS, Mahfuz dan seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub menafikan tanggapan sedemikian.

"Ini bukan soal berkompromi," kata Mahfuz.

Salahuddin pula berkata, pihaknya menyelesaikan masalah yang wujud dalam semangat kekeluargaan PAS.

"Tidak wujud soal siapa menang, siapa kalah tetapi menyelesaikan isu ini dalam semangat kekeluargaan," katanya.

Setia Bersama PAS

TIADA siapa yang dapat menafikan bahawa PAS ketika ini sedang dilanda perbezaan pendapat, namun ia tidaklah sampai menggugat kesepaduan dalam parti.

Bagaimanapun perbezaan pendapat ini, pada awalnya dianggap khilaf di kalangan pemimpin, sebaliknya kini, sudah mencetus dan menimbulkan kegelisahan kepada ahli dan penyokong PAS serta rakyat di segenap peringkat.

Seteru politik PAS sedang menunggu-nunggu untuk melihat parti Islam ini berpecah- belah, agar hayat mereka menerajui negara dapat diteruskan.

Majoriti rakyat, khususnya selepas pilihan raya umum ke 12, 8 Mac 2008, menunjukkan protes terbuka kepada BN sambil menyokong padu PAS bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.

PAS sebagai sebuah parti Melayu dan parti Islam yang ulung di negara ini, harus dipelihara sebaik-baiknya dan mesti mengelak dilanda masalah dalaman yang boleh menggugat keutuhan parti.

Justeru segala elemen yang mementingkan peribadi, lebih daripada kepentingan perjuangan mesti dielakkan.

PAS akan kecundang dan tidak mendapat kepercayaan rakyat, jika ada kalangan pemimpin yang merelakan dirinya dipergunakan pihak tertentu, guna mengaut keuntungan jangka pendek.

Apa pun, sejarah menunjukkan kewibawaan pemimpin PAS ketika berdepan dengan ujian getir. Alhamdulillah banyak rintangan yang jauh lebih besar dapat di atasi dengan baik sekali.

Ingatlah, PAS bukan sebuah parti politik semata-mata. PAS adalah sebuah parti yang mempunyai ideologi yang unggul, mempunyai pemimpin dan kader-kader dakwah yang mendapat latihan (tarbiyah) Islam yang bertunjangkan kemuliaan keperibadian akhlak.

Pejuang-pejuang PAS mestilah dari kalangan mereka yang berilmu, mempunyai sahsiah yang mulia dan beramal dengan amalan Islam.

PAS merupakan sebuah parti Islam yang perjuangannya mementing agama Allah, syariat Allah, matlamat yang diredai Allah, lebih daripada segala-galanya.

Pada asasnya seluruh ahli dan pemimpin PAS didoktrinkan dengan doktrin Islam. Kerana, hanya dengan bertunjangkan Islam, PAS mampu bertahan di persada politik negara sehingga ke hari ini.

PAS adalah jamaah Islam. PAS adalah wadah yang universal. Semua kita, sama ada pemimpin dan ahli, menyertai PAS, bukan semata-mata kerana kepentingan politik, tetapi untuk membawa perubahan positif buat negara dan umat.

Kita menyertai PAS kerana PAS membawa wadah Islam. Kita meyakini bahawa hanya dengan Islam, diri kita, keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita akan mendapat pemeliharaan dan keberkatan dari Allah SWT.

Kita menyertai PAS kerana kita mahu membentuk diri kita dengan acuan Islam. Kita mengetepikan ideologi nasionalisme, menolak ideologi sekularisme, sosialisme, pragmatisme, komunisme dan lain-lain.

Semua ideologi ini sedang gagal dan menuju kehancuran. Hanya dengan istimaqah di atas ideologi Islam kita akan selamat.

Kita harus yakin, bahawa kita akan dimuliakan Allah, selama kita berjuang atas landasannya, walaupun kita tidak menang di dunia. Kita juga harus yakin, kita akan mendapat kehinaan Allah jika perjuangan kita melencong dari landasannya, walaupun kita mendapat keuntungan di dunia.

Justeru atas nama perjuangan Islam, PAS sebagai sebuah parti politik melandaskan amal jamaie dengan berteraskan iman, ilmu, amal, takwa, ukhuwah (persaudaraan) dan mahabbah (kasih sayang).

Semua ahli dan pemimpin PAS adalah sahabat-sahabat yang harus kita kasihi, kita hormati dan kita jalinkan persahabatan sesama muslim sebaik-baiknya.

KIta yakin, pemimpin-pemimpin utama PAS, seperti Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dapat menyelesaikan sebarang pertikaian yang berbangkit, yang sebahagiannya sengaja diperbesarkan oleh media tali barut yang memusuhi PAS.

Ahli-ahli, penyokong dan rakyat yang cintakan perjuangan parti Islam PAS, tidak pernah menaruh rasa curiga atas kemampuan dan kebijaksanaan Tuan Guru berdua.

Kita yakin, akhirnya segala masalah berbangkit dapat diselesaikan dengan baik, sekali gus dapat meningkatkan lagi kematangan PAS berdepan realiti politik Malaysia, selain mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat, insya Allah

Nik Aziz: Lupakan sengketa, rapatkan saf, lawan Umno

Dalam satu kenyataan yang membawa mudarat bagi Perdana Menteri Najib Abdul Razak, seluruh pimpinan Pas sepakat menguburkan sama-sekali isu Kerajaan Perpaduan dan membulat tekad melawan Umno-Barisan Nasional.

Selesai mesyuarat khas di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur jam 6.55 petang tadi, Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dalam satu kenyataan berkata Pas tidak lagi mahu terjerumus dalam politik murahan Umno.

“Dalam semangat kekeluargaan menangani permasalahan isu politik semasa yang dibesar-besarkan media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat-suara melupakan perihal salah anggapan yang berlaku antara pimpinan atasan akibat daripada permainan politik murahan Umno,” kata Nik Aziz membacakan kenyataan tersebut.

Pas dilihat menjadi mangsa permainan media perdana yang cuba melaga-lagakan Nik Aziz dan Nasharuddin Isa dalam isu Kerajaan Perpaduan.

Media Umno-Barisan Nasional juga cuba memecah-belahkan Pakatan Rakyat dengan mengadu domba pemimpin gagasan itu juga dalam isu yang sama.

Namun Pakatan Rakyat hari ini mencapai satu keputusan menolak sama-sekali isu Kerajaan Perpaduan.

Nik Aziz berkata dugaan ini tidak melemahkan setiakawan parti aliran Islam itu, sebaliknya menguatkan lagi tekad Pas melawan angkara politik Barisan Nasional.

“Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu untuk terus bersama-sama memperjuang keazaman Pas, lagi mendaulatkan Islam di persada tanahair,” tegas Nik Aziz.

“Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik kerajaan perpaduan di hentikan serta-merta,” katanya lagi.

Menyentuh kata-dua kepada Nasharuddin tempoh hari, Nik Aziz berkata isu antara beliau dan Nasharuddin telah diselesaikan dalam suasana kekeluargaan.

“Saya selaku Mursyidul Am Pas, menarik balik segala kenyataan saya terhadap Ustaz Nasharuddin Mat Isa, dan dengan itu ianya tidak berbangkit lagi,” kata Nik Aziz.

Husam, Mat Sabu terima anggota jawatankuasa pusat PAS

Dua bekas naib presiden PAS - Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu - menerima pelantikan sebagai anggota jawatankuasa PAS pusat.

Jawatankuasa tersebut yang bermesyuarat pada 11 Jun lalu bersetuju melantik Husam dan Mohamad sebagai anggota AJK dengan tugas-tugas khas perancangan dan strategi parti.

husam musa and mat sabuKetika ditemui malam ini, Mohamad mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa beliau menerima pelantikan tersebut.

"Sebab itulah saya hadir mesyuarat jawatankuasa pusat malam ini," katanya.

Manakala pegawai di pejabat agung PAS di ibunegara pula mengesahkan bahawa Husam turut menghadiri mesyuarat malam ini.

Husam dan Mohamad tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden PAS dalam muktamar parti itu baru-baru ini.

Dalam pertandingan tersebut, Nasharuddin Mat Isa berjaya mengekalkan jawatan berkenaan.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dikatakan telah menasihat kedua-duanya agar menerima tawaran tersebut.

Tokoh ulama PAS itu mencadangkan sedemikian bagi "mengimbangi" suara-suara pemimpin yang condong kepada idea kerajaan perpaduan dalam parti itu

Monday, June 22, 2009

Krisis Perak: Adun Behrang Dan Changkat Jering Adalah Punca Utamanya

Artikel Oleh: Tok Janggut

Jangan salahkan sesiapa atau menuding jari sesama sendiri. Cari semula punca berlakunya krisis di Negeri Perak sehinggakn mengundang seribu persolan, memijak perlembagaan dan undang-undang. Puncanya dalah dari dua orang lembu kurap iaitu Adun Behrang dan Adun Changkat Jering. Akibat tidak amanah, tamak, tidak berakhlak dan tidak bermoral, maka lembu kurap ini telah mendatangkan bahana dan huru hara di Perak.

Semasa mereka masih dalam Pakatan Rakyat sebagi Exco, mereka berdua dikatakan terlibat dengan isu rasuah wang dan rasuah sek atas projek yang mereka berdua rekacipta sendiri. Apabila ditangkap oleh Badan Pencegah Rasuah, maka menyalaklah puak UMNO Negeri dan Pusat mendesak mereka berdua meletakan jawatan sebagai Exco dan sebagai Adun. Oleh kerana ketakutan, mereka sanggup mengkhianati kawan-kawan dan pengundi kawasan masing-masing dengan melutut dan menyembah UMNO meminta jasabaik dan perlindungan, maka mereka diterima oleh UMNO dengan syarat menyokong kerajaan haram UMNO Perak maka semua tuduhan senyap dan tiada kedengaran lagi mereka berdua diarahkan supaya meletakan jawatan oleh puak-puak UMNO.

Pelik tapi benar. Sesiapa yang buat besar mana kesalahan sekalipun, jika taat dan sokong UMNO, maka mereka akan selamat. Akibat dan angkara mereka berdua ini maka segala huru hara di Perak berpanjangan sehingga kini. Kesalahan patut diletakan ke atas kedua-dua ekor lembu kurap ini.

Semasa kerajaan Pakatan Rakyat mula memerintah Perak dan melantik bukan Melayu iaitu Sivakumar sebagai Speaker, UMNO menyalak juga kerana kata mereka belum pernah terjadi Speaker dilantik dari kalangan bukan Melayu, kini seorang India yang baru masuk Melayu UMNO, dilantik oleh UMNO sebagai Speaker Perak walaupun secara tidak sah atau pun haram.

Apa-apa pun di Perak sekarang kerajaanya telah dirampas secara paksa dan ala "mafia" oleh UMNO. Maka lahirlah Menteri Besar palsu, Exco palsu, Speaker palsu. Seorang yang ada PHD tapi saying otak dan akhlaknya rendah dan moralnya hancur apabila kerana kuasa dan pangkat sanggup membelakangkan undang-undang. Ingatlah, bumi ini milik Allah untuk semua makhluk ciptaanya, bukan untuk orang Melayu saja seperti yang UMNO canangkan. Kaum Cina, India, Kadazan juga layak duduk dibumi Malaysia ini termasuk di Perak dan layak mendapatkan apa yang hak untuk mereka sebagai membuktikan keadilan Allah termasuk juga tanah milik untuk kediaman. Hanya golongan yang merasakan mereka lebih berkuasa dari Allah saja yang mempertikaikan semua ini.

Jika hendak dikaji dari segi hak untuk memiliki apa yang Allah kurniakan di bumi ini, puak UMNO adalah antara golongan yang tidak layak tinggal di bumi Allah ini kerana angkara kezaliman, penindasan, kemungkaran, maksiat dan penipuan yang mereka buat selama ini ditambah lagi dengan penghinaan dan penolakan mereka terhadap syariat Allah dan Sunnah Nabi selama ini.

Oleh itu tiada ketaatan umat Islam terhadap kerajaan UMNO malahan haram jika sesiapa taat dan mempertahankan UMNO. Kini selain SPR, Polis, SPRM dan istana, mahkamah juga telah dikawal 100% oleh UMNO demi kuasa dan kezaliman mereka. Wallahualam.

USRAH PAS BAGAN DATOH TURUT DIHADIRI ORANG BUKAN ISLAM

Penyokong-penyokong PAS dari kalangan bukan Islam turut serta dalam program Usrah Mingguan PAS Kawasan Bagan Datoh yang diadakan di markaz PAS Kawasan Selekoh baru-baru ini. Jarang-jarang sekali, dalam program dalaman PAS yang bebentuk pengisian dalaman dihadiri oleh orang-orang bukan Islam. Tetapi di Bagan Datoh, markaz PAS yang dijadikan pusat kegiatan parti termasuk Usrah Mingguan turut juga dihadiri oleh penyokong-penyokong PAS dari kalangan Cina dan India.

Biasanya program usrah bermula dengan solat berjamaah, bacaan ma'athurat, pembentangan teks usrah menggunakan buku-buku tertentu atau kertas-kertas kerja tertentu, dibentang oleh naqib dan diperbincangkan, mengulas isu-isu semasa dan membincangkan program-program semasa. Ia dihadiri oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS.

Kali ini, penyokong PAS dari masyarakat Cina dan India turut hadir, mereka duduk bersila, mendengar kupasan-kupasan ayat-ayat al Quran dan Hadis oleh YDP Kawasan Bagan Datoh yang memimpin usrah pada malam itu. YDP menggubah sedikit pendekatan agar ia lebih kepada bentuk dakwah. Mereka mendengar dengan penuh minat.

Dalam usrah tersebut, persoalan Kerajaan Perpaduan turut disentuh kerana ramai yang ingin mengetahuinya. Alhamdulillah penjelasan yang diberikan oleh YDP melegakan semua yang hadir termasuk penyokong-penyokong PAS dari masyarakat Cina dan India. Mereka berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

Program Usrah Mingguan PAS yang dihadiri oleh bukan Islam turut dilaporkan oleh wartawan Sinar Harian dalam keluaran hari Jumaat semalam. Kebetulan beliau yang juga penyokong PAS hadir dalam program Usrah tersebut. Mereka cukup tertarik dengan program usrah dan pengisiannya malam itu, dan mereka berhasrat ingin mengikuti setiap kali ada usrah.

Ini adalah satu perkembangan yang baik, mudah-mudahan dengan penyertaan mereka dalam usrah PAS, bukan sahaja semangat untuk bersama PAS bertambah kuat, bahkan semuga mereka akan mendapat hidayah untuk beriman dengan aqqedah kita. Insya Allah.

Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan

Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendieri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.

Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno-BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

ImageTurut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, akatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno-BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.

PAS-Umno: Hadi diberi taklimat malam tadi, mesyuarat khas hari ini

Tumpuan isu pembentukan kerajaan perpaduan memasuki minggu ketiga hari ini dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diberikan taklimat tentang perkembangan semasa oleh pemimpin-pemimpin kanannya malam tadi.

Taklimat malam tadi berlangsung menjelang dua pertemuan penting hari ini iaitu mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat dan mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS malam ini.

Di sebalik pertemuan itu, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka bertemu dengan Hadi dan Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa.

mStar Online difahamkan Hadi yang pulang dari London malam tadi, telah mengadakan pertemuan dengan Nasharudin dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali.

Pertemuan itu diadakan di rumah timbalan presiden dekat ibu negara.

Mustafa ketika dihubungi pagi tadi mengesahkan ada menemui Hadi untuk memaklumkan perkembangan semasa.

"Ya ada, tapi dah lewat... nanti kita akan bincangkan dalam mesyuarat (malam ini)," kata beliau dengan ringkas.

Difahamkan pertemuan Hadi dengan Nasharudin, Mustafa dan beberapa pemimpin lain berlarutan lebih dua jam.

Perkembangan politik tanah air sejak dua minggu lalu menjurus kepada isu berkaitan dengan pembentukan kerajaan perpaduan yang pertama kali dilontarkan oleh Hadi hujung tahun lalu.

Ia mendapat perhatian semula sejak Muktamar Tahunan PAS Ke-55 awal bulan ini apabila Hadi menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan Umno-BN.

Umno juga menyatakan kesediaan untuk mengadakan perbincangan dengan PAS berhubung idea membentuk kerajaan perpaduan.

Tengah hari ini Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat kepimpinan tertinggi ikatan itu.

Pertemuan itu yang akan dihadiri pemimpin-pemimpin kanan Pakatan Rakyat dijangka memfokus isu kerajaan perpaduan.

"Pakatan akan mengadakan mesyuarat hari ini... saya selaku Setiausaha Agung akan hadir," kata Mustafa tetapi tidak menyatakan agenda khusus mesyuarat hari ini.

Pertemuan itu sepatutnya telah diadakan Isnin lalu tetapi ditunda ke hari ini kerana Hadi berada di luar negara.

Sebelum ini dua lagi komponen Pakatan Rakyat telah membantah idea Hadi itu.

Malah idea itu turut mendapat bantahan sebahagian ahli PAS termasuk Nik Abdul Aziz.

Mengenai mesyuarat Jawatankuasa Pusat malam ini, Mustafa berkata, tiada agenda khusus tetapi jika isu idea kerajaan perpaduan dibangkitkan ia akan dibincangkan.

"Tiada agenda khusus mesyuarat hari ini, mesyuarat biasa saja," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasharuddin Hassan Tantawi ketika dihubungi berkata, partinya mengadakan mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat bagi membincangkan isu kerajaan perpaduan.

"Kita akan dengar dulu penjelasan Presiden dan kemudian kami (Pemuda) akan menetapkan pendirian... kami nak dengar dulu," kata beliau yang dipilih menerajui sayap pemuda itu awal bulan ini.

Sunday, June 21, 2009

Anwar Gusar Hakim Berat Sebelah Adili Krisis Perak

Datuk Seri Anwar Ibrahim gusar terhadap dengan kewibawaan sistem keadilan dalam membicarakan krisis dua menteri besar Perak yang kini akan di putuskan di Mahkamah Persekutuan.

Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.



Beliau terpaksa memfailkan rayuan itu walaupun tiga hakim mahkaham rayuan berkenaan gagal mengemukakan hujah bertulis untuk menyokong keputusan mereka itu yang mengejutkan banyak pihak termasuk pengamal undang-undang dan orang ramai.

Nizar telah meminta panel 11 hakim untuk mendengar rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 9 julai depan.

“Kita tidak menaruh penuh keyakinan kepada sistem kehakiman, semua orang tahu, kes video V.K Lingam dengan laporan suruhanjaya sehingga kini tiada tindakan undang- undang. kita tidak mengjangka ada perubahan dalam bidang ini. Tuntutan Datuk Sri Nizar itu masih mengikut proses biasa.Saya tidak mengharapkan ketua hakim negara akan bersetuju,” Kata Datuk Sri Anwar.

“Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mengisytiharkan Datuk Sri Nizar adalah menteri besar Perak yang sah. Hakim Datuk Abdul Aziz Rahim membuat keputusan demikian berikutan Datuk Sri Nizar tidak pernah meletakkan jawatannya dan tidak ada undi tidak percaya terhadap beliau dalam DUN Perak,” Tambahnya lagi

Anwar berkata Ketua Hakim Negara Zaki Azmi harus menunaikan permohonan Nizar supaya permohonan beliau didengar oleh panel 11 hakim.

“Mengapa rasional kita adakan 11 hakim ? Isu ini isu perlembagaan yang besar. Kita tidak boleh angkat mana- mana hakim tertentu yang membuat keputusan yang memberat pada mana- mana pihak tertentu. Biarkan mereka buat keputusan dan biarkan masing- masing menulis supaya ini akan menjadi bahan yang akan dibaca oleh masyarakat,” Ujarnya lagi.

Search This Blog