Tuesday, June 23, 2009

Kemelut PAS: Nasharudin masih 'menyepi'?

Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang menjadi tumpuan di sebalik isu kerajaan perpaduan yang dilontarkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, masih belum muncul di Parlimen. Nasharudin tidak hadir sidang Dewan Rakyat semalam dan hari ini.

Malah, beliau juga tidak kelihatan di bangunan Khamis lalu.

Ahli Parlimen Bachok itu bukan sahaja dinanti-nantikan kehadiran oleh penyokong Barisan Nasional, tetapi juga Pakatan Rakyat khususnya PAS.

Nasharudin yang mempertahankan jawatannya buat penggal kedua berturut-turut awal bulan ini hanya menghadiri pertemuan pemimpin kanan PAS dengan Murysidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di ibu negara petang semalam.

Bagaimanapun beliau tidak hadir mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS yang dipengerusikan oleh Hadi malam tadi.

Usaha menghubungi beliau menerusi panggilan telefon dan SMS juga tidak menemui hasil.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar ketika ditanya mengenai ketidakhadiran Nasharudin di Parlimen berkata, mungkin beliau memerlukan masa untuk berehat dan menenangkan suasana.

"Ya, beliau tidak hadir semalam dan hari ini. Jika tidak esok atau lusa, pada pandangan saya, saya berharap beliau akan kembali ke Parlimen minggu depan," katanya.

Ketika ditanya adakah Nasharudin masih tertekan dengan perkembangan isu kerajaan perpaduan, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tidak timbul soal tekanan.

Jelas beliau, keputusan Nik Aziz untuk "turun ke bawah menarik balik segala kenyataannya" mengecam Nasharudin harus diterima dengan baik.

"Ia menunjukkan kemuliaan beliau," katanya.

Ekoran isu kerajaan perpaduan, minggu lalu Nik Aziz menggesa Nasharudin supaya keluar PAS dan menyertai Umno.

Pertemuan petang semalam berkisar kenyataan Nik Aziz itu.

Ketika ditanya sama ada perkembangan semalam boleh dilihat sebagai usaha kompromi dalam PAS, Mahfuz dan seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub menafikan tanggapan sedemikian.

"Ini bukan soal berkompromi," kata Mahfuz.

Salahuddin pula berkata, pihaknya menyelesaikan masalah yang wujud dalam semangat kekeluargaan PAS.

"Tidak wujud soal siapa menang, siapa kalah tetapi menyelesaikan isu ini dalam semangat kekeluargaan," katanya.

3 comments:

azmie said...

nak kena lagi tu. dia tau tak bill DNA diluluskan dengan kelebihan satu (1) undi saja? yang satu tu dia punya la

Yong said...

Tertekan? Takde sape dalam PAS tekan dia. Cuma dia terlepas jawatan Menteri je. TGNA yang baik hati tarikbalik gesaan suruh dia keluar PAS lalu dihina oleh Utusan Malaysia dan MSO. Sapa punya kerje hampeih?

serupasekala said...

ITU ADALAH CARA PAS MENYELESAIKAN MASAALAH DALAMANNYA SENDIRI.

SAYA RASA PAS SUDAH DAPAT MENYELESAI MASALAH PARTINYA SENDIRI SYABAS DIUCAPKAN.

BAGI SAYA HJ HADI MESTI AKUR DENGAN APA YANG DIPUTUSKAN DALAM SYURA ULAMA.ITU DINAMAKAN DEMOKRASI DAN MENJORITI DIUTAMAKAN.

SELAMAT BERJUANG KEPADA PAS SEMUGA IA NYA MEMBUAHKAN KEJAYAAN DAL PRK DAN PRU 13 NANTI.

Search This Blog