Thursday, November 17, 2011

Bolehkah Bukan Muslim Selamat Dari Neraka?


Oleh : Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Soalan ini mungkin mengejutkan. Sebab, secara umumnya ramai muslim menganggap setiap yang bukan muslim pasti akan diazab dalam neraka. Tanpa mengambil kira keadaan mereka.

Tuesday, November 15, 2011

Raja-Raja Melayu harus mencontohi Sultan Kelantan

Dirgahayu Tuanku

SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, Tuanku Faris Petra disambut Menteri Besar, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika hadir pada Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan di Padang Merdeka dekat Kota Bharu sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda Yang Ke-42, 11 November lepas.

Ulang tahun keputeraan Sultan Kelantan pada kali ini disambut dalam keadaan yang agak berbeza. Tiada pintu gerbang berwarna warni di setiap daerah. Tiada program kebudayaan yang diatur.

Sultan Kedah Kecewa Hospital Pendang Dan Bandar Baharu Belum Dibina


Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah kecewa kerana rancangan untuk membina hospital bagi daerah Pendang dan Bandar Baharu belum dilaksanakan.
"Rakyat beta di daerah tersebut menghadapi kesukaran kerana perlu banyak bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan di hospital di luar daerah tersebut," titah baginda semasa merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah di sini hari ini.

Kes Feedlot-Kondo Hanya Disiasat Apabila Pakatan Rakyat Berkuasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kes projek lembu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita Datuk Shahrizat Abdul Jalil untuk disiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

MAS-AirAsia: MP Umno dakwa Azman, Tony tipu rakyat



“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus memanggil Tan Sri Azman... kesemua mereka... jika ada  penyelewengan, humban mereka ke dalam penjara,” kata Timbalan Pengerusi BN-BBC ini di Dewan Rakyat hari ini.“Bagaimana Khazanah boleh diperbodohkan, macam mana boleh jadi bodoh, diperdayakan oleh Tony Fernandes. Jika saya berada dalam kedudukan, saya akan letak jawatan daripada menyusahkan orang lain,” katanya lagi.

Monday, November 14, 2011

Diet Yang Memanjangkan Umur DiTemui



"Tahukah anda bahawa terdapat satu gaya hidup yang telah terbukti mampu memanjangkan usia bagi sesiapa yang mengamalkannya?

Di suatu tempat yang terpencil di Jepun, Okinawa, terdapat suatu gaya hidup yang menjadikan kebanyakan penduduknya kekal aktif sehingga usia 70an, 80an, 90an dan bahkan 100 tahun. Mereka mempunyai pesakit jantung, kanser dan strok yang amat kurang. Kajian selama 25 tahun membuktikan bahawa fenomena panjang usia ini berkait rapat dengan gaya pemakanan mereka dan persekitaran kehidupan mereka.

Search This Blog