Saturday, February 5, 2011

Jawapan saya untuk Tun Mahathir


Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat
Saya gembira apabila Tun Dr Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Wednesday, February 2, 2011

Mungkinkah revolusi di Arab akan berjangkit ke Malaysia?

Oleh Mohamad Suhaimi Abdul Aziz

Tidak ada siapa meramalkan bahawa pemimpin negara-negara Arab yang terkenal sombong, angkuh, kuku besi, zalim dan rejim yang ganas ini bakal tumbang. Tunisia mendahului apabila menumbangkan rejim Zein al Abidin yang memerintah selama 23 tahun. Hosni Mubarak, yang memerintah selama 30 tahun dan terkenal dengan sifat zalimnya terhadap rakyat, rasuah, penyalahgunaan kuasa, serta bersahabat baik dengan rejim zionis Israel kini menanti saat untuk tumbang

Umno-BN Perlu Ambil Iktibar Kebangkitan Rakyat Di Tunisia dan Mesir

"Kerajaan Umno-BN Malaysia perlu mengambil pengajaran agar dapat mengelak kekecohan seperti yang berlaku di Tunisia dan Mesir di mana rakyatnya kini bangun menentang kerajaan yang zalim terhadap rakyat.
Dalam satu majlis 'Hi Tea' Di Dewan Khow Chow, Ulu Bernam petang semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan punca rakyat bawahan bangun menentang kerajaan Tunisia dan Mesir adalah kerana tekanan berterusan akibat ekonomi dan politik yang tidak adil.

Tuesday, February 1, 2011

Gambar-Gambar Solat yang jarang kita lihat.

"Pelbagai alasan orang tak nak solat – seluar kotor lah (dah tau kotor kenapa pakai?) , tak sempat (sibuk pergi open house), tak ada masjid/surau dan yang paling menyedihkan apabila kawan tak solat kita pun tak solat kononnya takut dipanggil alim sedangkan solat adalah kewajipan kita.

Peringatan untuk diri sendiri juga anda – tiada alasan untuk ponteng solat. Malaikat di bahu kiri kita tidak pernah jemu mencatatkannya.

Search This Blog