Pada 20.12.2008 suatu forum mempertemukan Dato’ Husam Musa Naib Presiden PAS dan Khairy Jamaluddin Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah diadakan di Kelantan.Seperti dilapor TV3, Khairy Jamaluddin mencabar Husam Musa menjelaskan adakah PAS akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah Malaysia. Husam Musa telah mempertegaskan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud.
Malah beliau menambah tanggungjawab melaksanakan hudud bukan sahaja terletak kepada PAS tetapi juga UMNO yang sedang memerintah.
Maka berlakulah polimik diseluruh negara khususnya daripada pemimpin DAP, MCA dan lain-lain lagi. Sehingga Pemuda MCA Wilayah Persekutuan datang ke pejabat PAS di Jalan Raja Laut menghantar memorendum membantah kenyataan Husam Musa.
Persoalanya mengapa sebahagian masyarakat Malaysia membantah perlaksanaan hukum hudud?. Adakah mereka faham apakah kesan kepada mereka apabila hudud dilaksanakan ?
Suka untuk saya menghuraikan kesan-kesan perlaksanaan hudud kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia. Sebenarnya dalam hukum islam terdapat tiga jenis hukuman sahaja. Pertama hudud, kedua qisas dan ketiga ta’zir. Yang jatuh hukum di bawah hudud itu hanyalah tujuh kesalahan sahaja iaitu berzina, menuduh orang berzina tampa bukti, minum arak, mencuri, keluar daripada agama Islam, merompak dan menderhaka kepada negara.
Qisas adalah hukuman balas iaitu bunuh balas bunuh, mencedera balas cedera dan meluka balas meluka. Hukuman ta’zir adalah hukuman denda bagi kes-kes diluar kes hudud dan qisas seperti kesalahan jalan raya. Walaubagaimana pun orang-orang bukan Islam di beri pilihan samaada mahu dihukum dengan hukum Islam atau dengan hukum sivil yang sedang berjalan sekarang.
Hanyalah orang Islam sahaja yang tiada pilihan kecuali dihukum di bawah hukum Islam.
Kebaikkan Pertamanya: Menjaga Keturunan dan Kehormatan
Sebab utama hukum ini diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat Islam atau bukan Islam agar hidup saling hormat menghormati bukannya untuk menghukum semata-mata. Islam tidak suka ada individu yang boleh mecabul kehormatan orang lain.
Tentunya kita benci kalau ada orang merogol anak kita atau kakak kita atau emak kita. Kebaikkan hukuman hudud boleh dilihat daripada negara Arab Saudi yang melaksanakan hukum ini. Pada tahun 2002 bagi perbandingan 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 2.39 kes rogol sahaja berlaku. Ini bermakna bagi setiap 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 3 kes sahaja berlaku dalam tahun 2002.
Cuba kita bandingkan dengan Malaysia yang tidak mengamalkan hukum hudud, bagi sejuta rakyat Malaysia terdapat sebanyak 51.60 kes berlaku pada tahun 2002. Jumlah tertinggi adalah Kanada yang langsung tidak mengamalkan hukum-hukum yang terdapat dalam Islam, bagi 1 juta penduduk di Kanada terdapat 727.62 kes setahun berlaku kes rogol di negara tersebut. Data bawah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc.org/pdf/crime/eighthsurvey/8sv.pdf
| Negera | Kes RogolTahun 2002 | Populasi Penduduk | Kes/Populasi x 1 juta |
| Kanada | 24,350 | 33,465,300 | 727.62 |
| Malaysia | 1,431 | 27,730,000 | 51.60 |
| Jerman | 8,615 | 82,127,000 | 104.90 |
| Arab Saudi | 59 | 24,735,000 | 2.39 |
| United Kingdom | 13,395 | 61,186,000 | 218.92 |
| Amerika | 95,136 | 305,975,000 | 310.93 |
Kebaikkan Keduanya: Menjaga nyawa dan hartabenda
Hukum hudud ini dilaksanakan untuk menjaga nyawa dan hartabenda manusia. Jenayah yang berlaku dalam atau luar negara akan menyebabkan kehilangan hartabenda dan nyawa manusia. Lihatlah betapa seriusnya masalah jenayah yang berlaku di United Kindom(UK) bagi 1 juta penduduk disana terdapat 106,621 kes jenayah berlaku.
Cuba pula kita lihat kes jenayah di Arab Saudi yang melaksanakan hukum Islam. Bagi 1 juta penduduk disana hanya terdapat 3,420 kes jenayah yang berlaku pada tahun 2002. Data bawah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc.org/pdf/crime/eighthsurvey/8sv.pdf
| Negera | Tahun 2002 | Populasi Penduduk | Kes/Populasi x 1 juta |
| Kanada | 2,516,918 | 33,465,300 | 75,210 |
| Jerman | 6,507,394 | 82,127,000 | 79,236 |
| Arab Saudi | 84,599 | 24,735,000 | 3,420 |
| United Kingdom | 6,523,706 | 61,186,000 | 106,621 |
| Amerika | 11,877,218 | 305,975,000 | 38,818 |
Kebaikkan Ketiga : Perniagaan akan lebih maju
Apabila jenayah dapat dikurangkan, perompak takut ingin merompak dan pencuri takut ingin mencuri maka peniaga-peniaga tidak perlu takut untuk berniaga. Keuntungan berniaga akan diperolehi sepenuhnya oleh peniaga tersebut bukannya terpaksa dikongsi bersama perompak dan pencuri.
Modal perniagaan tidak hilang dan duit pusingan perniagaan dapat diperolehi semula setelah barang habis dijual. Pusat-pusat pernigaan tidak perlu membazirkan wang untuk membeli alarm, mengupah pengawal keselamatan dan membeli gril besi pagar. Para ushawan tidak sakit jantung dan pening kepala memikirkan keselamatan kedai atau gedung-gedung mereka. Semua urusan pernigaan dapat berjalan dengan baik dan teratur
Saya tidak pandai menulis tetapi ingin berkongsi sama realiti harga minyak sebenar di dunia pada hari ini. Apa yang di tunjukkan di sini adalah harga minyak diesel yang di jual oleh Petronas kepada industri (maklumat harga sebenar dari pihak petronas). Jika di lihat pada harga yang di jual pada industri, harga nya jauh lebih murah walaupun tax (19.33sen/liter) dikenakan. Harga yang ditunjukkan adalah harga setelah dikenakan tax (mulai Disember 08, pihak industri terpaksa membayar tax kepada kerajaan). So, kalau ditolak dengan tax untuk harga diesel pada 17hb-23hb Dis 08, harga diesel sebenar dipasaran cuma RM1.37/liter.
Harap disebarkan maklumat kepada seluruh umat islam di Malaysia. Saya rasa ramai yang jahil seperti saya terpedaya dengan logo HALAL di pelbagai restoran di bumi Malaysia ini. Sila baca email yang saya terima di bawah:-
Penting!!! Seorang bekas biarawati kristian yang masuk Islam memberitahu dalam ceramahnya haram bagi seseorang umat Islam ucap Selamat Hari Natal.. atau Merry Christ... dan sewaktu dengannya.
Setiap syarikat perdagangan yang ditubuhkan mestilah mengutamakan keuntungan syarikat setiap tahun itu semua orang tahu.