Saturday, December 27, 2008

hudud...

minggu lepas isu hudud kembali bermain di dada akhbar harian terutamanya akhbar yang dikuasai pemerintah. rasanya, untuk berbincang isu ini, perkara yang pertama mesti dilakukan adalah untuk letak semua kepentingan parti di tepi dahulu baru lah nampak keikhlasan dan kesungguhan untuk bercakap dan berbincang isu ini. islam mestilah diletakkan sebagai asas utama.

pertama, hudud adalah undang-undang yang termaktub di dalam al-quran yang diperintahkan oleh allah untuk dilaksanakan oleh umatnya. dan sebagai umat yang mengaku beriman kepada al-quran maka perintah itu mestilah dilaksanakan..salah satu daripada rukun iman itu adalah percaya kepada al-quran. kalau mengaku percaya tapi tidak ada keinginan untuk melaksanakan tuntutan al-quran itu sendiri..macamana nak dikatakan beriman. dan selemah- lemah iman pun kalau tak mampu untuk melaksanakan tuntutan itu maka kita hendaklah ada keinginan dihati untuk kearah itu. tapi kalau bila ada pihak yang hendak melaksanakan hukum tuhan dan kita asyik memperlekeh malah menentang macam mana kita boleh mengaku kita orang islam yang memperjuangkan islam.

kedua, masyarakat majmuk bukanlah alasan yang kukuh untuk menafikan pelaksanaan hudud ini. telah dibuktikan oleh junjungan kita nabi muhammad s.a.w pada pemerintahannya di madinah. tambahan pula, logiknya hukum yang dicipta oleh pencipta segala kehidupan pastilah sesuai untuk digunakan oleh makhluk yang di ciptanya. pokoknya janganlah kita asyik menentang sesuatu perkara itu tanpa ilmu pengetahuan tentang perkara yang hendak kita tentang. tak tahu bertanya baru tak sesat jalan. sesat jalan boleh kira okey lagi, tapi kalau akidah, macam mana.

kalau benar benar hendak menyelesaikan masalah hudud ini apa kata ulama-ulama tak kira lah dari pihak mana, kerajaan atau pembangkang untuk duduk semeja dengan bapak-bapak menteri berbincang, panggil wakil dari semua bangsa dan agama untuk bersemuka. baru lah adalah penyelesaian. jangan lah sanggup membuat perkara yang dimurkai allah semata mata untuk menjayakan misi dalam kontek peribadi atau kepartian. lihat lah dalam kontek yang lebih luas..iaitu umat.

No comments:

Search This Blog