Monday, December 22, 2008

Kera jaan Be End kini peniaga minyak

" Setiap syarikat perdagangan yang ditubuhkan mestilah mengutamakan keuntungan syarikat setiap tahun itu semua orang tahu.

Tetapi di Malaysia pemerintah yang menerajui negara ini iaitu kera jaan Be End juga sudah terbukti menjadi peniaga. Peniaga minyak petrol, diesel dsbnya.

Dengan menjadi peniaga yang diberi hak ekslusif pengedaran bahanapi di Malaysia kumpulan BN Berhad telah menjual harga bahanapi tersebut tidak mengikut harga sebenar pasaran dunia.

Mereka memutarbelit fakta itu dan ini walaupun semua rakyat sudah tahu tembelang mereka.

Terkini mereka ingin membuat harga lantai untuk harga minyak supaya tetap tinggi walau harga sebenar bahanapi tersebut jauh lebih rendah, ini kerana keuntungan yang dijana mestilah ratusan juta ringgit sehari. Memang jahat kumpulan BN ini, macam komunis.

Dengan berbuat demikian maka mereka telah memperoleh keuntungan tanpa usaha yakni untung atas angin beratus juta ringgit sehari.

Walaupun harga bahanapi telah turun tetapi harga gas untuk memasak terus disepikan oleh syarikat BN Berhad ini, macam tak ada apa-apa.

Malang betul rakyat Malaysia mempunyai pemimpin beragama islam tetapi tidak mempunyai ciri-ciri muslim yang sepatutnya.

Tidak ada jalan lain selain menjatuhkan regim Be End pada PRU akan datang.

Rakyat juga dibebankan dengan bayaran tol yang paling tinggi di antara negara ASEAN, bahkan Thailand yang mempunyai jaringan lebuhraya yang sama tidak mengenakan tol langsung.

Tukar rejim Be End segera!"

No comments:

Search This Blog