"Kita sudah jemu dengan kata-kata retorik ahli politik yang sibuk mengatakan tentang harga barang ingin diturunkan tetapi gagal. Apakah yang telah dilakukan oleh Kementerian Pengguna, bila ada pihak pemborong atau pengilang/penternak ingin menaikkan barang, dengan kadar segera mereka kata kita akan berbincang dengan mereka. Wakil kementerian pengguna atau menterinya akan mengadakan perbincangan dengan pihak pengilang/pemborong. Apa yang dibincangkan dan dimesyuaratkan kita tak tahu, tetapi apa yang kita dengar dari hasil perbincangan tersebut pihak kementerian/kerajaan bersetuju agar kenaikan harga barang terpaksa dinaikkan dengan alasan kerana faktor semasa seperti kenaikan harga minyak dan bahan mentah. Maka akhirnya kita lihat lagi satu senario kenaikan harga barang tanpa kerajaan boleh berbuat apa-apa. Janganlah kerana berapa kerat individu pengilang/pemborong punya masalah ekonomi maka rakyat yang terpaksa menanggung. Rakyat sudah letih dengan janji-janji kosong. Usahlah kita menaruh harapan lagi dengan mereka-mereka ini yang hanya pandai berjanji tanpa melaksanakannya. Pada saya sebenarnya penggunalah yang boleh memainkan peranan. Ayuh pengguna semua, bangunlah dengan tindakan yang bersepadu. Sebagai contoh, kita ambil bagaimana kita boleh mengawal dan menurunkan harga ayam. Saya ambil contoh, semasa wabak SARS melanda negara kita, harga ayam dijual pada harga yang rendah. Kenapa harga tersebut boleh kurang? Harga tersebut kurang bukan kerana mereka jual pada harga rugi tetapi pada harga dengan keuntungan yang kecil. Tiadapun kita dengar penternak yang bunuh diri atau muflis kerana kerugian. Kerugian yang dimaksudkan bukan bermakna rugi tetapi keuntungan berkurang. Selama ini kita biarkan mereka buat keuntungan yang tinggi dan yang menanggung beban adalah para pengguna terutama mereka yang berpendapatan rendah. Sekali lagi saya seru agar pengguna bersatu hati membuat tindakan bersepadu. Bersama ini saya gariskan bagaimana kita sebagai pengguna boleh memainkan peranan dalam mengawal harga barang. Sebagai contoh di satu pasar, purata bilangan ayam yang dijual adalah 5000 ekor sehari oleh peniaga.
Hari 1
Apakah akan berlaku jika pada satu hari (ke-1) tiada pengguna membeli walau seekor ayam. Peniaga sudah rasa risau, apa yang telah berlaku pada hari ini. 5000 ekor tidak terjual.
Hari 2
Pada keesokan harinya (hari ke-2) pemborong datang untuk membekalkan 5000 ekor ayam lagi. Sudah pasti tiada peniaga akan membeli ayam yang ingin dibekalkan. Di sini akan berlaku main harga antara peniaga dan pemborong. Pemborong terpaksa menurunkan harga sedikit daripada harga semalam dan dalam fikiran peniaga mereka akan untung lebih jika dijual pada harga seperti biasa. Tetapi pada hari ke-2 pengguna masih lagi tidak membeli seekor ayampun. Peniaga semakin gelisah kerana sudah dua hari mereka tiada jualan dan pada mereka sudah ada 10000 ekor ayam dan itu adalah maksimum ayam yang mereka boleh simpan dalam stor sejuk beku.
Hari 3
Apa pula yang berlaku pada hari ke-3 di mana pengguna masih lagi tidak membeli walau seekor ayam, seperti biasa pemborong datang dengan 5000 ekor ayam untuk dibekalkan pada peniaga tetapi akan pulang dengan 5000 ekor ayam kerana peniaga sudah tidak mampu membeli ayam dari pemborong walaupun dijual lebih murah sedikit daripada harga hari ke-2 kerana mereka sudah tiada tempat untuk disimpan.
Hari 4
Apa pula akan berlaku pada hari ke-4? Sudah pasti peniaga akan cuba menurunkan harga ayam, di mana mereka jual pada untung yang kecil, tetapi peniaga lupa bahawa pengguna telah bersatu hati untuk tetap tidak membeli ayam pada hari ke-4. Sekarang kita lihat senario antara pemborong dengan penternak pula pada hari ke-4. Seperti biasa penternak akan menjangkakan pada hari tersebut 5000 ayam (katakan 1 reban) mereka akan dibeli oleh pemborong pada harga yang biasa dijual. Tetapi pemborong taknak membeli dari penternak kerana mereka masih ada lagi 5000 ekor ayam yang belum terjual. Maka berlakulah tawar menawar antara pemborong dan penternak, penternak menjual pada harga yang rendah dari harga sebelum ini dengan keuntungan yang rendah pada pemborong. Kita dapat lihat pada hari ke-4 pemborong telah ada 10000 ekor ayam dalam simpanan mereka.
Hari ke-5
Apa pula yang berlaku pada hari ke-5 jika pengguna masih lagi enggan membeli ayam. Peniaga masih lagi ada 10000 ekor ayam dalam simpanan, kos penyimpanan meningkat, mereka tiada jualan. Bagaimana pula dengan pemborong? Pemborong masih lagi ada 10000 ekor ayam yang tidak terjual dan sudah pasti pemborong taknak membeli ayam dari penternak. Pada hari ke-5 penternak tidak dapat menjual 1 reban (5000 ekor) ayam dan mereka terpaksa beri ayam mereka makan. Kita semua maklum, penternak membela ayam pada satu tempoh yang tertentu, jika terlebih hari mereka terpaksa menanggung kos makanan ayam. Kita bayangkan pada hari ke-5 bagaimana gelisahnya peniaga, pemborong dan penternak.
Hari ke-6
Apa pula yang akan berlaku pada hari ke-6? Saya yakin peniaga akan cuba menjual harga yang serendah mungkin tetapi dengan sedikit keuntungan. Katakanlah pengguna mula membeli ayam seperti biasa pada harga baru yang rendah dan peniaga dapat menjual sebanyak 5000 ekor ayam dan berbaki 5000 ekor ayam dalam simpanan mereka. Pemborong masih ada lagi 10000 ekor ayam dalam simpanan mereka. Bagaimana pula di pihak penternak, Penternak membela dan menjual ayam pada kadar 1 reban sehari. Katakan satu reban ada 5000 ekor ayam, sudah pasti pada hari ke-6 sudah ada dua reban yang tidak terjual, sekali lagi kos makan ayam terpaksa ditanggung oleh penternak.
Hari ke-7
Apa pula berlaku pada hari ke-7? Peniaga dapat menjual lagi 5000 ekor ayam tetapi pada harga seperti hari ke-6 kerana takut pembeli taknak membeli jika peniaga naikkan harga ayam. Pemborong masih lagi ada 10000 ekor ayam yang masih belum terjual kepada peniaga. Pemborong taknak membeli dari penternak, dan sekali lagi penternak telah ada 3 reban yang tidak dapat dijual (kos meningkat).
Hari ke-8
Pada hari ke-8, pemborong baru dapat jual sebanyak 5000 ekor ayam kepada peniaga dan baki 5000 ekor dalam simpanan. Sudah pasti harga yang dijual oleh pemborong kepada peniaga turun dari harga pada hari ke-1 kerana takut peniaga taknak beli, kerana peniaga juga takut untuk jual seperti pada harga hari ke-1 tetapi akan dijual seperti pada hari ke-6 dan 7. Pada hari ke-8 ini penternak akan ada sebanyak 4 reban yang tidak terjual.
Hari ke-9
Pada hari ke-9 pula barulah pemborong dapat menjual 5000 ekor ayam lagi kepada peniaga tetapi pada penternak, telah ada 5 reban ayam yang tidak terjual. Sudah berapa banyak kos makan ayam yang terpaksa ditanggung oleh penternak. Pengguna sedang menikmati ayam pada harga yang rendah.
Hari ke-10
Pada hari ke-10 barulah rantaian ayam dari penternak, pemborong, peniaga dan pengguna kembali seperti biasa. Tetapi pada pihak penternak, kos 5 reban masih lagi terpaksa mereka tanggung untuk tempoh matang ayam dari mula hari pertama dibela sehingga boleh jual. Sudah pasti penternak taknak ini berlaku lagi kepada mereka.
Kita hanya perluka 5 HARI untuk melakukan tindakan bersepadu. Adakah 5 hari tak beli dan makan ayam akan menyebabkan pengguna mati, jawapannya sudah tentu tidak. Bayangkan jika dalam tempoh 5 hari satu juta pengguna bersepadu berjanji tidak membeli ayam. Percayalah hanya dengan tindakan bersepadu pengguna bagi tempoh 5 hari sahaja tidak membeli ayam akan menyebabkan harga ayam akan diturunkan. Maka tiada lagi penternak, pemborong dan peniaga menjual pada harga yang mahal. Kaedah ini juga kita boleh gunakan untuk barangan lain tetapi syarat utamanya ialah tindakan bersepadu. Bagaimana dan bila tindakan bersepadu ini akan dilaksanakan?
Untuk melaksanakan agar ianya berjaya kita memerlukan sekurang2nya 500000 orang yag bersetuju untuk mengambil tindakan. Tolong kempen untuk lebih ramai yang bersetuju untuk melakukan tindakan bersepadu.
Langkah 1:
buat pendaftaran menyatakan bersetuju untuk bersama-sama melakukan tindakan bersepadu.
sila taip sms:
SERVIS AYAM dan email anda
hantar ke 33886
cth: SERVIS AYAM hbbstrike@yahoo.com
Langkah 2:
Tunggu arahan untuk tindakan bersepadu, kita perlukan minimum 500000 ahli untuk memberi kesan yang besar. Bila cukup sahaja 500000 kita akan terus melancarkan tindakan bersepadu.
Rasional kenapa perlukan pendaftaran ialah, kita memerlukan sekurang2nya 500000 pengguna yang bersetuju kerana jumlah yang kecil tidak memberi kesan menyeluruh. Tidak boleh tetapkan tarikh pada masa ini kerana ini akan membolehkan pihak penternak, pemborong dan peniaga yang tamak mengatur strategi mereka.
Jangan buang masa dan sebarkan artikel ini."
No comments:
Post a Comment