Friday, March 26, 2010

TITI TINGGI BUKTI UMNO-BN FOBIA DENGAN PILIHANRAYA

Ramalan ramai pihak bahawa tidak akan berlaku pilihanraya kecil di Dun Titi Tinggi ternyata kebenarannya. Setelah dipujuk rayu akhirnya ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn telah menarik balik surat peletakan jawatannya. Lebih menarik lagi beliau hanya mengirim SMS kepada Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat tentang pembatalan meletak jawatan yang diumumkan kelmarin

Pasca pilihanraya Umum ke 12 menunjukkan Umno-BN cukup gentar berhadapan rakyat dalam pilihanraya. Lihat sahajalah apa berlaku di Perak, mereka bermati-matian mengelakkan pilihanraya kecil. Begitu jugalah di tempat lain. Walaupun speaker sudah memaklumkan kekosongan kerusi yang wujud belum tentu pilihanraya akan diadakan. Kota Seputeh turut menjadi contoh Umno cukup takut dengan pilihanraya untuk berhadapan dengan rakyat. Walaupun ia melibatkan Dun atau parlimen yang didakwa kubu kuat umno-BN.

Usaha Umno untuk mengelak menghadapi pilihanraya kecil ternyata mendapat sokongan padu dari SPR dulu kini dan selamanya. Malah langkah kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang untuk mengembalikan demokrasi dan mewujudkan ketelusan dengan mengadakan pilihanraya pihak Berkuasa tempatan juga turut dihalang.

Semua ini menjadi bukti nyata Umno-BN yang mendakwa diri selama ini mereka kuat sebenarnya berada dalam keadaan yang cukup lemah. Walaupun cuba memainkan isu dan sentimen perkauman, memanipulasi media itu tidak mencukupi untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada Umno-BN. Justeru itu dalam suasana Umno-BN dalam keadaan lemah dengan mood penolakan rakyat,pelbagai helah dan taktik kotor dilakukan untuk memastikan tidak berlaku sebarang pilihanraya dalam masa terdekat.

tapi ada kuasa lagi besar yang mereka lupa, pilihanraya akhirnya terpaksa juga diadakan. jadi kita lihatlah apa akan berlaku.

Thursday, March 25, 2010

Mengapa usaha beli Adun PAS Kelantan gagal?

Kejayaan PAS mengekalkan kerajaan negeri sehingga lima penggal berturut-turut mencatat satu sejarah baru di Kelantan. Rekod itu mengatasi kerajaan BN sebelum yang hanya mampu bertahan tiga penggal iaitu 1978 hingga 1990. Itu pun keupayaan PAS merampas Kelantan selepas Tun Abdul Razak Hussin mengisytiharkan darurat setelah undi tidak percaya terhadap Dato’ Mohamad Nasir diadakan di Dun.

Ekoran itu PAS berpecah sehingga melahirkan Hamin dan Berjasa.

Dan pada pilihan raya umum 1978 PAS kecundang di Kelantan.

Sebelum itu pada pilihan raya pertama sebelum merdeka pada 1955 PAS kalah semua kerusi dipertandingkan kecuali di Kerian, Perak apabila Haji Ahmad Tuan Hussin menang.

Sedangkan di Kelantan PAS bertanding di tiga kerusi Majlis Mesyuarat Persekutuan dan kalah kesemuanya.

Manakala kerusi peringkat Majlis Mesyuarat Negeri PAS bertanding di empat kerusi daripada 16 kerusi, namun gagal.

Bagaimanapun pada pilihan raya pertama selepas merdeka pada 20 Jun 1959 PAS menang 28 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan di peringkat Dun.

PAS ketika itu hanya kalah di Bandar Hilir dan Ulu Kelantan Timur.

Ekoran kemenangan tersebut Ishak Lotfi Omar dilantik sebagai Menteri Besar dan Mohamad Nasir sebagai Timbalan Menteri Besar.

Tujuh lagi Adun dilantik sebagai anggota Exco iaitu Khaidir Khatib, Mohd Asri Muda, Mohd Nor Yusof, Wan Sulaiman Ibrahim, Nik Abdul Rahman Nik Mat, Mohd Daud Abdul Jamil dan Abdul Rahman Daud.

Kemudian pada pilihan raya 1964 sekali lagi PAS mendapat mandat rakyat dan ketika itu Mohd Asri dilantik sebagai Menteri Besar.

Pada pilihan raya penggal ketiga selepas merdeka sekali PAS diberi kepercayaan rakyat Kelantan, namun ketika itu PAS bergabung bersama dalam Perikatan.

Ketika itu Mohamad Nasir dilantik sebagai Menteri Besar atas kehendak Tun Abdul Razak.

Tidak lama berada dalam gabungan Perikatan, akhirnya PAS ditendang keluar dan pilihan raya umum 1978 diadakan PAS tidak mampu lagi mempertahankan kerajaan.

PAS hanya mendapat suntikan semangat baru pada 1990 apabila gabungan bersama Semangat 46, Hamim dan Berjasa berjaya menumbangkan kerajaan BN dengan agregat 39 – 0.

Rekod yang dicatat tersebut tidak pernah berlaku dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Dan hari ini selepas lima penggal mempertahankan kerajaan, PAS dan Pakatan Rakyat terus mengharungi arus politik perdana.

Kerajaan negeri di bawah kepemimpinan ulama yang diketuai Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat terus memacu jentera pentadbiran negeri.

Berpandukan kepada slogan Membangun Bersama Islam jentera pentadbiran kerajaan negeri terus dipancu.

Teras pentadbiran berasaskan konsep Ubudiah, Masuliah dan Itqan.

Mengulas pencapaian kerajaan negeri Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani berkata, hasil gabungan bersama Semangat 46 pada 1990 dan 1995 dan Barisan Alternatif pada 1999, berjaya mengekalkan kepimpinan ulama di Kelantan.

“Hasil kerjasama tersebut telah menyebabkan Umno dan BN tiada tapak langsung di Kelantan pada pilihan raya 1990.

“Dan pada pilihan raya 1999 BN hanya tinggal dua kerusi di peringkat Dun iaitu Galas dan Paloh. Ini mencerminkan kepimpinan PAS dan rakan-rakan iaitu Semangat 46 dan kemudiannya KeADIlan telah diterima secara menyeluruh rakyat Kelantan,” katanya di sini.

Bagaimanapun kata beliau kerajaan Kelantan berada pada kedudukan benar-benar tergugat pada 2004 apabila cuma dibezakan dengan satu kerusi sahaja.

Menurutnya biar pun berada dalam kedudukan cemas, namun kerajaan negeri masih mampu bertahan selama biar pun pelbagai halangan dan sekatan dilakukan.

Kata beliau usaha untuk membeli wakil-wakil rakyat PAS berlaku sejak malam pilihan raya Mac 2004 sehingga menjelang pilihan raya 2008.

“Usaha mereka tidak berjaya kerana wakil rakyat PAS mempunyai pegangan kuat terhadap agama. Ia berlainan dengan apa yang berlaku kepada parti rakan kita sekarang,” katanya.

Beliau juga berkata, biar pun Kelantan sering kali dilabelkan sebagai negeri miskin, namun program pembangunan tetap berjalan lancar.

Menurutnya, orang ramai yang datang ke sini dapat melihat sendiri perubahan yang berlaku di Kelantan di bawah pimpinan ulama.

Fauzi Mohamad, 55 dari Pasir Tumboh berpendapat Umno tidak mungkin bangkit di Kelantan kerana mereka tiada isu yang hendak diperjuangkan.

Katanya, kalau hendak bandingkan dengan negeri-negeri lain di bawah BN, pemimpin PAS dan Pakatan di Kelantan jauh lebih bersih dan berwibawa.

“Jadi tidak ada alasan rakyat nak tukar kerajaan, tambahan pula datang isu minyak. Demua orang faham isu minyak itu hak Kelantan biar pun pemimpin Umno menafikan.

“Dengan adanya isu royalti minyak menjadikan Umno semakin tenat, seolah-olah menggelabah,” katanya di sini.

Fauzi juga berkata, pencapaian PAS di Kelantan sekarang tambah menggalakkan, malah mesyuarat agung cawangan yang diadakan sekarang mendapat sambutan hangat.

Selain itu katanya, program dan dasar kerajaan negeri banyak dapat menolong rakyat termasuk skim insurans Kifalah, Armalah, bantuan anak yatim, penyakit kronik dan OKU.

Tharuman a/l Arjunan dari Kota Bharu berkata, Umno sukar untuk mengambil balik Kelantan kerana kerajaan PAS sudah bertapak kukuh selama 20 tahun.

Katanya, orang India, Cina dan Melayu sudah sinonim dengan Tok Guru Nik Aziz.

Kata beliau Tok Guru memerintah negeri ini dengan cara Islam yang diterima rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

“Semasa berlaku Perisitwa 13 Mei di Kuala Lumpur, Perak dan negeri lain, namun di Kelantan peristiwa seperti itu tidak berlaku.

“Begitu juga peristiwa membakar gereja dan surau di tempat lain tidak berlaku di sini walau pun Kelantan mempunyai lebih 95 peratus orang Islam,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Alwi Mohd Idris, 61 dari Padang Garong berkata, Umno

mungkin boleh bangkit, tetapi perlu bergantung kepada fakor kewangan yang banyak.

Katanya, Umno boleh naik kalau ada projek besar, dan persoalan rasuah atau tidak itu perkara kedua.

“Yang penting projek, contohnya untuk kegiatan kaum belia. Generasi muda yang kurang berpelajaran mudah diumpan dengan kebendaan,” katanya.

Beliau juga berkata, bakat kepimpinan wakil rakyat tidak semestinya mempunyai pendidikan tinggi.

Contohnya kata beliau wakil rakyat BN Sungai Pinang di Tumpat suatu ketika dahulu tidak tinggi pelajaran tetapi khidmatnya kepada masyarakat tanpa mengira hujan dan panas.

“Namun kini hendak mencari pemimpin Umno seperti itu sukar,” ujarnya.

Beliau juga berkata, personaliti Tok Guru Nik Aziz membuktikan kepimpinannya sebagai seorang ulama diterima rakyat pelbagai kaum dan agama.

Azmin mahu Zulkifli kemuka bukti


naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali mahu segala dakwaan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin bahawa PKR pernah membuat tuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Isteri.

“Beliau kena buktikanlah apa yang didakwa, saya sebagai ahli parti dan biro politik tidak pernah membuat tuduhan begitu, sama ada dalam mesyuarat atau secara terbuka.

“PKR tidak pernah buat tuduhan bahawa Perdana Menteri mahupun isteri terlibat dalam pembunuhan altantuya, tidak pernah,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Menurutnya, isu yang dibangkitkan oleh PKR sejak kes Altantuya bermula adalah perlunya siasatan dijalankan secara menyeluruh.

“Kulim Bandar Baharu (Zulkifli) kena buktikan, jangan bebankan kita, kalau dia tidak boleh buktikan, maka itu juga satu fitnah, beliau tahu kesannya.

“Boleh semak saya mahupun Anwar tidak pernah secara terbuka atau tidak menyatakan pernah menuduh PM (Najib) terlibat tetapi desak supaya yang terlibat diheret ke mahkamah,” katanya.

Apabila Mukhriz bercakap macam pengerusi JKKK

Prestasi pembangunan di Kedah amat mengecewakan sejak dua tahun Pakatan Rakyat memerintah Kedah. Demikian dakwa Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir. Sebelum ini seorang menteri Pusat yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, turut mendakwa kononnya Kedah negeri mundur. Ucapannya itu telah mendapat tempelakan dari seluruh rakyat Kedah termasuk dari penyokong dua bekas Perdana Menteri yang sebelum ini datangnya dari Kedah.

Mungkin akibat menyedari kenyataannya yang tidak disenangi oleh rakyat Kedah, maka menteri yang ‘afdhal lagi sempurna’ itu menjadi malu dan takut untuk datang ke sini sehingga memaksa beliau mengadakan mesyuarat perhubungan Umno Kedah di Sabah.


Kini, anak bekas Perdana Menteri pula yang bercakap soal prestasi pembangunan di Kedah. Jika benarlah bagai didakwa, maka jelaslah bahawa Ahli Parlimen Jerlun itu belum sedar bahawa terdapat dua kerajaan yang memerintah Kedah; iaitu Pakatan rakyat di peringkat negeri dan BN di peringkat Pusat. BN juga bertanggungjawab dalam soal pembangunan bagi setiap inci bumi Malaysia kerana mereka adalah pemerintah Pusat.

Sebagai menteri Pusat, Mukhriz patut bertanya diri sendiri apa yang dia buat selaku menteri demi pembangunan rakyat negeri Kedah. Tak usahlah fokuskan untuk Kedah, besar sangat. Fokuskan Jerlun terlebih dulu.

Sejak beliau dilantik jadi timbalan menteri, kawasannya sendiri Jerlun pun tidak berjaya dibangunkan. Dengan status menteri yang ada padanya sepatutnya dia berjaya membawa masuk pelaburan yang besar-besar untuk memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Jerlun. Sekalipun projek besar mungkin melibatkan kelulusan dari pihak negeri kerana urusan tanah dan sebagainya, tetapi tiada masalah dalam hal tersebut kerana Menteri Besar Kedah seorang yang terbuka dan bertoleransi dengan Pusat.

Mungkin juga Mukhriz berfikir bahawa jika projek-projek untuk kebaikan rakyat dibuat oleh beliau di Jerlun mahupun Kedah, maka kerajaan negeri yang akan dapat kredit, isu itu bukan persoalan besar. Sedia dimaklumi bahawa semua projek kerajaan Pusat dilabelkan ‘Projek ini adalah sumbangan Kerajaan Persekutuan’ dan diletakkan logo dacing di atasnya. Letaklah logo dacing dan wajah Mukhriz di setiap projek yang mahu dibuatnya jika itu menjadi simbol ‘keikhlasan dan tanggungjawab’ kerajaan BN. Rakyat tidak akan berkata apa-apa kerana sudah biasa dengan situasi keriyakan BN itu.

Persoalan besarnya mengapa Mukhriz tidak buat? Bercakap berdegar-degar menghentam kerajaan negeri walhal diri sendiri mahupun kerajaan sendiri (Pusat) tidak berbuat apa-apa. Apa yang dibuat oleh Mukhriz di Jerlun hanyalah turun ke kampung menghulur beras, gula dan kopi. Kalau setakat menteri turun nak hulur beras, lebih baik dia letak jawatan dan cari jawatan lain yang lebih rendah. Rasanya Pengerusi JKKK adalah jawatan yang lebih layak untuk beliau berdasarkan tindakan dan pandangan sempitnya berhubung isu pembangunan di Kedah.

Yang bertungkus-lumus membawa masuk pelaburan ke Kedah hanya kerajaan negeri saja. Hujung tahun lalu, pelaburan bernilai 1 Billion dari First Solar masuk ke Taman Teknologi Tinggi Kulim. Angka itu menjadikan Kedah sebagai negeri keempat di negara ini dari segi jumlah pelaburan masuk.

Di pihak mereka, bukan setakat gagal membawa masuk pelabur tetapi juga cuba membuat onar untuk menghalang kemasukan pelabur. Baru-baru ini Pemuda BN mengadakan perhimpunan haram di hadapan Wisma Darul Aman kononnya berlaku krisis air di Kedah, walhal tidak berlaku seperti digembar-gemburkan. Jika terdapat pelabur yang terpengaruh dengan dakyah BN itu pastinya mereka akan takut untuk datang melabur.

Di awal pemerintahan kerajaan Pakatan dua tahun lalu, para pelabur dan bakal pelabur di Taman Teknologi Tinggi Kulim cuba dipengaruhi pihak tertentu supaya meninggalkan Kedah kerana negeri ini diperintah oleh Taliban. Mujur kebanyakan mereka datang sendiri mendapatkan maklumat sebenar dari Menteri Besar, maka tidak jadilah mereka melarikan diri kerana ‘takutkan Taliban.’

Baru-baru ini Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Cawangan Kedah mengadakan demonstasi menuntut ahli-ahli persatuan itu diberi peluang mendapat tender projek landasan keretapi berkembar yang dibuat oleh syarikat Gamuda bernilai RM13 Billion. Walaupun 60 peratus daripada projek itu dijalankan di Kedah, tapi kontraktor dari Kedah khususnya Bumiputera tidak dapat merasa sesen pun dari projek yang besar itu. Projek tersebut adalah projek Pusat dan Gamuda adalah syarikat kroni pemimpin Umno, tapi kontraktor Bumiputera di Kedah jangankan nak merasa ‘kuah’, ‘tulang’ pun tak dapat. Menteri-menteri dari Kedah termasuk Mukhriz buat apa?

Satu lagi isu yang disebut anak Dr. Mahathir itu ialah kononnya kerajaan negeri gagal mengeksploit aset pelancongan, misalnya Langkawi. Dia bercakap tidak berlandaskan fakta kerana ternyata selepas setahun Pakatan mengambil-alih kerajaan kedatangan pelancong ke pulau lagenda itu bertambah dari 2,303,098 orang (2008) kepada 2,492,692 orang (2009). Pelbagai program menggalakkan pelancongan dibuat oleh kerajaan negeri, walhal Majlis Tindakan Pelancongan yang ditubuhkan oleh pusat di negeri ini nampaknya tidak berbuat apa-apa. Mungkin mereka khuatir jika pelancong ramai ke Kedah maka kerajaan negeri juga yang akan dapat nama. Lagi-lagi ‘nama’ yang difikirkan, buat kerja kerana undi bukannya ikhlas nak jaga kepentingan rakyat.

Dalam satu program promosi pelancongan yang diadakan di Singapura, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kedah tidak menyertainya. Jika sudah enggan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mempromosikan negeri ini di mata pelancong, lebih baik Majlis Tindakan Pelancongan negeri-negeri di bawah negeri Pakatan ditutup saja. Buat apa nak beri gaji buta kepada mereka kerana duit gaji itu datangnya dari rakyat bukannya dari tabung Umno.

Isu besar yang melanda pemimpin Umno Pusat, khususnya yang datangnya dari Kedah, ialah mereka masih tidak sedar bahawa mereka juga bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat Kedah, bukan kerajaan negeri semata-mata. Lantaran itu mereka mencari jalan untuk menyalahkan negeri dalam apa jua isu yang berlaku di Kedah.

Human Rights Watch Desak Gugurkan Kes Anwar

MRHAEN
Pemuda UMNO! Tunggu apa lagi.. demo la..

Pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch, mendesak kerajaan Malaysia supaya menggugurkan semua pertuduhan yang dianggap bermotifkan politik berhubung perbicaraan terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam kenytaan yang dikeluarkan di New York semalam, pertubuhan antarabangsa yang berpengaruh itu berkata tindakan mahkamah menafikan pasukan peguambela Ketua Pembangkang itu daripada mendapatkan bahan bukti kritikal yang kini dalam simpanan pihak pendakwaan disamping penerbitan bahan bukti di dalam sebuah akhbar milik parti pemerintah, menimbulkan kesangsian serius samada Anwar akan mendapat perbicaraan yang adil.

"Kerajaan Malaysia seharusnya menghentikan permainan terhadap proses keadilan dan menggugurkan caj terhadap Anwar. Pada setiap langkah mahkamah telah menghalang usaha pasukan peguambela Anwar untuk menyediakan pembelaan yang tuntas," kata Phil Robertson, Timbalan Pengarah Asia, Human Rights Watch.

Menurut pertubuhan itu lagi beberapa keputusan mahkamah dilihat menjurus kepada tindakan melemahkan proses penyediaan pembelaan.

Peguambela Anwar telah dinafikan akses kepada sampel spesimen DNA sebelum perbicaraan bermula, kenyataan plaintif dan saksi penting pendakwaan, nota doktor yang memeriksa Saiful serta salinan asli pita rakaman CCTV daripada kondominium di mana kejadian di dakwa berlaku.

Walaupun setelah perbicaraan bermula pada 2 Februari 2010, mahkamah sekali lagi membuat keputusan tidak membenar pihak pembelaan mendapatkan senarai saksi pihak pendakwaan apatah lagi kenyataan mereka.

"Human Rights Watch amat bimbang mengenai campur tangan politik Barisan Nasional di dalam perbicaraan ini. Mahkamah tidak langsung mengambil sebarang tindakan terhadap artikel yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia, sebuah akhbar yang dimiliki Umno yang melaporkan maklumat berhubung perbicaraan tertutup semasa lawatan ke kondominium tersebut.

"Penerbitan maklumat yang tidak sepatutnya didedahkan dalam akhbar milik parti pemerintah adalah langkah yang amat mengejutkan dan dilihat sebagai campur tangan kerajaan di dalam kes Anwar.

"Ini adalah contoh terbaru bagaimana kerajaan ingin memainkan peranan utama dalam sebuah perbicaraan melibatkan seorang Ketua Pembangkang," kata Robertson lagi.

Human Rights Watch juga memberikan beberapa contoh campur tangan kerajaan sepanjang tempoh 20 bulan sejak kes ini bermula.

Campur tangan paling ketara ialah apabila Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memindahkan kes tersebut daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada Mac 2009.

Langkah itu dilihat mengekang hak membuat rayuan sekiranya pihak defendan kalah dalam perbicaraan kelak.

Ketika Peguam Negara mengeluarkan arahan tersebut, beliau juga pada masa yang sama adalah di bawah siasatan Suruhanjaya

Pencegahan Rasuah Malaysia atas dakwaan merekacipta bukti berhubung kes liwat pertama terhadap Anwar.

Kenyataan dua muka surat itu menambah Anwar boleh dipenjarakan 20 tahun dan dihukum sebat sekiranya sabit kesalahan. Walaupun beliau dipenjarakan hanya satu hari atau didenda sekurang-kurangnbya RM2,000 Anwar akan dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.

"Human Rights Watch juga bimbang mengenai cara penyiasatan pihak berkuasa dan pertuduhan yang dibuat. Saiful tidak diperiksa sehingga 48 jam setelah dakwaan kejadian dan doktor pertama yang memeriksa beliau dari Hospital Pusrawi Kuala Lumpur mendapati tidak ada sebarang bukti penembusan di bahagian dubur Saiful. Saiful kemudiannya pergi ke sebuah hospital kerajaan di mana beliau diperiksa oleh tiga pakar.Mereka juga tidak membuat kesimpulan 'tidak ada bukti klinikal yang konklusif yang menjurus kepada penembusan di bahagian dubur dan tidak ada sebarang tanda kecedaraan dibadan pesakit'.

"Saiful pada mulanya mendakwa beliau diliwat tetapi apabila yang dituduh adalah Anwar, seorang yang sudah berumur serta mempunyai masalah tulang belakang, Saiful telah menukarkan pertuduhan beliau kepada 'seks suka sama suka'," jelas kenyataan itu lagi.

Robertson berkata badan kehakiman Malaysia akan tercemar dengan meneruskan perbicaraan yang segaja diadakan terhadap Ketua Pembangkang negara.

Daripada mempolitikkan mahkamah dan menafikan hak mendapatkan perbiacraan yang adil, kerajaan Malaysia harus menghentikan permainan politik kotor, gugurkan semua pertuduhan terhadap Anwar dan kembalikan politik kepada tempatnya hak iaitu di dalam Parlimen, kata beliau lagi.

Wednesday, March 24, 2010

Malaysia Diperintah Golongan Munafik, Fasik

M@RHAEN

Apabila orang Cina tidak lagi takut dengan Islam, siapa yang takut?

Apabila orang India sudah berani pakai baju 'PAS For All', 'Islam For All', siapa yang paling takut?

Apabila orang Cina seperti Chang Ming Kai (ADUN Simpang Pulai) sudah pandai baca Quran siapa yang takut?

Sudah tentu jawapannya UMNO!!!

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN Dr Badrulamin Badron berkata Umno dan Barisan Nasional yang merencana dan melaksanakan konspirasi kali kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kini digolongkan dikalangan kaum munafik dan fasik menurut fatwa terbaru ulama tersohor Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Bercakap pada ceramah anjuran KEADILAN Cabang Tambun di Kampung Manjoi Baru minggi lepas, beliau menegaskan akibat daripada konspirasi pertama terhadap Anwar terjadinya perpecahan paling dikalangan rakyat semua lapisan di Malaysia.

"Ada yang tanya apa kena mengena fitnah ini dengan kita, ini soal Anwar dengan Dr Mahathir masa itu. Kalau begitu mengapa yang kita bergaduh dengan jiran tetangga, bukankah yang kita berpecah itu bukan sifat munafik namanya.

"Kesan fitnah yang paling hebat ialah perpecahan dalam masyarakat Islam dan bukan Islam, Melayu dan bukan Melayu, bandar dan bukan bandar semuanya tanpa pengecualian. Perpecahan yang paling dahsyat ialah akibat fitnah pada tahun 1998. Sudah 12 tahun adakah sudah damai ke belum, dah taubat ke, siapa nak tanggung dosa permusuhan ini?

"Rasulullah bersabda tidak halal bagi seorang Muslim bermusuh dengan saudaranya lebih dari tiga hari, sekarang sudah berapa tahun?" Dr Badrulamin melontarkan persoalan kepada lebih 500 penyokong yang hadir.

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu menambah isu fitnah terhadap Ketua Umum KEADILAN itu bukan sahaja berkisar kepada hujah laporan perubatan dan dikaji dari segi saintifik tetapi juga mempunyai dimensi agama dan akhlak.

Berhubung Konspirasi II terhadap Anwar, fatwa Pengerusi Majlis Ulama Sedunia itu menyata bahawa sesiapa yang merancang dalam fitnah tersebut, sama ada secara langsung atau tidak langsung maka hukumnya adalah munafik.

Dr Yusuf juga menyebut bahawa sesiapa yang membantu menyebarkan berita fitnah tersebut maka jatuh hukumnya sebagai fasik.

"Saya berpesan dalam kes fitnah terhadap Anwar kalau kita tidak mampu membela beliau lebih baik kita diam, jangan tambah dosa. Kalau nak komen dalam blog, facebook dan laman web, komenlah kerana Allah bukan hanya suka-suka komen, nak komen kena faham isu baru nak komen kalau tak faham bertanya, sebab setiap komen kita akan dipertanggungjawabkan, setiap huruf dan setiap ayat yang kita susun dalam facebook, blog dalam alam maya ini kita akan jawab didepan Allah SWT.

"Kalau kita guna akal fikiran, Anwar pada 1998 sudah diaibkan, dimalukan, diseksa, dizalimi sekarang mereka (Umno-BN) buat lagi.

"Dalam Al-Quran di nyatakan dengan jelas kalau orang fasik datang kepada kamu dengan satu berita, 'check' dan 'double check', jangan sampai kita menghukum dan buat satu kenyataan yang mengaibkan orang lain. Dalam hal fatwa ini wajib kita sampai dan sebarkan," kata Dr Badrulamin lagi.

Menyentuh mengenai Pakatan Rakyat Dr Badrulamin berkata Umno-BN kini cukup takut dengan kekuatan gagasan itu menyebabkan musuh sentiasa mahu mengugat dan memecahbelahkannya.

"Apa yang Umno cukup mengelabah dan takut ialah wujudnya satu gabungan yang dipanggil Pakatan Rakyat. Mereka tidak pernah takut dengan PAS sebagai PAS, KEADILAN sebagai KEADILAN atau DAP sebagai DAP tetapi bila bergabungnya ketiga-tiga parti ini kekuatannya amat luar biasa.

"Kekuatan Pakatan Rakyat tidak kepada PAS sahaja, tidak kepada KEADILAN atau DAP sahaja, macam Power Rangerslah apabila lima Power Rangers ini bergabung tenaga baru jadi kuat, kalau seorang berlawan kalah," jelasnya.

Oleh kerana itu kata beliau Umno-BN mencipta beberapa isu berkaitan agama dan perkauman serta mencetuskan insiden-insiden yang boleh menjuruskan kepada pergaduhan antara kaum.

"Dalam isu kalimah Allah apakah Umno bersuara atas prinsip mahu pertahankan nama Allah, kalau kerana prinsip mengapa mereka ke Sabah dan Sarawak dan kata orang di Kristian di sana boleh pakai nama Allah, apakah Allah di Sabah dan Sarawak tak sama dengan Allah di Semenanjung? Status Allah pun berbeza ikut zon?

"Ini kerana mereka melihat sokongan orang Sabah dan Sarawak kepada Pakatan Rakyat sampai ke 70 peratus, Umno-BN panik maka terus mereka mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan pendirian yang kononnya hendak mempertahankan kalimah Allah.

"Bila mereka tengok di Semenanjung sokongan orang Cina dan India meningkat kepada hampir 90 peratus kepada Pakatan Rakyat, mereka buat kenyataan bahawa Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan boleh guna kalimah Allah dengan alasan negeri-negeri ini tidak ada Sultan. Bagaimana pula dengan Melaka, sebab itu saya kata pendirian mereka bukan atas prinsip agama tetapi kerana kepentingan politik," kata Dr Badrulamin lagi.

Walau bagaimanapun segala perancangan jahat Umno-BN tidak mampu menggoyang keutuhan Pakatan Rakyat kerana rakyat sudah masak dan mengetahui motif setiap isu yang dicetuskan kata beliau.

"Mereka ingat dengan isu kalimah Allah, PAS dan DAP boleh berpecah tapi tak pecah, kemudian dia bakar gereja nak pecah belahkan kita, dia campak kepala babi hutan dalam masjid bukan untuk hina masjid tapi mahu pecah belahkan kita tapi makin kuat kita diasak makin kuat kita berteguh, berpakat.

"Bila gereja diserang PAS pergi, KEADILAN pergi bukan setakat tengok tolong lagi, bila kepala babi dicampak ke masjid, Cina dan India datang peluk Imam dan kata "Sabar tuan Imam".

"Mereka nak pecah belahkan kita sebab apabila orang Cina tidak lagi takut dengan Islam, siapa yang takut? Apabila orang India sudah berani pakai baju 'PAS For All', 'Islam For All', siapa yang paling takut? Apabila orang Cina seperti Chang Ming Kai (ADUN Simpang Pulai) sudah pandai baca Quran siapa yang takut? Sudah tentu jawapannya Umno!" tegas Dr Badrulamin.

ADUN TITI TINGGI LEBIH BERMARUAH DARIPADA MANA-MANA WAKIL RAKYAT LOMPAT/BEBAS


BN menerima tamparan hebat hari ini ketika kemelut MCA sedang memuncak dan ketika mereka sedang gembira dengan bertambah wakil rakyat bebas di parlimen.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Tinggi, Yip Sun Onn hari ini menghantar surat perletakan jawatan kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Yazid Mat semalam dan disahkan oleh Menteri Besar Perlis hari ini.

Ternyata cubaan menutup krisis yang sedang melanda BN gagal dengan perletakan jawatan Adun berkenaan.

Saya mengucapkan syabas kepada Yip Sun Onn kerana membuat keputusan yang berani dan mengumumkan perletakan jawatan kerana memiliki prinsip dan maruah apabila tidak sehaluan dengan pucuk pimpinan MCA.

Berbeza dengan wakil rakyat Bayan Baru, Kulim Bandar Bharu, Nibong Tebal, Bagan Serai dan Pasir Mas yang bukan sahaja tidak memiliki maruah dan harga diri dengan kekal sebagai wakil rakyat apabila parti yang mencalonkan mereka menuntut perletakan jawatan. Malah lebih memualkan mereka bukan sahaja enggan meletak jawatan tetapi turut menyerang pimpinan dan parti yang berjasa menaikkan mereka sebagai wakil rakyat. Lebih meloyakan mereka sanggup menjilat semula ludah dan nanah serta sumpah seranah yang mereka pernah hamburkan kepada Umno-BN yang kini menangguk di air berlumpur.

Bukan itu sahaja malah mereka dengan perasaan dan muka tak malu menggeluarkan kenyataan demi kenyataan kepada media yang mereka anggap sebagai pengampu dan penipu satu masa dulu.

BN bankrap politik arah siasat RM100

Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyifatkan Barisan Nasional (BN) bankrap politik apabila meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pemberian wang sagu hati RM100 dalam Program Penghargaan Warga Emas yang dikatakan sebagai rasuah.

Menurutnya, pihaknya bagaimanapun mendapat maklum balas yang baik daripada SPRM apabila Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Latifah Md Yatim hadir sama pada Majlis Penghargaan Warga Emas Pulau Pinang Peringkat Perdana di Tapak Ekspo Seberang Jaya, kelmarin.

“Pengarah SPRM (Latifah) sendiri hadir semalam (kelmarin), namun tiada tindakan yang diambil, apatah lagi menangkap saya. Beliau (Latifah) sempat meluangkan masa minum teh bersama saya,” katanya.

Ini, kata Guan Eng, membuktikan langkah Kerajaan Negeri melancarkan program penghargaan kepada warga emas dengan memberi sagu hati RM100 bukan rasuah seperti yang didakwa oleh BN,” katanya.

Guan Eng berkata, tindakan BN meminta SPRM menyiasat Kerajaan Negeri ekoran pemberian wang sagu hati itu kerana sudah bankrap politik akibat ketandusan idea dalam mencari salah Pakatan Rakyat (PR).

“Hari ini kita dapat buktikan, ia bukan tipu dan bukan usaha menarik ahli atau sebagainya. Kita semua boleh layangkan wang RM100 di depan penyokong BN sebagai bukti,” katanya.

Menurutnya, BN sentiasa mencari peluang untuk mensabotaj program Kerajaan Negeri dengan meracuni pemikiran rakyat menerusi pelbagai fitnah dan tohmahan.

“Salah satu sebab mengapa lebih 20,000 warga emas tidak mendaftar adalah kerana kempen jahat pembangkang BN yang cuba mensabotaj program dengan menabur fitnah bahawa ia adalah tipu dan sesiapa yang berdaftar akan jadi ahli PR,” katanya.

Semalam, seramai 300 warga emas hadir bagi menerima sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Program Penghargaan Warga Emas di Kompleks Masyarakat Penyayang yang disampaikan Ketua Menteri.

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk mengirim RM100 ke alamat penerimanya bagi memudahkan urusan penerimaan wang itu.

“Ini memudahkan pengagihan agar warga emas tidak perlu bersusah-payah berkunjung ke Pusat Khidmat ADUN untuk mendapat sumbangan dan ia akan dikirimkan bersama satu salinan surat daripada saya,” katanya.

Tuesday, March 23, 2010

Bukan 8 Tapi 40 Ahli Parlimen BN Mahu Lompat - Zahrain


Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim terus membuat pendedahan yang mengejutkan apabila mendakwa sebenarnya 40 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mahu melompat parti pada 16 September 2008 dan bukannya lapan seperti yang dikatakan sebelum ini.

“Sebenarnya ada ramai lagi nama yang tidak saya sebutkan, saya cuma baru dedahkan lapan nama sahaja tapi sebenarnya ada 34 hingga 40 orang Ahli Parlimen BN.

“Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Ghapur Salleh pun rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebenarnya saya keluar parti kerana parti ingin hadapkan saya ke Lembaga Displin, saya tersinggung kerana Anwar tak benarkan saya mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan menyahut cabaran wakil rakyat Sabah itu untuk mendedahkan 32 ahli Parlimen BN yang didakwa akan melompat parti dan menyertai PR pada 16 September 2008.

"Saya juga tidak akan dedahkan nama-nama Ahli Parlimen yang lain seperti yang dicabar oleh Ahli Parlimen Kalabakan.

"Saya terkejut kerana Kalabakan membuat serangan peribadi dan tidak memberikan saya laluan untuk menjawab di dalam dewan dan saya terpaksa menjawab melalui sidang media ini," katanya.

Ketika sesi perbahasan titah menjunjung kasih Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Ghafur mendakwa Zahrain membuat pembohongan dan meminta beliau menamakan Ahli Parlimen yang disebut akan melompat parti pada tarikh itu.

Ghapur turut menuntut Zahrain menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf kepadanya.

Bagaimanapun Zahrain yang juga bekas Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, enggan berbuat demikian.

Menurutnya, beliau hanya menyatakan apa yang diperkatakan oleh Anwar kepadanya dan pendedahan nama-nama ahli Parlimen BN berkenaan dibuat tanpa berniat untuk merosakkan nama baik dan reputasi mana-mana wakil rakyat berkenaan.

Adun Titi Tinggi letak jawatan, BN sedang pujuk

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Titi Tinggi, Perlis Yip Sun Onn dari MCA-BN meletakkan kerusinya berkuat kuasa serta-merta.

Beliau merupakan wakil rakyat pertama dari BN berbuat demikian sejak pilihan raya umum ke-12.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan usaha sedang dibuat untuk memujuk beliau daripada melepaskan kerusi itu ketika ini dan mengubah keputusannya bagi mengelakkan pilihan raya kecil.

Keputusannya, dikatakan ada kaitan dengan rombakan exco Kerajaan Negeri minggu lalu.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya tidak boleh memutuskan apa-apa selagi tidak menerima surat kekosongan daripada Speaker.

“Setakat ini kami belum menerima apa-apa surat lagi,” katanya ketika dihubungi laman web The Malaysian Insider.

Ketua MCA Perlis Datin Paduka Chew Mei Fun pula memberitahu keputusan Yip meletak jawatan yang mengejutkan ramai belum dapat disahkan.

“Ia belum muktamad lagi... apa yang beliau lakukan ialah hanya melahirkan hasrat mahu letak jawatan.

“Saya hanya baru menerima satu SMS daripada beliau dan kelihatan keadaan OK. Saya tidak fikir beliau akan berbuat demikian,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider kira-kira 3.30 petang tadi.

“Saya berharap dan saya percaya beliau tidak akan berbuat demikian tetapi kini perkara pertama yang perlu dilakukan ialah duduk dan berbincang,” katanya.

Beliau tidak pasti sebab Adun itu meletakkan jawatan.

“Saya ingin tahu apa masalah dia yang sebenar; sama ada disebabkan jawatan exco atau masalah peribadi beliau yang lain,” katanya.

Yip digugurkan sebagai exco kerajaan negeri dan digantikan dengan Adun Indera Kayangan Dr Por Choo Chor Jumaat lalu.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Mohd Isa Sabu mengesahkan beliau sudah menerima surat letak jawatan daripada Yip tetapi sedang berusaha memujuknya agar mempertimbangkan keputusan beliau.

“Kami tidak melihat akan ada pilihan raya kecil,” katanya.

MCA memenangi dua kerusi DUN di Perlis

Zahrain, Isu 916 tu dah basi la...

Wakil-wakil rakyat BN dan pembangkang menganggap pelan peralihan kuasa yang dibangkitkan oleh wakil rakyat bebas Zahrain Mohamed Hashim, bukan isu yang perlu dihebohkan atau mempunyai kesan langsung kepada politik negara hari ini.


“Tiada asas, apa yang berlaku pada waktu itu ialah satu gerakan dalaman Umno yang bergerak untuk menjatuhkan kepimpinan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pada masa itu, itu satu benda yang tidak boleh dinafikan.

“Pertama sekali berdasarkan beberapa kenyataan-kenyataan tidak puashati terhadap kepimpinan Pak lah pada masa itu dan perbahasan di Parlimen oleh wakil-wakil dari Sabah, protes dari beberapa orang wakil Sabah yang dilantik untuk jawatan sekurang2nya Timbalan Menteri untuk menolak tawaran itu, itu protes terhadap PakLah dan Umno Barisan Nasional.

“Saya nak katakan apa yang berlaku untuk 16 September bukan dari pembangkang dan sebagainya tetapi daripada dalaman Umno yang cuba menjatuhkan kepimpinan Pak Lah pada waktu itu. Ia satu sejarah yang tidak boleh dinafikan ada dalam negara kita,”kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz omar.

“Nama-nama yang didedahkan merupakan nama-nama yang digunakan pihak berkenaan untuk menyakinkan, saya juga sempat berjumpa beberapa Ahli Parlimen, mereka katakan pernah diberi janji dan tuduhan contohnya Yang DiPertuan Agong telah perkenan..dikatakan beberapa Ahli Parlimen akan melompat dan mereka tolak bulat-bulat...dan kalau betul seperti apa itu berlaku dan mereka masih tidak melompat ke sebelah sana, saya kagum kerana ini menunjukkn kesetian mereka kepada Barisan Nasional,”kata Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Zahrain Rabu lalu mengemparkan semua pihak dengan mendedahkan nama-nama pemimpin Umno yang mahu melompat ke Pakatan Rakyat.

Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang), Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) diantara nama yang dipetik Zahrain dalam usahanya menyerang Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Parlimen sepanjang tiga hari berturut-turut.

Meskipun Umno mendapat peluru baru untuk menyerang gagasan pembangkang, namun pemerhati politik berpendapat impak tuduhan Zahrain tidak meninggalkan luka pada tubuh Anwar dan Pakatan Rakyat.

“Apa yang berlaku sekarang ini agak ganjil, sebab benda ini pun Umno buat kenapa sekarang kata orang lain tak boleh buat dan macam-macam lagi? Membabitkan Yang DiPertuan Agong dan angkatan Tentera dan sebagainya, mana ada bukti? Isu yang membuang masa, isu yang tidak logik dan tidak masuk akal sebenarnya, benda yang saya pelik dengan orang yang buat laporan polis dan Ibrahim Ali cadang hendak buat suruhanjaya sedangkan mereka pun buat. Menjatuhkan kerajaan lawan dia(Umno) kemudian membeli memujuk dan melompat..benda ini dibenarkan, apa salahnya ?,"kata Penganalisis Politik, Prof. Dr Abdul Aziz Bari.

TERIMA KASIH ZAHRAIN, 600 MASUK PKR DAN KISAH KETUA PEMUDA PAS DIMALUKAN

Oleh Wan Fauzdin - Laman M@RHAEN
DI TENGAH-TENGAH kita menonton aksi `MP Terlampau' Zahrain di Parlimen, malam tadi berlaku serah borang menyertai PKR di kawasan Parlimen Paya Besar, Kuantan. Satu program ceramah anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang telah diadakan di Markas PAS Taman Tas, Kuantan yang menampilkan tokoh utama iaitu YB Azan Ismail (MP Bandar Idera Mahkota), YB Saifuddin Nasation (MP Machang), Dato' Zaid Ibrahim dan juga Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Tantawi sendiri serta beberapa pimpinan PR kawasan.

Saya sendiri turut berada di tengah ribuan masyarakat dari berbilang kaum pada malam tersebut dan melihat situasi malam itu, amat lojik juga cita-cita PR untuk merampas Pahang dari Bn pada Pilihanraya Umum akan datang. Meskipun besebelahan tapak ceramah diadakan Expo (Fun Fair), amat memeranjatkan kehadiran orang ramai di dalam program tersebut dan amat wajar dan tepat sekali ucapan tahniah diberikan kepada penganjur iaitu Dewan Pemuda PAS Pahang.

Di antara isu yang dikupas di dalam ceramah tersebut antaranya yang menarik tentang ucapan dari Us Nasruddin Tantawi betapa beliau telah `dimalukan' oleh peserta forum sewaktu beliau mengadakan lawatan ke Tehran. Di dalam forum tersebut, ketika seorang Ahli Panel forum membuat pendedahan betapa kerajaan Israel kini telah dilengkapi dengan jet pejuang canggih tanpa `pilot' untuk memusnahkan rakyat Islam Palestine, tiba-tiba bangun seorang peserta dari Lubnan yang pernah menuntut di UIA, Kuala Lumpur menyebut betapa Malaysia mempunyai jet yang lebih canggih dari Israel. Kata-kata peserta itu membuat dewan forum sepi seketika kerana masing-masing seperti tidak percaya betapa Malaysia boleh mengatasi kehebatan Negara Israel yang sentiasa dibantu oleh Amerika itu. Peserta dari Lubnan itu menyebut, " Jika Israel dikatakan amat hebat kerana jet nya tiada `pilot', Malaysia tentunya lebih hebat lagi kerana di Malaysia jet nya `tiada injin." Maka, gamat seluruh dewan forum dan kata Us Nasruddin, selaku rakyat Malaysia beliau terasa amat malu seperti ingin menyorok muka di bawah meja pada ketika itu.

Pada program ceramah malam tadi, satu upacara serahan borang sebanyak 600 orang untuk menyertai PKR telah diadakan. Borang-borang tersebut telah diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR iaitu YB Saifuddin Nasation. YB Saifuddin di dalam ucapannya berkata beliau bersyukur semenjak isu fitnah Liwat 2 yang menimpa DS Anwar, pejabat beliau telah memproses kemasukan ahli baru ke dalam PKR yang jumlahnya amat luar biasa. Ini adalah hasil kerjasama kuat di antara semua parti di dalam PR, katanya. Beliau juga turut menyentuh isu lompat parti, kes liwat 2 dan juga tentang bagaimana kerajaan negeri di bawah PR berupaya membuktikan ketelusan sehingga mendapat pujian dari Juru Audit Negara.

Saya ingin memberi sedikit teguran terhadap program ceramah malam tadi. Pada saya program malam tadi amat berjaya dari segi sambutannya tetapi beberapa kelemahan berikut perlu diambil kira;

1. Program agak lewat bermula sehinggakan jam 9.30 mlm pun masih belum bermula. Sepatutnya program telah bermula jam 9 mlm kerana penganjur telah menjemput ramai penceramah pada malam itu. Masa yang suntuk menyebabkan beberapa penceramah tidak selesa untuk menyampaikan ceramah dengan lebih berkesan.

2. Tiada petugas parti yang melaksanakan tugas seperti pengedaran risalah atau apa jua bahan penerangan/maklumat kepada mereka yang hadir. Sewajarnya di dalam program seperti ini kita perlu mengambil kesempatan untuk mengedar apa jua maklumat tentang isu terkini bagi menentang dakyah yang dibawa oleh media pencacai Umno.

Walau apa pun, setinggi pujian harus diberikan kepada Dewan Pemuda PAS Pahang di atas kejayaan program malam tadi. Melihat kepada reaksi spontan mereka yang hadir, ternyata segala fitnah ke atas pimpinan PR tidak lagi memasuki minda rakyat. Syabas diucapkan.

Monday, March 22, 2010

Awas Najib Upah Yahudi APCO Musnahkan Politik Malaysia

Para Pemimpin Pakatan Rakyat terutama Melayu Islam di nasihatkan supaya berhati-hati dengan corak politik Umno yang di pengaruhi firma perunding yahudi APCO, Tindakan Najib mengupah firma yahudi APCO untuk mencapai matlamat politik Umno amat membahayakan arena politik Malaysia

Satu pasukan Task Force perlu di tubuhkan oleh Pakatan Rakyat bagi menjaga Keselamatan Rakyat Malaysia dari sebarang anasir Negetif dan Subversif yang di bawa oleh firma yahudi APCO yang di upah Najib ini, Task Force ini juga di perlukan untuk mendesak supaya Firma yahudi APCO di singkirkan dari arena politik Malaysia supaya Keselamatan Rakyat dan Negara terjamin dari sebarang ancaman yahudi

Tindakan Najib Bersubahat dengan Yahudi luar negara APCO adalah jelas Mengancam Keselamatan Rakyat dan Negara terutama Umat Islam kaum Melayu, adalah jelas tindakan Najib mengupah yahudi APCO juga mengancam keselamatan Parti Umno dan Bn yang di terajui beliau sendiri

Jika di biarkan firma yahudi APCO terus menjalankan operasinya membantu Najib dan Umno kemungkinan besar akan berlaku kekacauan besar seperti di Iraq dan Afghanistan hingga memungkinkan campurtangan kuasa luar seperti Amerika (sekutu kuat Israel) untuk Menawan Malaysia, Apa yang pasti Kaum Melayu akan menerima nasib yang sama seperti Palestin jika firma perunding yahudi APCO di biarkan bertapak di Malaysia

Keamanan dan Keharmonian yang di kecapi oleh kita semua Rakyat Malaysia akan berakhir sekiranya yahudi APCO terus di biarkan mengganas di dalam arena politik Malaysia

Kita dapat melihat strategi memfitnah yang menjadi kegemaran yahudi di gunakan sepenuhnya oleh yahudi APCO untuk menaikkan kembali reputasi Najib dan Umno, tetapi pada masa yang sama Najib dan Umno juga di khianati oleh firma APCO dengan berbagai cara, dengan itu “perbelanjaan” untuk firma yahudi APCO akan bertambah dari masa ke semasa hinggalah akhirnya Najib dan Umno terpaksa menggadai Malaysia pada firma yahudi APCO tersebut, Ini ialah strategi biasa yahudi sejak ribuan tahun yang lalu di mana bangsa yahudi ni terkenal dengan sikap penipuannya yang hanya berorientasikan wang dan mengumpul kekayaan

Sindrom strategi yahudi dalam politik Malaysia dapat di lihat dalam kes membabitkan cukai “buggy” golf yang di hapuskan serta merta tetapi pada masa yang sama GST pula mahu di laksanakan pada Rakyat,

Oleh itu adalah di harap Pakatan Rakyat dapat Bertindak cepat Menyelamatkan Malaysia ini dari di jajah yahudi melalui strategi firma perunding yahudi APCO yang di upah Najib"

Penyelewengan dalam GLC di Kedah?

"Kita sudah berbincang mengenai penilaian GLC di Kedah, ada yang baik, ada yang sederhana dan ada yang lemah masih bergantung sepenuhnya kepada kerajaan," katanya.

Di Kedah, terdapat 120 GLC dan daripada jumlah ini terdapat GLC yang tahap penilaiannya terlampau rendah, bercanggah dengan prinsip pengurusan perniagaan serta tidak ikut peraturan undang-undang iaitu terkeluar dari Akta Syarikat.


Kadang-kadang GLC yang lemah ini tidak sampai sasaran dan kajian semula terpaksa dibuat untuk melakukan penyusunan semula.

Antara ahli-ahli panel dalam jawatankuasa yang ditubuhkan itu termasuklah Penasihat Undang-Undang Negeri, Anas Ahmad Zakie dan bekas Pegawai Kewangan Negeri Dato’ Wira Syed Zain Syed Abdullah.

Jawatankuasa ini akan melakukan kajian dengan pergi kepada GLC induk untuk mengenalpasti punca kelemahan anak syarikat di bawahnya bagi tujuan penambahbaikan.

Satu lagi faktor penting yang mendorong kepada kewujudan jawatankuasa itu ialah berikutan terma-terma dan syarat dalam perjanjian yang dibuat antara GLC dengan pihak kedua; sama ada syarikat rakan kongsi atau pembekal, didapati lebih menyebelahi pihak tersebut berbanding GLC atau kerajaan negeri sendiri.

Kerajaan negeri sendiri pernah 'terperangkap' dengan perjanjian yang dibuat dengan syarikat swasta. Perjanjian ditandatangani di zaman BN dahulu dan kerajaan sekarang pula yang terpaksa menanggung perjanjian 'berat sebelah' itu.

Misalnya perjanjian penswastaan air antara Jabatan Bekalan Air Kedah dengan Teleworks Sdn Bhd yang menguruskan air di Langkawi ternyata merugikan kerajaan negeri setiap tahun. Pada tahun 2009 sahaja kerajaan terpaksa membayar kepada syarikat swasta itu RM39 juta sedangkan kutipan hasil air di Langkawi hanya sebanyak RM14 juta, bermakna kerajaan terpaksa 'top up' sebanyak RM25! Duit itu adalah duit rakyat yang tidak sepatutnya digunakan untuk membela syarikat korporat, namun kerajaan kini terikat dengan perjanjian yang tidak munasabah itu.


Begitu juga perjanjian dengan syarikat Utara Indah Sdn Bhd yang diberi tugas merawat air di loji Pelubang, Jitra. Bayaran dibuat berdasarkan kapasiti air yang dirawat bukannya kapasiti air yang sampai kepada pengguna. Hakikatnya kapasiti air yang sampai kepada pengguna hanya kira-kira 55 peratus. Bermakna kerajaan hanya 'menderma' kepada syarikat tersebut untuk kerja merawat baki 45 peratus air yang tidak sampai kepada pengguna. Tiada siapa boleh mempertikaikan 'derma tidak ikhlas' kerajaan itu kerana ia sudah termaktub dalam perjanjian. Rakyat juga yang menanggung rugi kerana duit kerajaan adalah duit rakyat.

Contoh lain ialah perjanjian yang dibuat antara kerajaan negeri dengan Syarikat Kemelong Sdn Bhd yang mengusahakan kuari di Gunong Jerai. Sewaktu jadi pembangkang PAS bersama dengan NGO yang memperjuangkan alam sekitar membantah projek tersebut kerana di samping merosakkan sistem ekologi, memusnahkan kawasan tadahan air, ia juga membawa bencana dan kemudharatan kepada penduduk tempatan. Penduduk membantah.

Malangnya apabila PAS memegang tampuk kuasa, projek tersebut tidak dapat dibatalkan dengan mudah lantaran kerajaan diikat dengan perjanjian yang dibuat. Kerajaan terpaksa membayar sebanyak RM40 juta jika mahu membatalkan projek. Jumlah tersebut terlalu besar jika ditukarkan dalam bentuk kebajikan untuk rakyat.

Ketua Pembangkang DUN Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid tiba-tiba mendedahkan kononnya Kedah Corporation Bhd telah mengalami kerugian kira-kira RM4 juta ekoran kegagalan menguruskan projek pembalakan di Papua New Guinea selain mengimport daging lembu segar dari Australia untuk dieksport ke Indonesia.

Setakat ini pihak Kedah Corporation belum memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut. Tidak pula dipastikan sama ada projek tersebut masih berjalan atau ditangguhkan. Difahamkan proses perundingan dan operasi masih berjalan. Belum ada apa-apa tindakan muktamad. Jadi bagaimana bekas menteri besar itu sudah boleh membuat audit bahawa ia telah mengalami kerugian?


Rugi dalam perniagaan bukan satu kesalahan. Ia mungkin kesilapan atau risiko. Kesilapan juga boleh diakibatkan oleh terma dan syarat perjanjian yang berat sebelah, seperti yang banyak berlaku di bawah pemerintahan BN. Jenayah dalam perniagaan ialah jika pengurusnya melakukan penyelewengan atau pecah amanah.

Tiada kompromi atau kemaafan dalam isu seperti itu.

Menteri Besar Kedah Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberitahu bahawa sebuah jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Haji Mohd Puat Haji Mohd Ali telah dibentuk bagi mengkaji perkembangan anak-anak syarikat kerajaan negeri atau GLC (Government Link Company) di Kedah.
Jika benar berlaku penyelewengan dalam Kedah Corporation maka kerajaan pimpinan Ustaz Azizan tidak akan membiarkannya. Penyeleweng akan diseret ke muka pengadilan. Itu dasar Islam yang diamalkan kerajaan PAS. Tapi dalam isu Kedah Corporation, ia belum sampai ke tahap itu. RM4 juta mungkin merupakan jumlah modal yang dilaburkan bukan kerugian.

Sejak memerintah hampir dua tahun kerajaan tidak wujudkan GLC baru seperti tuduhan yang sering dilemparkan pihak pembangkang tetapi meneruskan GLC yang sedia ada. Ini kerana kerajaan terikat dengan perjanjian dan sambung 'liability' ikut peraturan terdahulu.

Bagaimanapun serangan membuta tuli ketua pembangkang itu tidak boleh dipersalahkan. Mereka baru dua tahun jadi pembangkang. Ibarat lembu baru tumbuh tanduk. Jumpa apa di depan mata, semua mahu disondol. Bagus juga, sekurang-kurangnya mereka mencuba jadi pembangkang, termasuk mengadakan perhimpunan haram di sana sini. 'Good try!'

PAS cadang hantar memo kepada Raja-Raja


Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) mencadangkan agar Ahi Parlimen PR menghantar memorandum khas kepada Majlis Raja-Raja Melayu meminta satu siasatan dijalankan ke atas penglibatan Apco Worldwide dengan pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Beliau turut mempersoal tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil Apco sebagai penasihat kepada pentadbiran negara.

"Saya mencadangkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menghantar memorandum khas kepada Majlis Raja-Raja Melayu meminta Majlis Raja-Raja Melayu meneliti perkara ini.

"Kenapa kerajaan perlu mengambil khidmat syarikat antarabangsa yang terlibat dengan rejim zionis, sedangkan banyak lagi syarikat antarabangsa mahupun tempatan yang boleh menjadi jururunding," katanya yang juga Naib Presiden PAS pada sidang media di lobi Parlimen tengah hari ini.

Anwar sebelum ini, mendakwa Apco Worldwide, sebuah agensi perunding dilantik oleh kerajaan Malaysia adalah syarikat yang sama melakarkan slogan ‘One Israel'.

NAK MINTA FATWA HUKUM BAYAR RM 60 JUTA KEPADA SYARIKAT YAHUDI

Jawatankuasa Pilihan Dewan Rakyat akan menentukan tindakan terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim berikutan kenyataan di Dewan Rakyat minggu lepas bahawa 1Malaysia sama dengan 1Israel yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Barak pada tahun 1999.

Dakwaan ini kerana kerajaan 1Malaysia dikatakan membayar kira-kira RM 60 juta untuk menjual jenama 1Malaysia kepada APCO Worlwide konsultan milik Yahudi yang sama digunakan oleh Ehud Barak.

Sehingga hari pemimpin Umno-BN hanya melenting dan marah-marah apabila 1Malaysia disamakan dengan 1Israel. Tetapi sehingga hari ini belum ada satupun kenyataan penafian bahawa kerajaan 1Malaysia ada membayar kepada APCO Worldwide.

Dr. Yusof Al Qardhawi pernah mengeluarkan fatwa adalah haram melawat negara haram yahudi itu kerana akan membantu ekonomi mereka. Justeru itu saya teringin mendengar fatwa terutama dari Menteri di JPM Datuk Jamil Khir dan Mufti Perak Tan Sri Harussani apa hukumnya membayar Rm 60 juta kepada syarikat milik yahudi. Maklumlah saya ni belajar agama tak tinggi....

Musa Hasan Ketua Polis Boneka

Kalau dah nama anggota polis, perlulah berani buat keputusan. Tambah pula jawatannya sebagi KETUA. Tak malu kah jika ketua di perkotak-katikkan oleh orang ketiga?. Usahlah mengeluh di media meluahkan perasaan sedih simpati sebelum pencen.

Dahulu si ketua ada berkata, jangan persenda agensi polis dan menjatuhkan maruah agensi itu. Namun sekarang si ketua pula kesal dengan sikap orang ketiga ini yang memberi arahan tanpa melalui beliau. Bukankah dengan wujud orang ketiga itu telah mempersenda kewibawaan dan kredibiliti musa sebagai ketua?.

Malah dengan kenyataan simpati musa tersebut, timbul pula persepsi yang negatif terhadap kewibawaan agensi polis. Siapa yang sebenarnya ketua yang lebih berkuasa mengeluarkan arahan itu?. Apakah selama ini musa merupakan ketua polis Boneka yang boleh dipermainkan oleh orang ketiga tersebut?

Jika musa tidak mahu digelar ketua boneka dan mahu menaikkan kewibawaan agensi polis sebelum hari pencen, beliau harus mendedahkan siapa orang ketiga yang dimaksudkan. Bukan susah pun. Tidak perlu hantar skuad pemusnah dan tembak menembak. Cuma perlu berkata benar siapa orang ketiga itu di sidang media. Senang kan.

Takkan sebagai Ketua Polis pun musa takut mendedakan identiti orang ketiga itu. Apakah musa juga diugut seperti yang pernah anggota polis lakukan kepada mangsa tahanan.. Lu pecah lobang, anak bini lu akan terima balasan... ha..ha..ahak...

Akhirnya pengakuan dan pendedahan musa hasan mengesahkan apa yang telah Pakatan Rakyat nyatakan sebelum ini. "Anggota Polis Menerima Arahan Dari Tangan Ghaib"

6 Perkara Menjelang Kiamat

"Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. " Sahih Bukhari

Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim

Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. "Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah

Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim

Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang ma'ruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad

Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalinya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalinya saja." - Riwayat Ahmad

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai. " - Sahih Muslim"

Sunday, March 21, 2010

Roboh gerai Melayu,kenapa tak melalak seperti di P.Pinang?

Utusan Malaysia dengan megahnya di muka depan menunjukkan gerai orang Melayu dirobohkan sedikit masa lalu di P.Pinang.


Nah, sekarang ini di Taman Gadong Jaya, Labu, Negeri Sembilan notis merobohkan gerai telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Nilai.

Menariknya notis dikeluarkan sehari sebelum berlansungnya program JUARA RAKYAT bersebelahan dengan kawasan gerai tersebut pada 6 Mac 2010.

Di Negeri Sembilan, Kerajaan, MBnya orang Melayu , semua gerai ( 15 orang lebih kurang ) semuanya Orang Melayu dan majoriti di Labu ni orang Melayu. Tak kan berdiam diri sahaja.

Kalau di P.Pinang, Utusan Malaysia mengaung, "Pahlawan Melayu" rasa terhina, NGO atau Dewan Melayu melalak tentang ketidakperihatin Ketua Menteri Cina, apakah di N. Sembilan, nada yang sama tidak diutarakan?

Pelik dan Ajaibnya, notis berbunyi ....kacau ganggu iaitu meletakkan dan menjalankan perniagaan di atas jalan masuk ke balai raya Taman Gadong Jaya. ( Tempat berlangsung Program Juara Rakyat.)

Sedihnya, hampir 5 hingga 6 tahun mereka berniaga di situ, hanya kerana kononnya Program JUARA RAKYAT yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri ( itupun tak jadi datang..), mata pencarian mereka direntap sedemikian rupa... JUara Rakyat apakah ini?

Lebih menyedihkan, Ketua Pemuda UMNO Negeri adalah anak watan Labu sendiri.

Kita cabar beliau untuk mempertahankan Gerai2 Melayu ini dan mempertahankan penjaja melayu di Taman Gadong ini daripada tindakan MPN.Adun Labu tak payah nak cakap.

Beliau lebih arif dan mungkin terlalu sibuk untuk mengambil tahun hal-hal kecil sebegini agaknya?

Pendedahan Zahrain bala buat Umno

Dalam Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim 'enak' menghentam parti yang banyak berbakti kepadanya. Pimpinan UMNO mula bercakaran sesama sendiri.


Lapan Ahli Parlimen yang didedahkan namanya oleh Zahrain mula kebinggungan dimedia. Bukan sahaja Tunku Razali Hamzah, Timbalan Speakar, Datuk Dr. Fuad Zarkasi dan lainnya sahaja, Yang Dipertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin juga 'diserkop' oleh Zahrain.

Dalam pengetahuan pencatat ada beberapa nama 'besar' lain tidak disebut. Mungkin ada faktor-faktor tertentu yang menyebabkan Zahrain malu mahu menyebutnya. Ataupun Zahrain tidak tahu maklumat lengkap.

Nampaknya bukan sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng sahaja dibelasah. Pemimpin UMNO, Angkatan Tentera Malaysia dan Tuanku Mizan juga diseret dalam Dewan Rakyat tempohari.

Ada ahli UMNO berkata, "Zahrain ni kuda Trojan Anwar ke... ?. Pencatat enggan mengulas spekulasi ini. Ia agak rumit untuk dibicarakan disini. Apa yang pasti pemimpin UMNO kini tersipu-sipu dengan pendedahan Zahrain.

Adakah ia bertujuan menghancurkan Pakatan Rakyat atau menjahamkan UMNO ? Ini yang menjadi perbualan ahli UMNO kini.

Pada masa yang sama di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan negeri lain lebih 1,000 jemaah telah menamatkan sholat hajat mereka yang berakhir malam tadi. Ia dilakukan 7 hari 7 malam di lebih 10 masjid dan surau.

Ia ditujukan kepada Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri dan MP lain yang curang pada undi rakyat. Ada yang perpendapat sholat hajat itu kian membuahkan hasil.

Bukan Mohsin dan 'rakan-rakan kataknya' sahaja dilihat memalukan diri sendiri. Jelas dimedia MP tersebut seperti cacing kepanasan.
UMNO dilihat semakin huru-hara kerana tindakan kotornya 'membeli' MP Pakatan Rakyat. Jika pembaca tidak yakin dengan sholat hajat itu. Kita tunggu dan lihat sahaja kesudahannya.

Search This Blog