Sunday, March 21, 2010

Roboh gerai Melayu,kenapa tak melalak seperti di P.Pinang?

Utusan Malaysia dengan megahnya di muka depan menunjukkan gerai orang Melayu dirobohkan sedikit masa lalu di P.Pinang.


Nah, sekarang ini di Taman Gadong Jaya, Labu, Negeri Sembilan notis merobohkan gerai telah dibuat oleh Majlis Perbandaran Nilai.

Menariknya notis dikeluarkan sehari sebelum berlansungnya program JUARA RAKYAT bersebelahan dengan kawasan gerai tersebut pada 6 Mac 2010.

Di Negeri Sembilan, Kerajaan, MBnya orang Melayu , semua gerai ( 15 orang lebih kurang ) semuanya Orang Melayu dan majoriti di Labu ni orang Melayu. Tak kan berdiam diri sahaja.

Kalau di P.Pinang, Utusan Malaysia mengaung, "Pahlawan Melayu" rasa terhina, NGO atau Dewan Melayu melalak tentang ketidakperihatin Ketua Menteri Cina, apakah di N. Sembilan, nada yang sama tidak diutarakan?

Pelik dan Ajaibnya, notis berbunyi ....kacau ganggu iaitu meletakkan dan menjalankan perniagaan di atas jalan masuk ke balai raya Taman Gadong Jaya. ( Tempat berlangsung Program Juara Rakyat.)

Sedihnya, hampir 5 hingga 6 tahun mereka berniaga di situ, hanya kerana kononnya Program JUARA RAKYAT yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri ( itupun tak jadi datang..), mata pencarian mereka direntap sedemikian rupa... JUara Rakyat apakah ini?

Lebih menyedihkan, Ketua Pemuda UMNO Negeri adalah anak watan Labu sendiri.

Kita cabar beliau untuk mempertahankan Gerai2 Melayu ini dan mempertahankan penjaja melayu di Taman Gadong ini daripada tindakan MPN.Adun Labu tak payah nak cakap.

Beliau lebih arif dan mungkin terlalu sibuk untuk mengambil tahun hal-hal kecil sebegini agaknya?

4 comments:

Unknown said...

Tak yah le kau nak memburukkan kerajaan BN, selama ini apa yang kau makan dan tempat yang kau berpijak serta kereta yang kau lalu tu pun kerajaan yang buat. Kalau rasa kau dah baik dan besar sangat bina jalan sendiri atau jangan kau jejak Tanah Bertuah ini.

Kerajaan BN bukan zalim macam PAS, PKR dan DAP semua gerai yang dirobohkan tu adalah untuk kebaikan dan demi keselesaan orang ramai yang menghadiri Juara Rakyat yang akan diadakan.

Aku rasa kerajaan ada menyediakan pampasan serta tempat baru yang strategik untuk semua peniaga tersebut.

Sezalim-zalim BN zalim lagi PAS yang tak pernah nak menghulur kepada rakyat tetapi meminta adalah disetiap ceramah yang dilakukan.

Anonymous said...

"selama ini apa yang kau makan dan tempat yang kau berpijak serta kereta yang kau lalu tu pun kerajaan yang buat". Ni duit siapa bro?..bukan ke tu duit rakyat gak...

"Kerajaan BN bukan zalim macam PAS, PKR dan DAP semua gerai yang dirobohkan tu adalah untuk kebaikan dan demi keselesaan orang ramai yang menghadiri Juara Rakyat yang akan diadakan"
Hello bro buka la minda sikit... sebab nak adakan juara rakyat habis gerai dirobohkan.. memang korang akan dirobohkan la PRU nanti..

Loyar Baru said...

Den nak tanyo kau lah Kassim . Apo kau ingek apo yang ado kek negaro ni BN punyo ko ? Kalu tak ado orang ngundi BN , kau ingek BN boleh perintah ko ? Di tompek den sojak PR monang , masojid dah bertukar rupo dari kocik hingga bosar dan ado air cond laiie. Banyak program dibuek seperti program Al-Quran untuk belio dan penduduk kampung yang langsung tak kona huruf . Korban lombu di bahagi samo rato tak kiro org UMNO , PAS atau PKR . Ustaz-ustaz mudo dipanggil buek program usrah dan bimbingan ahlak . Dulu maso UMNO , AJK dan Nazir yang samolobih dua puloh tahun tak buek apo .

Den nak kobar pado kau yo Kassim . Atuk dan Moyang den salah seorang daripado perintis yang buko kampung di tompek den ni dengan tulang ompek kerat dari hutan jadi kampung maju . Takdo pun minta BN maso buek masojid.

Kau ingek Malaysia ni milik BN ko . Oi Badigol , bumi ni semuonyo milik ALLAH SWT tau . Bukan milik BN , UMNO , PAS atau PKR .

Sebelum kau masuk dalam alam barzah , kau fikir-fikirlah sendiri macam kato warigh den tu , Nabil !!!

Anonymous said...

kassim memangla ko ni lurus bendul...UMNO/BN adalah pemegang amanah untuk memerintah MALAYSIA jo..Semua pemimpin dio di bayar GAJI..bukan nyo dio buat kojo kebajikan..apo nak di banggokan...macam kito juga dibayar gaji utk buat kojo....kalau silap kona tondangla...macam kito jugo kalau silap buat kojo kat kilang tu...tontu kono buang kojokan...

Search This Blog