Komen terbaru Tun Daim Zainuddin mengenai masa depan politik Najib yang akan diundurkan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri andainya BN gagal mencapai majoriti dua pertiga dalam pilihanraya umum akan datang, kini bagai mengesahkan cakap-cakap mengenai perkara itu yang sudah pun kedengaran sejak sekian lama di ruang atmosfera politik negara.
Saturday, March 17, 2012
Eloklah Najib Berundur Jika Tak Mahu Diundurkan.
Komen terbaru Tun Daim Zainuddin mengenai masa depan politik Najib yang akan diundurkan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri andainya BN gagal mencapai majoriti dua pertiga dalam pilihanraya umum akan datang, kini bagai mengesahkan cakap-cakap mengenai perkara itu yang sudah pun kedengaran sejak sekian lama di ruang atmosfera politik negara.
Friday, March 16, 2012
KAITAN FELDA DAN MANCHESTER UNITED

Nabi Musa, Abid dan Si Pencuri
Sekadar renungan
Di zaman Nabi Musa AS ada seorang hamba Allah yang kerjanya hanya amencuri. Sudah 40 tahun dia mencuri.
Pada suatu hari, dia
terlihat Nabi Musa AS sedang berjalan. Terlintas di hatinya untuk
berjalan bersama Nabi Musa. Katanya, "Kalau aku dapat berjalan bersama
Nabi Musa, mudah-mudahan ada juga berkatnya untuk aku".
Thursday, March 15, 2012
'Cowgate' akan tentukan keputusan PRU
Daim diheret bagi menyelamatkan Umno yang semakin jatuh
UMNO sangat terdesak sekarang apabila mereka melihat sokongan untuk pembangkang yang semakin meningkat. Dasar-dasar flip-flop Datuk Seri Najib Abdul Razak, Perdana Menteri, adalah salah satu sebab bagi ini. Kesenyapan Najib yang penuh elegan pada banyak isu di sekeliling beliau dan pasukan pemimpinnya membuatkan Pembangkang mendapat sokongan di kedua-dua pengundi bandar dan luar bandar.
Wednesday, March 14, 2012
MB Pas dengan UMNO-antara langit dan bumi
Ini adalah merupakan suatu pemandangan Subuh ‘biasa-biasa’ di
Kelantan pada hening Jumaat di Masjid Pulau Melaka, Kota Bharu Kelantan.
Solat Subuh atau biasanya dipanggil Subuh Sajadah akan diimamkan
sendiri oleh Tuan Guru Dato’ Menteri Besar, Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
walaupun dalam keadaan beliau yang uzur. Para jemaah datang dari
segenap penjuru Kota Bharu menyebabkan Masjid 2 tingkat ini sentiasa
melimpah keluar setiap pagi Jumaat. Berdasarkan pengalaman saya
bermastautin di luar Kelantan selama lebih daripada 5 tahun, keadaan
ini sangat ‘rare’ di negeri-negeri lain.
Tuesday, March 13, 2012
Rafidah Belasah Shahrizat: "Apa Berundur? Memang Dah Tak Jadi Menteri Lagi 8 April!"

Bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.
Shahrizat seorang sahajakah yang berhenti? Seorang lagi tu macam mana?
Hasan Ali Akan Saman Dua Pemimpin PAS
Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk
Dr Hasan Ali akan menyaman Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar dan
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Khalid Samad kerana memfitnahnya.
Bekas Exco kerajaan negeri Selangor itu berkata, saman ke atas dua
pemimpin PAS itu akan difailkan dan dikemukakan segera dalam minggu ini.
Monday, March 12, 2012
Shahrizat Patut Lepas Semua Jawatan Politik - LGE
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata,
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil patut melepaskan semua jawatan politik
yang disandangnya bukan hanya sekadar jawatan dalam kerajaan.
Menurut beliau, Shahrizat yang terpalit dengan isu skandal Pusat
Fidlot Nasional (PFN) seharusnya melepaskan semua jawatan yang
dipegangnya termasuk sebagai ketua Wanita Umno dan Wanita Barisan
Nasional (BN) bagi membuktikan keikhlasan tindakannya itu.
SHAHRIZAT DAN NAJIB ..SAMA BUSUKNYA.
tindakan sharizat mencerminkan sikap dan peribadi pemimpin UMNO yang sebati dengan sifat tidak amanah dan menyalahgunakan wang rakyat untuk memperkayakan diri dan kroni. sebetulnya,tindakan shahrizat mengumumkan akan berundur dari jawatan menteri yang disandangnya atas tiket senator yang akan tamat pada april ini bukanlah berundur atau meletak jawatan, tapi memang jawatan menteri itu akan tamat pada tarikh tersebut kerana jawatan senator pun akan tamat tempoh pada tarikh yang sama.
Sunday, March 11, 2012
Shahrizat Umum Letak Jawatan Petang Ini
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Shahrizat akan mengumumkan perletakan jawatan beliau untuk semua jawatan hari ini.
The Malaysian Insider difahamkan beliau akan membuat pengumuman secara rasmi berkenaan perletakan jawatan itu dalam sidang media petang ini.
Najib Perlu Tangguh PRU, Adakan Pemilihan UMNO Dahulu
Di sebalik kesibukan Najib mengadakan lawatan ke seluruh negara bertemu rakyat dan mengumumkan projekdemi projek untuk menambat hati rakyat, hakikat yang jelas dan diakui oleh banyak pihak ialah UMNO dan BN masih belum cukup kekuatan untuk memenangi pilihanraya kali ini.
Selain pelbagai isu yang menjadi percakapan rakyat masih tidak selesai seperti isu lembu NFC, kerugian MAS, pelbagai jenis skandal dan banyak lagi, sejak akhir-akhir ini timbul lagi pelbagai isu yang nyatanya terus membebankan Najib, UMNO dan BN secara keseluruhannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)