TIDAK kiralah tarikh sebenar Pilihanraya Umum ke-13 akan dilangsungka
n  , satu perkara yang pasti, Perak akan lebih diberikan tumpuan oleh para  penganalisis dan pengamat politik berbanding negeri-negeri lain. 
n  , satu perkara yang pasti, Perak akan lebih diberikan tumpuan oleh para  penganalisis dan pengamat politik berbanding negeri-negeri lain. Dengan  pelbagai peristiwa kontroversi sepanjang 2009 seperti pertukaran tampuk  pemerintahan negeri secara paksa daripada Pakatan Rakyat (PR) kepada  Barisan Nasional (BN) dan rentetan peristiwa selepas itu, seperti  demonstrasi rakyat di Kuala Kangsar, sidang bawah pokok serta kekecohan  yang berlarutan hingga ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) , maka  tidak syak lagi Perak berhak untuk diberikan perhatian yang lebih  berbanding negeri-negeri lain. 

