Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama, lapor Malaysia Kini.
Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu.
Israel, tambahnya, yang sedang berperang, membayar AS260 juta (RM791 juta) untuk OPVs, kira-kira RM219 juta kurang daripada apa yang sedia dibayar oleh Kementerian Pertahanan.
Menurutnya, kelas Roisin buatan Ireland bernilai AS34 juta (RM103 juta); Super Vita dari Greek bernilai AS$108 juta (RM329 juta); Type 130 dari Jerman (AS188 juta atau RM572 juta) dan Saar V dari Israel (AS260 juta atau RM791 juta) setiap satu.
"Hatta dalam kelas yang amat tinggi, Lockheed Martin dan General Dynamics, dua syarikat persenjataan terbaik dan terbesar di dunia, membina kapal perang Littoral (LCS) Amerika Syarikat dengan nilai kurang daripada AS300 juta (RM913 million) pada tahun 2004," kata Pua.
Dalam satu kenyataan hari ini, Pua juga setiausaha publisiti DAP mempertikaikan kerana pembelian itu tidak dibuat secara kompetitif apabila negara yang jauh lebih maju dalam ketenteraan seperti Amerika Syarikat mengamalkan perkara itu.

P/s: Ingat berapa komisen beli 2 buah kapal kadang-kadang boleh selam, kadang-kadang tidak boleh selam? Siapa yang dapat komisen RM setengah bilion? Ingat cerita pembelian 12 buah Eurocopter EC-725 yang berjaya dibongkarkan oleh pemimpin PR? Harga yang mahu dibayar Kerajaan BN sekitar RM1.67 bilion. Ironinya, Brazil membeli helikopter Eurocopter EC-725 dengan harga yang lebih murah, iaitu RM82 juta sebuah, sedangkan Malaysia bakal membayar helikopter itu dengan harga RM193 juta.
Kali ini lihatlah pula harga kapal peronda yang diuar-uarkan oleh Kementerian Pertahanan. Harganya dikatakan 870 kali mahal daripada harga yang ditawarkan oleh negara lain. Siapa pula celaka lahanat yang dapat duit itu?

No comments:
Post a Comment