Friday, August 17, 2012

Tiga Menteri Lelaki Terlibat Bersama Shahrizat Dalam Kes NFC

Saya memandang berat kenyataan yang dibuat Dato’ Seri Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 13 Ogos 2012 bahawa proses tender semula NFC sedang berjalan memandangkan kekusutan dan liabiliti kewangan membabitkan NFCorp yang dimiliki keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil masih belum diselesaikan.
Sehingga kini, Dato’ Seri Najib Tun Razak masih belum mengesahkan perkara-perkara berikut:

Thursday, August 16, 2012

Nasharudin Kejar Jawatan, Pangkat

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendakwa faktor jawatan dan pangkat menjadi punca utama bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa bertindak membelakangkan parti.
Malah Khalid menyifatkan pendirian Nasharudin sejak kebelakangan ini yang dilihat bertentangan dengan dasar PAS turut didorong perasaan kecewa apabila gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden pada pemilihan lalu.

Wednesday, August 15, 2012

Gempar Subhanallah [gambar] Tetera tulisan Nama Muhammad Di Atas Masjid Nabawi.




g
Masjid Nabawi 

Nik Aziz: Lebih baik Nasha keluar PAS



 
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas timbalan presiden PAS itu dilihat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam, demikian menurut laporan Bernama.

berzakat terus kepada yang layak


Oleh Shaharul Anwar Shafie

Saya tersentak apabila membaca jawapan dari Mufti Selangor, Mohd Tamyes Abdul Wahid mengenai permintaan beliau supaya persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang menguruskan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) Muslim di Selangor, yang mahu dibantu oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) terlebih dahulu diminta mengemukakan hasrat menerusi surat rasmi kepada Pengurus Besar Lembaga Zakat Selangor.

Tuesday, August 14, 2012

Tiga lagi MP BN sabah akan lompat



 
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim Ukin -  yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan Rakyat - mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti selepas Hari Raya.

Beliau memberitahu organ PKR - Keadilan Daily - bahawa mereka akan berbuat demikian secara berperingkat beberapa bulan lagi.

Perak Olimpik: Banyaknya Wang Untuk Hasil Yang Sedikit


KEPUTUSAN kerajaan Malaysia memberikan ‘Datuk’ Lee Chong Wei sejumlah wang yang besar – RM 500,000 sebagai insentif kejayaannya membawa pulang pingat Perak dari Sukan Olimpik di London – adalah sangat-sangat dipertikaikan.
Sudahlah beberapa hari lepas kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang menyumbangkan RM 100,000 kepada Chong Wei,  untuk meraikan kejayaan yang pada hemat penulis, tidak seberapa ini.

Monday, August 13, 2012

Awas!! 6 Makanan Tiruan Yang Merbahaya Dari Negara China

Sememangnya kita sudah ketahui, semua perkara-perkara pelik kebanyakannya datang dari China, dahlu pernah seluruh dunia digemparkan dengan kewujudan telur palsu yang dikatakan dijual secara meluas di seluruh dunia.

Search This Blog