Sememangnya kita sudah ketahui, semua perkara-perkara pelik
kebanyakannya datang dari China, dahlu pernah seluruh dunia digemparkan
dengan kewujudan telur palsu yang dikatakan dijual secara meluas di
seluruh dunia.
1)Kacang walnut palsu
Kacang walnut yang ori dikeluarkan dan diganti dengan konkrit yang
dibalut kertas agar lebih kemas kemudian dimasukkan ke dalam kulit
kacang walnut yang ori dan digam.
2)Madu lebah palsu
Madu palsu ini terhasil dari campuran air gula, manisan malt, sirap
jagung atau beras, jaggery (sejenis gula yang tidak bertapis), pemanis
barley malt atau bahan tambahan lainnya dengan hanya sedikit madu.Ia
dipasarkan meluas melalui India ke U.S.
3)Daging lembu palsu
Daging palsu ini hasil dari campuran daging ayam dan babi yang
kemudian diperap selama 90 minit dengan sedikit daging lembu gred
tinggi. Bahan perap yang digunakan ini boleh meracun organ dalaman
manusia dan boleh membawah penyakit kanser.
4)Beras palsu
Pihak berkuasa di Singapura telah melaporkan bahawa terdapat beras
palsu yang diperbuat dari plastik resin dan kentang atau keledek.Beras
ini nampak ori tetapi bila dimasak ia kelihatan kenyal dan keras.”Makan
tiga mangkuk beras palsu ini seperti makan satu beg plastik,” kata
seorang pegawai dari Persatuan Restoran Cina.
5)Telur palsu
Ia terdiri daripada bahan kimia, asid alginic, kalium, kalsium
klorida, gelatin, parafin, pewarna tiruan dan air.Telur ini direbus
dalam air kencing kanak-kanak lelaki (mendapatkan warna) dan kulit telur
dibuat dari kapur.Memakan telur palsu secara berterusan boleh
menyebabkan kehilangan memori dan demensia.
6)Ban kitar semula
Beberapa kedai runcit telah dituduh menghantar ban yang telah tamat
tempoh kembali kepada pembuat mereka, Shanghai Shenglu Food Company, di
mana ban basi ini akan dikitar dengan cara memasukkannya dalam campuran
tepung, air, pewarna makanan kuning yang haram dan pemanis tiruan. Ban
kemudian dipakej semula dan dijual sebagai ban baru.
Harap benda-benda macam ni tak sampai kat Malaysia..
susah untuk kita mengenalpasti makanan yang “original” dengan makanan yang “palsu”. Kepada semua pembaca blog Addin berhati-hatilah dalam membeli makanan..
No comments:
Post a Comment