Thursday, December 4, 2008

6 Kali Minyok Turun: Pengusaha/Peniaga Tak Reti Nak turun Harga Ke?


" Putrajaya- Harga runcit petrol dan diesel turun 10 sen lagi berkuat kuasa hari ini, iaitu penurunan kali keenam sejak harga bahan api itu dinaikkan berikutan penyusunan semula subsidi minyak pada 5 Jun lalu.

Berikutan itu, petrol RON97 kini dijual pada harga RM1.90 seliter berbanding RM2.00 seliter sebelum ini, manakala harga runcit petrol RON92 dan diesel diturunkan daripada RM1.90 seliter kepada RM1.80 seliter.

Penurunan itu sekali gus memperlihatkan harga runcit petrol RON97 di pasaran kini lebih rendah berbanding RM1.92 seliter iaitu paras sebelum ia dinaikkan sebanyak 78 sen kepada RM2.70 pada Jun lalu.

Ini menunjukkan betapa pengusaha/peniaga telah membohongi rakyat yang mengatakan mereka terpaksa menaikkan harga barangan ekoran kenaikan harga mendadak dua bulan lalu.

Harapan dan janji mereka untuk menurunkan harga barang nampaknya tinggal janji sahaja. Rakyat gigit jari dan terpaksa menahan marah. Bagi pihak pengusaha...mereka hanya memekakkan telinga sahaja memandangkan apa jua harga yang dikenakan, tetap akan dibeli oleh pengguna.

Keadaan ini sebenarnya disedari oleh pihak kerajaan, tetapi kementerian berkenaan juga tidak mampu berbuat apa-apa melainkan mengeluarkan kenyataan sahaja. Harga tetap tak turun. Kerajaan juga dilihat takut nak ambil tindakan, kerana pengusaha ini banyak support aktiviti kerajaan BN melalui aksi bawah meja.

Bermakna kerajaan BN hanya digertak oleh pengusaha2 besar di negara ini dan tidak mampu berbuat apa-apa pun.
"

Search This Blog