Friday, December 24, 2010

Orang Kampung Tahu Tak Cara PM & Isteri Belanja?

Oleh: ustnik

"Apabila Pakatan Rakyat menawarkan tawaran menarik kepada rakyat jika diberi kuasa memerintah, dikatakan belanja itu akan memufliskan negara. PM kata tak realistik. Apa yang tak muflis dan yang realistik? Apabila dilihat pula angka-angka perbelanjaan (baca: PEMBOROSAN) dalam atau luarnegeri PM dan isteri (atas portfolio apa?), ia menggambarkan kerakusan nafsu yang sangat gelojoh tanpa taqwa.

LAGI KENYATAAN MERAPU PEMIMPIN UMNO TENTANG LARANGAN SELANGOR GUNA LOGO 1MALAYSIA

Langkah kerajaan Pakatan Rakyat Selangor melarang menggunakan logo 1Malaysia rupa-rupanya bukan sekadar menimbulkan 'ribut' di pihak Umno tetapi juga turut mendedahkan betapa merapu dan tidak cerdiknya beberapa pemimpin Umno.
Setakat ini yang paling merapu ialah kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Anak Kambing Berwajah Anjing Bulldog



MOHD NASIR menunjukkan anak kambing berwajah pelik dan menyerupai anjing 'bulldog' di Kampung Serkam, Melaka. Kaki pula menyerupai khinzir

Seorang penternak kambing di Kampung Serkam, Serkam, dekat sini, terkejut mendapati seekor daripada empat kambing betina peliharaannya melahirkan seekor anak berwajah pelik mirip anjing serta bersaiz luar biasa

NEGARA ISLAM - UMNO PATUT MALU DENGAN DAP

Oleh: WFAUZDIN NS
APABILA Karpal Singh menyebut di dalam Konvensyen PR baru-baru ini bahawa DAP bersedia bertemu dan berbincang dengan PAS berkaitan isu Negara Islam, maka ianya merupakan satu kejayaan besar buat PAS. Mengikut lojik akal, mana mungkin tokoh DAP yang terkenal lantang dan dituduh kununnya anti Negara Islam oleh Umno itu sanggup untuk berbincang tentang isu Negara Islam? Sepatutnya Umno yang tampil mohon berbincang atau bermuzakarah dengan PAS berkaitan itu tersebut kerana Umno dikatakan parti orang-orang Melayu yang mengaku Islam.

Bagaimana Pakatan Rakyat boleh tambah imbuhan guru RM500 sebulan

Oleh ANWAR IBRAHIM

Saya kesal dengan kenyataan Menteri Pendidikan baru-baru ini yang memperlekehkan peranan guru sebagai pembina negara. Beliau menyebut bahawa tindakan memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang setiap bulan akan menyebabkan Malaysia muflis.
Pakatan Rakyat telah meneliti kesan kewangan dari pelaksanaan ini. Kita mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan di dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

Thursday, December 23, 2010

1Malaysia Tertipu - Harga Minyak Malaysia Termahal Diantara Negara Pengeluar Minyak Yang Lain


Kerajaan Barisan Nasional (BN) sering memberi alasan yang tidak rasional apabila mengambil keputusan untuk menaikkan harga minyak hingga mencetuskan kenaikan harga barang keperluan harian dan membebankan rakyat terbanyak.
Alasan yang diberi untuk merasionalkan kenaikan harga minyak ialah, ianya bukan kenaikan tetapi penyelarasan, mengelak penyeludupan minyak ke negara jiran, harga minyak lebih murah dari Singapura dan Thailand, subsidi minyak dihapuskan untuk kerajaan memajukan pengangkutan awam dan naik lima sen seliter sahaja.

PRK Tenang penentu tarikh PRU13

Oleh Shaharul
Sekali lagi negara bakal melihat satu lagi pilihanraya kecil yang akan diadakan selewat-lewatnya sebelum perayaan Tahun Baru Cina tahun hadapan apabila penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Sulaiman Taha bagi DUN Tenang di Johor meninggal dunia semalam akibat komplikasi selepas berada di Hospital Pakar Ampang Puteri lebih dari sebulan yang lalu. PRK ini adalah pilihanraya kecil yang ke-14 sejak pilihanraya umum yang lalu.

akuan bersumpah apco boleh.......

Ingat apa kejadahnya apabila tentera upahan UMNO-BN, Agendadaily menyebut Anwar terkankang kerana bukti baru yang dibentang oleh Datuk Nazri. Rupanya akuan sumpah Yahudi APCO.
Pertama kali kita mendengar istilah kenyataan bersumpah ini popular apabila Raja Petra Kamaruddin dari www.malaysia-today.net membuat kenyataan bersumpah mengenai pembabitan Rosmah dan Bekas Kolonel Aziz Buyong, pakar C4 serta isteri terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya. Tetapi akhirnya ia didiamkan begitu sahaja.

KAKITANGAN AWAM MINTA BONUS, BOS PULA YANG DAPAT

SELAMA dua tahun lepas, termasuk tahun ini CUEPACS merayu-rayu dengan Kerajaan untuk mendapatkan bonus bagi kakitangan awam, namun rayuan tinggal rayuan. Kerajaan sentiasa menggunakan alasan keadaan ekonomi dan kewangan negara tidak mengizinkan untuk memberi bonus kepada kakitangan awam.

Wednesday, December 22, 2010

Bonus pejawat awam akan dibayar, tapi tak mampu

Oleh: Abdullah Ngah
Ini yang saya dengar dan faham bahawa bonus penjawat awam akan dibayar oleh pihak kerajaan jika pendapatan Negara lebih daripada belanja.
Itulah kata kata Datuk Seri Mohd Najib Razak kepada penjawat awam bahawa kerajaan yang diterajuinya tidak akan membelanjakan wang Negara melebihi pendapatan.

Gaji Guru : Najib Gelabah, Muhyiddin pamir Kebodohan dirinya sendiri

Perkara ke 5 dalam agenda Program 100 Hari Pakatan Rakyat ialah mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.

100 Hari : Najib dan Muhyiddin menggelabah

Khalil Idham Lim   
PM 1Malaysia, dilihat sangat gusar dengan tawaran 100 hari bila berkuasa yang diberikan oleh Pakatan Rakyat, Najib Tun Razak memberi reaksi segera dengan menyifatkan kenyataan Pakatan Rakyat sebagai tidak berpaksi kepada realiti kemampuan sebenar apabila mahu melaksanakan Program 100 Hari jika berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pakatan Rakyat Ialah Satu Pakatan Untuk Rakyat

Sepanjang seminggu lalu, rancangan Pakatan Rakyat untuk tidak membincangkan isu negara Islam dalam konvensyen kedua di Kepala Batas, Pulau Pinang dimanipulasi oleh Umno sebagai satu bukti kelemahan PAS dalam Pakatan.
Menurut kenyataan pemimpin-pemimpin Umno dan blog-blog penyokong parti itu, PAS telah mengkhianati perjuangan Islam apabila membiarkan agenda penting parti itu tidak menjadi sebahagian agenda konvensyen Pakatan.

Tuesday, December 21, 2010

Mufti Perlis tampil bela Nik Aziz

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya amat kecewa apabila tokoh agama yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, cuba dikaitkan dengan fahaman pluralisme semata-mata kerana beliau menghadiri majlis penganut agama Buddha.
"Ini suatu tuduhan yang amat jahat. Rekod Tuan Guru membuktikan beliau amat konsisten dalam isu Islam," katanya dalam satu kenyataan, sambli menegaskan beliau bukan ahli PAS dan mana-mana parti politik.

Monday, December 20, 2010

Ditelan mati Najib, diluah mati Anwar!

Serba salah. Kita tengoklah siapa yang mati politiknya. Pilihanraya dah dekat. Tengoklah jengkal siapa yang panjang. Bagi pemimpin UMNO mereka kekadang terlupa dengan kesempatan pendedahan wikileaks yang kontreversi sekarang. Berebut-rebut untuk memanipulasikan berita tersebut bagi menyerang PR.
Tetapi bak meludah ke langit… apabila diserangnya Anwar Ibrahim tentang isu liwat yang dikatakan pimpinan Singapura termasuk bekas PM Lee Kuan Yew serta perisik mereka mempercayai kes liwat Anwar Ibrahim benar-benar berlaku. Dr Mahathir pun tumpang sekaki.

Pakatan pembangkang janji laksana sembilan reformasi

 Konvensyen Pakatan Rakyat semalam mengemukakan Program 100 Hari yang akan dilaksanakan jika gabungan itu berja-ya mengambilalih tampuk pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.
Program itu yang mempunyai sembilan perkara adalah janji pakatan untuk melaksanakan reformasi menyeluruh aspek pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan berdasarkan kepada prinsip digariskan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.
“Sebagai permulaan kepada reformasi itu, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program itu," kata pakatan itu dalam buku kecil bertajuk 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia! yang diedarkan sempena konvensyen di Dewan Milenium di sini, semalam.

Karpal: PAS Paling Berdisiplin Dalam Pakatan Pembangkang

DAP mengiktiraf PAS sebagai parti yang paling berdisiplin dalam Pakatan Rakyat kerana wakil rakyatnya sangat setia dan tidak pernah bertindak keluar parti. Pengerusi DAP, Karpal Singh sebaliknya berkata, wakil rakyat partinya sendiri bertindak keluar seperti yang berlaku di Perak.
"PAS paling berdisiplin kerana tak ada seorang pun daripada mereka yang undur diri.
"DAP pernah ada seorang di Perak, PKR pun ada ramai (keluar parti)," katanya pada Konvenyen Pakatan Rakyat Kedua di sini, Ahad

Search This Blog