Kerajaan Barisan Nasional (BN) sering memberi alasan yang tidak rasional apabila mengambil keputusan untuk menaikkan harga minyak hingga mencetuskan kenaikan harga barang keperluan harian dan membebankan rakyat terbanyak.
Alasan yang diberi untuk merasionalkan kenaikan harga minyak ialah, ianya bukan kenaikan tetapi penyelarasan, mengelak penyeludupan minyak ke negara jiran, harga minyak lebih murah dari Singapura dan Thailand, subsidi minyak dihapuskan untuk kerajaan memajukan pengangkutan awam dan naik lima sen seliter sahaja.
Berikut cuba lihat perbandingan harga minyak antara Malaysia dan negara-negara pengeluar minyak dunia.
United Arab Emirates | RM1.22/liter |
Bahrain | RM0.89/liter |
Qatar | RM0.72/liter |
Kuwait | RM0.69/liter |
Libya | RM0.46/liter |
Arab Saudi | RM0.39/liter |
Iran | RM0.36/liter |
Nigeria | RM0.33/liter |
Turkmenistan | RM0.26/liter |
Venezuela | RM0.16/liter |
MALAYSIA (RON95) | RM1.90/liter |
Jika BN terus memerintah negara, subsidi minyak, gas, tepung, gula dan barangan keperluan lain terpaksa dikurangkan bagi mengelak negara jatuh bankrap pada 2019. (sumber Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala).
4 comments:
Dari Wikipedia:
The Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC, pronounced /ˈoʊpɛk/ OH-pek) is a cartel of twelve developing countries made up of Algeria, Angola, Ecuador, Iran, Iraq, Kuwait, Libya, Nigeria, Qatar, Saudi Arabia, the United Arab Emirates, and Venezuela.
Sebab tu la depa murah, depa pengeluar terbesar dunia. Malaysia tak masuk pun dalam senarai. Even Indonesia yang keluarkan minyak lagi banyak dari Malaysia pun lagi mahal harganya dari malaysia. (indonesia anggota OPEC sehingga 2008)
So fakta kau ni kalau nak debate, tak boleh pakai lah.
Apa punya bangang komen,memang Malaysia bukan ahli OPEC sama seperti Brunai,tetapi Malaysia dan Brunai adalah "net" exporter.Bermakna setelah ditolak penggunaan sendiri kita ada lebihan untuk dijual.Tidak seperti INDON,US,British dll adalah negara pengeluar minyak tetapi tidak cukup untuk kegunaan sendiri dan terpaksa beli dari luar.Jadi sebagai negara pengeluar dan penjual seharusnya kita rakyat dapat beli dgn harga murah.Ahli OPEC ataupun tidak bukan isunya kerana OPEC adalah CARTEL yang keahliannya adalah ekslusif bukannya wajib ataupun secara otomatik.
Di Indonesia, pengeluaran minyak banyak tetapi tak mencukupi untuk kegunaan negaranya sehingga terpaksa import minyak, di Malaysia lain kesnya dimana pengeluaran minyak sentiasa melebihi daripada permintaan tempatan hanya 27 juta orang sahaja. Tak boleh compare directly based on oil production, look on demand and supply.
Indonesia ada 240 juta orang, jadi logiklah kalau pengeluarannya banyak dari Malaysia tetapi masih tak cukup untuk menampung kegunaan untuk negaranya. Macam kes US.
Turkmenistan pengeluaran minyak lebih rendah dari Malaysia dan tak masuk OPEC tetapi harga minyak rendah sebab permintaan rendah berbanding dibekalkan.
Ada negara seperti US pun ada petroleum tetapi tak mampu menampung keperluan negara, US negara import minyak terbesar di dunia.
itulah yang dikatakan karat hijau.tetap nak pertahankan umno walau mereka tu kaki rasuah,menindas rakyat demi untuk poket sendiri. ada akal tapi tak digunakan dengan ilmu.
Post a Comment