Oleh ruhan"
Hakikatnya, tiada negara yang terselamat daripada krisis ekonomi yang melanda dunia pada masa ini. Satu lagi hakikat ialah kedegilan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO/BN menerimanya sejak awal lagi. Yang sering dicanangkan ialah asas ekonomi Malaysia yang kukuh mampu menyerap krisis itu. Di tengah-tengah kedegilan itu, rangsangan sebanyak RM 7 bilion dihamburkan.Penjelasan tentang ke mana wang itu pergi dan kesannya kepada ekonomi negara tidak pernah diberikan secara terperinci dan meyakinkan. Kini, tiada pihak yang menaruh harapan besar terhadap rangsangan kedua sebanyak RM 60 bilion. Sehubungan itu, hakikat ketiga yang perlu diterima ialah kerajaan terlalu lambat bertindak; baru sekarang hendak menerima kenyataan; dan tidak mungkin mendapat sokongan padu semua pihak terhadapnya.
Tanpa sokongan padu semua pihak, tiada suatu pun projek yang akan berjaya. Punca kepada ketiadaan sokongan itu ialah sikap berat sebelah kerajaan UMNO/BN terhadap beberapa isu tempatan dan nasional. Pembangkang diseru bekerjasama menjayakan program penting itu. Seruan tersebut menyerlahkan ketidakikhlasan kerajaan apabila dirujuk kepada situasi yang sedang berlangsung di Perak.
Bagi pembangkang, Najib perlu menyelesaikan isu Perak terlebih dahulu sebelum memohon kerjasama mereka. Sehingga kini, tiada apa-apa tindakan diambil untuk menyelesaikan kemelut yang semakin meruncing itu. Ketergantungan itu akan hanya merugikan rakyat dalam suasana kegawatan ekonomi pada masa ini. Di sinilah rakyat dapat membaca sikap tidak bertanggungjawab UMNO/BN. Mereka melebihkan rampas kuasa daripada membela rakyat.
Namun demikian, rakyat yang bijak menilai tidak akan menjerumuskan diri mereka dalam perangkap UMNO/BN. Mereka tahu kerajaan hanya pandai beretorik. Kerajaan tidak ikhlas menjalankan tanggungjawab. Kerajaan tidak memperjuangkan bangsa, agama, dan jati diri. Hala tuju kerajaan, terutamanya BN telah terpesong.
Kesemua yang disebutkan itu bukan fitnah. Kesemuanya dikutip daripada perkataan yang keluar dari mulut Mukhriz, Khir Toyo, Khairy, Nazri Aziz, Rahim Tamby Chik, Ali Rustam, Muhammad Muhd Taib dan general-general UMNO yang lain apabila ditemubual wartawan. Salahkah rakyat (majoritinya golongan muda) yang diajar menguasai kemahiran berfikir di sekolah menggunakan pengetahuan itu bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang berpihak kepada mereka dalam kehidupan bernegara?
Mereka melihat pemimpin-pemimpin MCA tidak pernah berhenti bergaduh. Presiden MCA tidak sehaluan dengan Timbalan Presidennya. Perselisihan itu berkembang menjadi pembentukan kem yang melemahkan kekuatan MCA. Bolehkah MCA yang lemah berbakti kepada orang Cina? Bolehkah GERAKAN yang lembek seperti harimau kertas memacu orang Cina ke puncak jaya? Orang Cina yang bijak berpolitik tahu bahawa banyak buruk daripada baik jika bernaung di bawah ketiak MCA atau GERAKAN.
Mereka melihat MIC mengabaikan tanggungjawab terhadap orang India. Kedaifan kaum yang tidak dibela itu mewujudkan masyarakat India yang miskin dan melarat serta tidak tentu haluan. Ramai belia India yang terlibat dengan kegiatan jenayah. Ini bukan fitnah. Menteri dari keturunan India sendiri yang mengatakannya melalui pelbagai media. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, mahukah lagi orang India di Malaysia menyokong MIC?
Orang Cina dan India tidak perlu membodohkan diri berbuat demikian. Mereka akan menolak UMNO/BN. Mereka tidak akan mengundi calon BN di PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Mereka akan memilih PAS dan PKR.
Terkini, Tengku Razaleigh turut menempelak bakal PM Malaysia berhubung penglibatannya dalam skandal pembunuhan Altantuya. Apa komen tokoh veteran politik ini berhubung pembabitan Najib dalam skandal pembunuhan kejam model Monggolia ini dan tindakan main sumpah dengan Quran untuk lepaskan diri?
Pendapat dan buah fikiran daripada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ditulis dalam blog tok guru yang hari ini dilancarkan dan sudah berada di page rank no 1 di google bagi keyword blog tok guruMajlis pelancaran blog tok guru dijalankan serentak dengan pelancaran khidmat wi-fi A’ptus Net yang merupakan anak syarikat kepada PKINK atau juga dikenali sbg SEDC.
Dewan Merdeka di PWTC telah bergema dengan ucapan oleh Bakal Presiden Umno dan bakal PM yang `kontroversi' dan paling glamour ketika ini, Najib Tun Razak ketika merasmikan Persidangan 3 sayap Umno yang suatu ketika pernah disyorkan untuk di`patah'kan. Apa yang boleh dilihat secara jelas ketika ucapan Najib sewaktu merasmikan persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri Umno itu adalah riak muka yang kurang keyakinan, penuh kegusaran, ketakutan dan dengan suara yang cuba bersemangat tetapi `gementar'.
Ali dan Khairy telah didapati bersalah kerana mengamalkan rasuah politik. Ali tidak boleh bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO. Khairy dibenarkan bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Tidak kiralah sama ada UMNO di persimpangan jalan mahupun di penghujung jalan, semuanya menjadi petanda buruk bagi parti sekular yang tak sedar diri itu. Namun demikian, majoriti pemimpinnnya masih menunjukkan sifat-sifat riak dan takbur. Terdapat juga yang enggan mengaku salah tetapi menerima dengan hati yang terbuka keputusan Lembaga Disiplin UMNO.
Lebih 2,000 anak-anak Perak di perantauan menyertai para pemimpin utama PAS hari ini dan berjanji akan memastikan calon PAS di Bukit Gantang menang dalam pilihan raya kecil itu nanti. Mereka berkumpul di majlis taklimat khas dan dialog serta pelancaran Tabung Anak Perak Di Perantauan sempena Pilihan raya kecil Bukit Gantang di Markas PAS , Taman Melewar.
Kali ini UMNO terpaksa mengubah perancangan dan strategi mereka dalam PRK Bukit Gantang. Pengisytiharan MB Nizar sebagai calon PAS di Bukit Gantang menjadi igauan buruk buat UMNO. Puak-puak ini mungkin tak menyangka yang MB Nizar akan menjadi calon kerana nama yang kuat bertiup sebagai calon ialah Mat Sabu dan Ustaz Idris sebelum ini.


Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam kelihatan begitu emosi dan tertekan apabila PR Melaka sudah mula menggerakkan usaha untuk mendesak beliau meletakkan jawatannya akibat dibuktikan oleh Lembaga Displin Umno terlibat di dalam rasuah. Bukan pembangkang yang menuduh beliau rasuah, tetapi beliau dikatakan melakukan rasuah oleh Lembaga Disiplin yang dibentuk oleh parti yang beliau cintai dan sayanginya itu. Rakyat mana yang boleh percaya bila Ali Rustam mengaku tidak melakukannya kerana sedikit pun beliau tidak mempertahankan dirinya malahan beliau menghormati badan yang menyatakan beliau terlibat melakukan rasuah? Tindakan beliau untuk merayu bukan bererti mempertahankan dirinya, merayu adalah bertujuan untuk meringankan hukuman sahaja. Dan, rayuan beliau ternyata telah ditolak.
Semua orang sudah tahu bahawa Ketua Menteri dan menantu Perdana Menteri terlibat dengan jenayah rasuah untuk menghadapi pemilih jawatan di dalam Perhimpunan Agung Umno bulan ini.