(Siasah) - Peguam bagi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan agar kes Perak dikembali ke Mahkamah Tinggi adalah kekalahan moral bagi Umno.
Mohamad Hanipa Maidin berkata, Umno sangat berharap kes itu diselesaikan secepat mungkin melalui keputusan Mahkamah Persekutuan. Pagi tadi, lima hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara memutuskan kes itu perlu melalui prosedur biasa perundangan dan Mahkamah Persekutuan tidak boleh bertindak tanpa melalui perbicaraan di Mahkamah Tinggi dan seterusnya Mahkamah Rayuan terlebih dahulu. Hakim-hakim yang bersidang itu diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alaudin Sharif. Lain-lain hakim adalah Ketua Hakim Malaya Datuk Arifin Zakaria, Datuk S. Augustine Paul, Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin and hakim Mahkamah Rayuan Datuk James Foong. Menurut Hanipa, Umno sangat memerlukan keputusan kes ini dibuat segera kerana Dewan Undangan Negeri perlu bersidang sebelum 15 Mei 2009 untuk mengelakkannya dari terbubar dengan sendirinya. Dua kes dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan iaitu kes Speaker V Sivakumar yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Ipoh dan kes Nizar melawan Datuk Dr Zambry yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dengan keputusan ini bermakna, kes-kes itu akan dibicarakan di kedua-dua mahkamah berkenaan. Kes V Sivakumar akan menggunapakai keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan beliau mewakili dirinya sendiri atau peguam yang dipilihnya. Sebelum itu, Pesuruhjaya Kehakiman, Rezhuan Hashim memutuskan Sivakumar mestilah diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri Perak dalam keadaan dialah juga yang mewakili Zambry di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. |
Tuesday, March 24, 2009
Keputusan Mahkamah Persekutuan kekalahan moral untuk Umno - Hanipa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment