Oleh ruhan
"Hakikatnya, tiada negara yang terselamat daripada krisis ekonomi yang melanda dunia pada masa ini. Satu lagi hakikat ialah kedegilan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO/BN menerimanya sejak awal lagi. Yang sering dicanangkan ialah asas ekonomi Malaysia yang kukuh mampu menyerap krisis itu. Di tengah-tengah kedegilan itu, rangsangan sebanyak RM 7 bilion dihamburkan.
Penjelasan tentang ke mana wang itu pergi dan kesannya kepada ekonomi negara tidak pernah diberikan secara terperinci dan meyakinkan. Kini, tiada pihak yang menaruh harapan besar terhadap rangsangan kedua sebanyak RM 60 bilion. Sehubungan itu, hakikat ketiga yang perlu diterima ialah kerajaan terlalu lambat bertindak; baru sekarang hendak menerima kenyataan; dan tidak mungkin mendapat sokongan padu semua pihak terhadapnya.
Tanpa sokongan padu semua pihak, tiada suatu pun projek yang akan berjaya. Punca kepada ketiadaan sokongan itu ialah sikap berat sebelah kerajaan UMNO/BN terhadap beberapa isu tempatan dan nasional. Pembangkang diseru bekerjasama menjayakan program penting itu. Seruan tersebut menyerlahkan ketidakikhlasan kerajaan apabila dirujuk kepada situasi yang sedang berlangsung di Perak.
Bagi pembangkang, Najib perlu menyelesaikan isu Perak terlebih dahulu sebelum memohon kerjasama mereka. Sehingga kini, tiada apa-apa tindakan diambil untuk menyelesaikan kemelut yang semakin meruncing itu. Ketergantungan itu akan hanya merugikan rakyat dalam suasana kegawatan ekonomi pada masa ini. Di sinilah rakyat dapat membaca sikap tidak bertanggungjawab UMNO/BN. Mereka melebihkan rampas kuasa daripada membela rakyat.
Namun demikian, rakyat yang bijak menilai tidak akan menjerumuskan diri mereka dalam perangkap UMNO/BN. Mereka tahu kerajaan hanya pandai beretorik. Kerajaan tidak ikhlas menjalankan tanggungjawab. Kerajaan tidak memperjuangkan bangsa, agama, dan jati diri. Hala tuju kerajaan, terutamanya BN telah terpesong.
Kesemua yang disebutkan itu bukan fitnah. Kesemuanya dikutip daripada perkataan yang keluar dari mulut Mukhriz, Khir Toyo, Khairy, Nazri Aziz, Rahim Tamby Chik, Ali Rustam, Muhammad Muhd Taib dan general-general UMNO yang lain apabila ditemubual wartawan. Salahkah rakyat (majoritinya golongan muda) yang diajar menguasai kemahiran berfikir di sekolah menggunakan pengetahuan itu bagi menyelesaikan masalah dan membuat keputusan yang berpihak kepada mereka dalam kehidupan bernegara?
Mereka melihat pemimpin-pemimpin MCA tidak pernah berhenti bergaduh. Presiden MCA tidak sehaluan dengan Timbalan Presidennya. Perselisihan itu berkembang menjadi pembentukan kem yang melemahkan kekuatan MCA. Bolehkah MCA yang lemah berbakti kepada orang Cina? Bolehkah GERAKAN yang lembek seperti harimau kertas memacu orang Cina ke puncak jaya? Orang Cina yang bijak berpolitik tahu bahawa banyak buruk daripada baik jika bernaung di bawah ketiak MCA atau GERAKAN.
Mereka melihat MIC mengabaikan tanggungjawab terhadap orang India. Kedaifan kaum yang tidak dibela itu mewujudkan masyarakat India yang miskin dan melarat serta tidak tentu haluan. Ramai belia India yang terlibat dengan kegiatan jenayah. Ini bukan fitnah. Menteri dari keturunan India sendiri yang mengatakannya melalui pelbagai media. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, mahukah lagi orang India di Malaysia menyokong MIC?
Orang Cina dan India tidak perlu membodohkan diri berbuat demikian. Mereka akan menolak UMNO/BN. Mereka tidak akan mengundi calon BN di PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Mereka akan memilih PAS dan PKR.
1 comment:
Kelakar sungguh bila melihat gelagat pemuda umno yang berkata Pakatan Rakyat adalah pertubuhan haram. ramai yang pecah perut melihat betapa bodoh dan bengapnya pemuda umno ni. kalau itu lah sikap dan pemahaman pemuda umno, sepatutnya umno rasa kecewa dengan tahap kebijaksanaan mereka dan akhbar juga pun tak sepatutnya mendedahkan kebodohan mereka pada khalayak ramai.
mungkin kerana sibuk berpolitik sampai tak sempat tengok akta pertubuhan dan persatuan.
pakatan rakyat adalah 'jolokan' atau 'panggilan' kepada parti DAP, PAS dan PKR. Pakatan Rakyat bukan lah apa apa pertubuhan yang di daftarkan seperti Barisan Nasional. jadi kalau sebarang usaha untuk mengharamkan pakatan rakyat, ianya adalah tindakan sia sia belaka. Kerana nak haramkan pada benda yang tidak daftar. Tidak seperti yang berlaku pada UMNO pada tahun 1988 dulu.
Sebagai contoh, kita ambil jolokan kepada seseorang dengan panggilan 'khir tempe', usahkan saman, tapi juga sebarang tindakan undang undang tidak boleh di ambil terhadap jolokan itu kerana ianya bukan lah nama sebenar yang di daftar. kalau saman datang kepada 'khir tempe', ianya juga satu tindakan yang sia sia.
kenyataan pemuda umno itu juga membuktikan bahawa taraf perwakilan di dalam umno adalah sama tahapnya dengan pelajar sekolah tadika yang tak tau apa yang di katakan. lantas ia juga memberikan alasan kenapa umno perlu di tolak apabila anggota dan kepimpinan di dalam umno ghairah bercakap dengan nafsu tapi tidak menggunakan akal.
- rentakjari -
Post a Comment