Oleh ruhan
"Ali dan Khairy telah didapati bersalah kerana mengamalkan rasuah politik. Ali tidak boleh bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO. Khairy dibenarkan bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO.
Jika dia menang, satu rekod baru UMNO akan tercipta, iaitu Pemuda UMNO dipimpin oleh seorang perasuah buat kali pertama dalam sejarah. Harus diingat bahawa dua rekod baru telah tercipta sebelum itu.
Pertama, UMNO Bahagian Paya Besar, Pahang berjaya menjadi bahagian UMNO yang paling korup di Malaysia. Kedua, Ali Rustam menjadi Ketua Menteri Melaka yang pertama mengamalkan rasuah di negara ini. Rekod-rekod baru itu akan kekal dalam lipatan sejarah, diingati oleh seluruh rakyat Malaysia, dan anak cucu kita kemudian hari.
Sebelum insiden ini, Isa Samad yang didapati melakukan kesalahan yang sama telah digantung keahlian selama tiga tahun dan mengosongkan kerusi menteri yang didudukinya. Kewujudan tiga bentuk hukuman untuk kesalahan yang sama itu menunjukkan bahawa UMNO tidak konsisten dan menghukum secara berpilih-pilih seolah-olah parti itu mengamalkan sistem kasta.
Keanehan-keanehan yang berlaku dalam hukuman yang berkaitan dengan rasuah dalam UMNO itu bukan sahaja pelik malahan juga tidak masuk akal. Ini menunjukkan bahawa UMNO diserang penyakit sasau kerana dirasuk setan.
Sungguhpun kita melihat orang UMNO masih segar-bugar, mampu tersenyum, dan boleh berkata-kata, namun jauh dari sudut hati, mereka menderita kerana dirundung krisis identiti. Imej mereka dicalari pelbagai laku perbuatan yang jelek dan meloyakan. Merekalah perasuah tegar di Malaysia. Merekalah pengkhianat bangsa Melayu. Merekalah pemerkosa kedaulatan undang-undang. Merekalah yang melacurkan keluhuran perlembagaan. Merekalah yang menjuarai penderhakaan terhadap raja. Merekalah yang bertanggungjawab menggagalkan matlamat DEB.
Berasaskan kepada kecemerlangan UMNO dalam rasuah, tidak salah jika rakyat mempersoalkan serba-serbi mengenainya. Rasuah politik dalam UMNO melibatkan jumlah wang yang banyak. Bagi membolehkan semua perwakilan merasa habuan itu, ramai ejen diperlukan. Sehubungan itu, seseorang calon memerlukan wang yang bukan sedikit untuk mengupah ejen dan merasuah perwakilan. Ini kerana sokongan akn hanya diberi kepada calon yang paling tinggi nilai suapannya.
Oleh sebab itu, cubalah anda bayangkan berapa banyak wang yang diperlukan seseorang calon untuk merasuah semua perwakilan. Mampukah seseorang calon menggunakan wang mereka sendiri untuk tujuan itu?
Jumlah yang perlu dirasuah ialah hampir 3,000 orang. Sudah semestinya situasi ini di luar kemampuan seseorang calon, tetapi mereka hendakkan jawatan. Jawatan membuka peluang yang luas untuk memperoleh kekayaan. Di sinilah tempat bermulanya salah guna kuasa, kronisme, nepotisme, dan politik taukeh.
Pihak-pihak yang berkepentingan pun berlumba-lumbalah masuk gelanggang. Satu cara yang paling mudah ialah mendapatkan bantuan taukeh-taukeh besar. Golongan ini menjadi sangat-sangat bermurah hati, apatah lagi bila dijanjikan pulangan dalam bentuk projek besar.
Situasi tersebut mendedahkan pelaku-pelakunya kepada pelbagai aktiviti yang jelek. Maka berkembang biaklah pengkhianatan, penipuan, dan penggelapan wang. Pemimpin yang diamanahkan untuk membela nasib rakyat berubah wajah menjadi perompak terhormat.
Mereka tidak perlu rasa takut terhadap perbuatan itu kerana sekalipun didapati bersalah, tetap disanjung sebagai pejuang, asalkan dapat membuktikan kesanggupan menghambakan diri kepada parti. Lagi pun mahkamah UMNO merupakan maskamah paling adil di dunia. SPRM pun tak terliur untuk siasat. Semua ahli UMNO memang kebal-kebal belaka!!!
Sebab itulah Ali masih kekal memegang tampuk pemerintahan di Melaka. Khairy masih boleh bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO. Pada masa yang sama, majoriti kes rasuah politik masih belum diselesaikan. Begitulah cekap dan tangkasnya mahkamah UMNO. Mahkamah tahap dunia tu. Namun, kesemuanya mendedahkan betapa korupnya UMNO.
PENGUNDI-PENGUNDI DI BUKIT GANTANG!
PENGUNDI-PENGUNDI DI BUKIT SELAMBAU!
PENGUNDI-PENGUNDI DI BATANG AI!
KUBURKAN UMNO/BN!!!
UNDILAH PAS!!! UNDILAH PKR!!! "
No comments:
Post a Comment