nampaknya balaci-balaci dan pengampu kepada najib cuba untuk mendesak pak lah untuk mengumumkan tarikh bilakah pak lah akan menyerahkan jawatan pm kepada najib. berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat kepada media oleh pencacai ini, bermacam-macam idea dan perubahan yang akan dilakukan najib. tidak ketinggalan najib sendiri turut sama melontarkan perubahan yang akan dilakukannya bila menjadi pm. nak rombak kabinet...nak ubah cara pemilihan dalam parti....dan menasihatkan perwakilan supaya memilih calon yang bersih dan berwibawa untuk membantunya dalam pertadbiran nanti.
namun, pah lah masih membisu seribu bahasa sehingga berkata kepada media supaya jangan kacau belia dengan soalan bila nak serah jawatan pm. pak lah cuma kata najib akan jadi presiden umno dan tiada siapa yang boleh halang. tapi bukan jawatan pm. lagipun, jawatan pm ni bukannya boleh diserah macam tu saja pada siapa-siapa yang kita suka. sepatutnya kena ada undi diparlimen untuk menentukan samada najib layak atau tidak kerana syarat untuk jadi pm mesti mendapat undi majoriti dari ahli dewan. dan lepas itu kena pulak dapatkan perkenan daripada yang dipertuan agung. baru boleh jadi pm. dibuatnya yang dipertuan agung tak berkenan macam kes mb trengganu dan perlis macamana? kan kes naya namanya.
tambahan pulak, najib sepatutnya menjawab dakwaan media dari perancis, amerika dan terbaru negara jiran indonesia kes berkaitan pembunuhan alantuya dan skandal kapal selam. kalau najib benar-benar ada maruah dan harga diri, dia sepatutnya kena bersih kan diri dari tuduhan-tuduhan itu atau kalau tak mampu nak jawab lebih baik letak jawatan saja. jangan jadi macam ketam mengajar anak berjalan. diri sendiri pun tak bersih macam mana nak bersihkan umno. diri sendiri pun belum jawab tuduhan rasuah yang dah beratus kali dibuat, macam mana nak suruh orang lain jangan rasuah. bukankah slogan be end adalah kepimpinan melalui teladan.
No comments:
Post a Comment