semalam di berita TV jam 8 malam ada disiarkan ulasan dua pemimpin UMNO tentang perletakan jawatan timbalan ketua menteri pulau pinang. yang seorang tu ketua penerangan yang mana mantan perdana menteri kata tak pandai bercakap atau menulis bahasa inggeris merujuk kes kesalahan membawa wang jutaan ringgit di australia dulu. yang seorang lagi setiausaha agung yang punyai saham dalam syarikat perjudian.
nampak sangat tahap pemikiran yang rendah dan tiada langsung ketokohan sebagai pemimpin jika ulasan yang dibuat oleh kedua pemimpin ini di ambil kira. sama seperti kenyataan yang dibuat oleh ali rustam tentang anwar ibrahim dan lim guan eng menjawab wartawan bila bertanya apakah beliau akan letak jawatan ketua menteri.
bila setiausaha agung berkata PAKATAN RAKYAT bermasalah punca timbalan ketua menteri letak jawatan, dia sepatutnya melihat keterbukaan didalam kerajaan dibawah PAKATAN RAKYAT yang mana bila pemimpin melakukan kesalahan atau didapati tidak melaksanakan tugas dengan berkesan maka mereka akan ditegur dan akan dilaporkan ke pihak atasan. dan pemimpin PAKATAN RAKYAT juga mempunyai maruah dan moral yang tinggi berbanding pemimpin UMNO kerana sanggup bertanggungjawab jika melakukan kesalahan atau gagal melaksanakan tugas dengan meletakan jawatan. tidak seperti pemimpin UMNO, dah sah melakukan rasuah tapi masih nak jadi ketua menteri.
dan bila si setiausaha agung ini mengaitkan anwar ibrahim sebagai punca rasuah dalam UMNO berlaku, kenapa bila anwar sudah tidak lagi berada didalam UMNO dan kebanyakan orang-orang anwar pun sudah ramai meninggalkan UMNO, rasuah makin parah didalam UMNO. bukankah pak ali rustam dan pak khairy si menantu PM yang nak pencen terpaksa itu merupakan antara perasuah handalan didalam UMNO. kalau tak ada orang yang nak bagi duit masakan ada orang yang akan minta. selepas anwar dipecat, walaupun kalau ada orang yang minta tapi kalau tiada siapa yang sanggup beri maka tak berlakulah rasuah. yang penting adalah jenis pemimpin itu sendiri. apakah pemimpin itu disokong kerana wang atau kerana ketokohan yang boleh disumbangkan demi kesejahteraan rakyat.
kenapa tiada rasuah didalam parti PAS. kenapa tak seorang pun pemimpin PAS yang pernah di tangkap kerana rasuah. dah 18 tahun PAS perintah kelantan tak pernah kita dengar ada rasuah. kenapa penyokong PAS sanggup melakukan kerja-kerja parti tanpa mendapat apa-apa habuan. malah duit sendiri terpaksa dikeluarkan. tak percaya, bila ada ceramah PAS cubalah pergi. bila derma kilat dilancarkan tanpa paksaan ramai yang akan menghulurkan derma. kenapa jentera pilihanraya UMNO terpaksa digerakkan dengan wang. tanpa wang kerja tak jalan. jawapnya adalah penyokong PAS berjuang keran ALLAH. tidak mengharapkan balasan tapi hanya keredhaan ALLAH yang penting.
bila si ketua penerangan UMNO kata kerajaan pakatan bermasalah kerana tiada persefahaman, dia sepatutnya melihat kerajaan pakatan mengamalkan demokrasi yang sihat kerana semua pihak boleh secara terbuka membuat teguran atau mengeluarkan pendapat dan pandangan masing-masing. seperti di amerika syarikat, rakyat atau ahli kongres dan senat bebas mengkritik kerajaan dan presidennya. tidak seperti UMNO, banyak pak angguk dan pengampu. bila kita ada kuasa tangan di jilat dan dicium. tapi bila dah hilang kuasa...akan dilupa dan dipinggirkan. walaupun pemimpin itu penuh dengan tuduhan yang belum dijawab atau dibersihkan. macam pakar C4 UMNO. kerana dia ada kuasa yang boleh mengawal mahkamah dan polis maka dia disanjung dan dipuji. tapi percayalah bahawa ada kuasa yang lagi tinggi dari segala kuasa diatas muka bumi ini.
No comments:
Post a Comment