Bila kerajaan PR bercadang hendak memberi subsidi air sebanyak RM10 kepada rakyat, gegak gempitalah ramai pemimpin pemimpin UMNO membantah dan menghina.
Sibuk menanya di mana kerajaan negeri hendak mendapatkan hasil untuk menampung perbelanjaan tersebut. Satu syarikat air pun 'kulat liut' hendak menyokong cadangan kerajaan PR itu.
Tiba tiba sehari dua yang lalu ada didedahkan seorang pengerusi syarikat air mendapat gaji sebanyak 430ribu sebulan. Kalau dibahagikan 30hari maknanya gajinya adalah 14ribu sehari. EMPAT BELAS RIBU SEHARI BROTHERRRRRR...
Tu baru gaji tu. Elaun jangan cerita. Munawir yang kerja jaga tandas kat JB pun baru gaji rm500 sebulan.Setahun baru 6ribu. Kena kerja 2 tahun setengah baru dapat sama dengan sehari gaji pengerusi tu. Yang paling mengheranajaibkan kepala otak aku, bila kerajaan negeri nak ambik alih, kerajaan pusat pulak nak bayar lagi mahal.
Barang 4 ringgit kerajaan nak bayar 10 ringgit. Naik pening aku. Duit berbillion billion tu datang dari mana?? Bukan duit rakyat ke?? Kenapa dengan mudah hendak dibayar dengan harga mahal sedangkan harganya lebih murah
Sekarang selalu dicanang dalam TV ucapan Najib kerajaan membayar 670 juta sebagai subsidi untuk menampung kenaikan harga barang seperti gula dan segala barang keperluan lain. Kalau tak, najib kata gula akan naik sebanyak 43sen sekilo. Soalan satu: duit dari mana pulak Najib dapat?bukan duit hasil cukai rakyat ke? Soalan dua: kenapa harga barang naik? Kesan kenaikan kos ke? Kenapa kos naik? Sebab tol? Sebab minyak? Atau apa apa sebab lain?
Semua jawapan dan soalan terarah kepada urustadbir negara yang pincang. Sistem yang salah. Jika sesuatu barang naik selalu pengguna yang hendak diberi beban. Sedangkan orang yang paling kaya di malaysia adalah Robert Kuok. Tauke gula. Belum cukup cukup lagikah harta yang dimilki hinggakan gula terpaksa dinaikkan. Kenapa kerajaan tak cukai atas kekayaannya yang banyak hasil dari gula untuk menampung kenaikan harga gula? Atau bagi pilihan kepada banyak syarikat lain untuk menjadi saingan kepada syarikat gula yang sedia ada , sudah pasti harga gula akan turun. Bertahun tahun MAS beroperasi dengan harga mahal tetapi laporan tahunan sentiasa rugi. Air asia hanya beroperasi setahun jagung dengan harga murah dapat untung ratus ratus juta?
Sistem monopoli sentiasa akan mencekik rakyat. Jika diberi pilihan tentu akan ada persaingan harga dan persaingan servis. Masing akan berlumba lumba untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. Politik negarapun tidak terkecuali. Ketika rakyat memberi kepercayaan kepada UMNO untuk memerintah negara selama setengah abad, yang diberi oleh UMNO kepada rakyat hanyalah kesempitan hidup yang semakin hari semakin menghimpit. Bila monopoli UMNO mula dipecahkan, Pakatan Rakyat mula mendapat kepercayaan dan harapan rakyat, UMNO mula menuju kehancuran.
Kini semua rakyat menantikan sinar harapan baru yang akan muncul pada PRU ke 13. Moga moga UMNO akan berkubur selamanya. Tengok ah kalu dok caye gok.
No comments:
Post a Comment