memang sah umno parti yang menyuburkan gejala rasuah bila khairy menang sebagai ketua. orang yang telah didapati bersalah kerana terlibat dengan jenayah rasuah masih dipilih sebagai ketua. nampaknya pemuda umno cuba memberi isyarat kepada rakyat bahawa mereka hanya akan memilih orang yang memberikan ganjaran kepada mereka menjadi ketua. nampaknya rasuah yang dilakukan oleh khairy memang membuahkan hasil.
seperti kata pensyarah di UM anis yuszal dalam rancangan astro awani apakah isyarat yang ingin dihantar kepada rakyat jika khairy menang sedangkan dia telah didapati bersalah melakukan rasuah oleh lembaga disiplin umno. dan beliau juga mengutarakan soalan yang tidak berani dijawab oleh pengantara rancangan tersebut mengapa sprm tidak bertindak mendakwa khairy walaupun dia telah sah melakukan rasuah? dan beliau turut bertanyakan integriti umno bila masih mengekalkan ketua menteri yang juga didapati bersalah melakukan rasuah.
kita mengharapkan supaya rakyat akan bangkit untuk menjawab persoalan ini melalui 3 prk yang akan diadakan tak lama lagi.
1 comment:
HIDUP RASUAH !
HIDUP RASUAH !
slogan baru yang bakal menggantikan slogan HIDUP MELAYU..
Post a Comment