Oleh ruhan
"Tidak kiralah sama ada UMNO di persimpangan jalan mahupun di penghujung jalan, semuanya menjadi petanda buruk bagi parti sekular yang tak sedar diri itu. Namun demikian, majoriti pemimpinnnya masih menunjukkan sifat-sifat riak dan takbur. Terdapat juga yang enggan mengaku salah tetapi menerima dengan hati yang terbuka keputusan Lembaga Disiplin UMNO.
Betapa parahnya kemunafikan dalam diri pemimpin ini. Mungkin ramai lagi yang tergolong dalam kumpulan yang sama dengan dia. Sungguh malang nasib UMNO berpemimpinkan orang sebegini. Malang lagi nasib orang Melayu yang membuta tuli akur kepada pemimpin seperti itu.
Mahyudin mungkin ada agenda apabila mengeluarkan kenyataan itu. Sesiapa juga yang menjadi calon dalam sesuatu pemilihan akan melakukan projeksi diri kepada pengundi. Dia mahu dilihat sebagai hero yang mampu memulihkan parti yang sudah hampir tenggelam itu.
Dia bimbang rakan seperjuangan yang ditangkap membawa berkarung wang ke Australia tetapi dibebaskan kerana tidak tahu berbahasa Inggeris itu menduduki kerusi nombor dua UMNO. Akan terkebil-kebillah orang di luar UMNO jika mereka memilih TPM yang bukan sahaja tak tahu bahasa Inggeris malahan juga pegang duit mencurigakan juta-juta ringgit dan pernah melarikan puteri Sultan Selangor.
Baru-baru ini Muhammad membuka mulut tentang kebolehannya berbahasa Inggeris. Katanya dia belajar dalam bahasa Inggeris hingga ke Universiti Malaya. Jadi, dia telah menipu mahkamah Australia ketika dibicarakan. Bolehkah dia dituduh dan dibawa semula ke mahkamah Australia kerana menipu? Anda percayakah kepada manusia penipu seperti ini?
Oleh sebab itu, kedua-dua pemimpin itu sama sahaja buruknya. Buatlah macam mana pun, UMNO tetap akan dipimpin oleh orang yang tidak bersih. Logiknya mereka hanya mampu mengotorkan UMNO. Rakyat gelisah melihat kejadian penuh tragis ini. Makin ramailah orang yang akan mengambil kesempatan terhadap kelemahan orang Melayu. Tak boleh tidurlah orang-orang seperti Rahim Tamby Chik dan Zahid Hamidi apabila hal ini berlaku.
Namun, orang Melayu tidaklah sebodoh ahli UMNO yang berada di penghujung jalan itu. Usahlah diperlekeh kebolehan mereka berdikari. Janganlah diperkecil keputusan mereka memilih wadah perjuangan alternatif yang lebih berwibawa.
Mereka tidak mahu bernaung di bawah ketiak parti yang khianat. Mereka tidak tahan lagi diperbodohkan dengan gula, kain pelekat, beras, dan projek mee segera. Mereka sudah muak dengan penderhakaan terhadap raja yang memayungi rakyat. Penderhakaan UMNOlah yang mendorong rakyat menghina raja. Anehnya, tidak seorang pun pemimpin UMNO yang dihadapkan ke mahkamah apabila mengina raja, apatah lagi dihukum. Rakyat jelata juga yang terhukum.
Mereka tidak rela lagi dipermain-mainkan dengan apa-apa juga bentuk belanjawan yang hanya tersangkut di pejabat UMNO bahagian. Mereka tidak akan percaya jika UMNO bercakap tentang bantuan kepada rakyat kerana UMNOlah makan kedarah duit rakyat.
Mereka perlukan pemimpin berjiwa rakyat, bukannya pemimpin yang membina istana untuk diri sendiri. Mereka perlukan pemimpin yang mendengar dan menyelesaikan resah gelisah mereka, bukannya pemimpin elit yang sombong. Mereka perlukan perpaduan, bukannya Jawatankuasa Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKP) yang merampas ketenteraman hidup mereka. Mereka perlukan pemimpin yang ikhlas, bukannya pemimpin yang mengungkit-ngungkit setelah melaksanakan tanggungjawab dan berbuat sesuatu supaya rakyat rasa terhutang budi.
PENGUNDI-PENGUNDI DI BUKIT GANTANG!
PENGUNDI-PENGUNDI DI BUKIT SELAMBAU!
PENGUNDI-PENGUNDI DI BATANG AI!
Anda kesampingkan lah ratap tangis UMNO/BN yang palsu itu. Anda alihkan pandangan ke arah masa depan yang cerah. Anda pilihlah pemimpin yang boleh membahagiakan anda. Pemimpin yang tidak gila kuasa. Pemimpin yang sanggup menjadi hamba rakyat. Pemimpin yang merakyatkan ekonomi negeri/negara.
UNDILAH PAS!!! UNDILAH PKR!!!
No comments:
Post a Comment