Tuesday, March 24, 2009

UMNO Terkedu Bila MB Nizar Jadi Calon

Artikel Oleh addin_77

"
Kali ini UMNO terpaksa mengubah perancangan dan strategi mereka dalam PRK Bukit Gantang. Pengisytiharan MB Nizar sebagai calon PAS di Bukit Gantang menjadi igauan buruk buat UMNO. Puak-puak ini mungkin tak menyangka yang MB Nizar akan menjadi calon kerana nama yang kuat bertiup sebagai calon ialah Mat Sabu dan Ustaz Idris sebelum ini.


Pengisytiharan tersebut nyata memberi suntikan moral yang tinggi kepada PAS sebelum mengharungi PRK kali ini. Secara peribadi saya yakin PAS boleh mempertahankan kerusi ini kerana ' track record' MB Nizar sendiri. Ternyata UMNO kalah di pusingan awal apabila tak mampu menyahut cabaran awal apabila Zambry tidak di letak sebagai calon. UMNO tahu, sekiranya Zambry di letakkan sebagai calon mereka terpaksa mengusung keranda terlebih awal.

Pelbagai taktik yang licik akan dimainkan oleh UMNO semasa kempen tersebut. Saya yang bertugas pada 20 Mac lalu di UPU Trong terkena jugak tempias permainan kotor puak-puak yang tak bertanggungjawab apabila membuat provokasi dengan mengedarkan gambar Sultan Perak dan Mufti berbadan anjing di masjid-masjid. Adakah PAS yang memperjuangkan Islam sanggup berbuat demikian?Rakyat yang berfikiran waras boleh menilai sendiri siapa punya angkara.

Apabila Najib Razak mengumumkan tiada pembangunan "mee segera" dalam PRK kali ini, telahan saya semua ini hanyalah omongan kosong. Ternyata perkara ini benar apabila jalan yang menuju ke Pekan Trong telah diturap baru semasa saya melalui ke sana. Ternyata UMNO tidak mampu berubah dan tidak ingin langsung berubah. UMNO tidak langsung belajar dari pengalaman yang lepas. Pasti UMNO pupus selepas PRU ke 13 nanti. Sama-samalah kita tunggu....

No comments:

Search This Blog