| |
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) melihat kenyataan bakal Presiden Umno, Dato' Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya semalam bahawa parti itu mempertaruhkan survivalnya kini adalah sebaliknya. "Bagi Teras pada hakikatnya pernyataan survival Umno sedang dipertaruhkan sebenarnya adalah survival pemimpin-pemimpin Umno itu sendiri . Bukan survival parti , atau ahli , jauh sekali survival bangsa," kata Pengerusi Teras, Mohad Azmi Abdul Hamid. Teras berpendapat dengan ketiadaan arahtuju keIslaman yang jelas dalam Umno sejak ia telah dijangkiti penyakit politik wang, skandal dan mengambil kesempatan untuk melonggok kekayaan ia pasti akan mencipta dan melakar sejarah sebagai parti yang gagal untuk menyelamatkan bangsa Melayu. Lipatan sejarah Umno sudah sarat dengan episod perebutan kuasa dan jawatan, cantas-mencantas dan fitnah-menfitnah, kata Azmi. "Tanpa landasan Islam yang jelas Teras tidak nampak Umno dapat dipulih kerana sejak ia dijadi parti untuk melabur dan meraih dividen dan laba , pasti sejarahnya akan terus kekal sebagai wadah yang telah merosakkan anak bangsa," ujarnya. Bila Najib berkata "Hakikatnya, Umno masih disayangi oleh orang-orang Melayu." bukanlah suatu kenyataan yang benar, kata Azmi. "Malah Umno yang telah memporakperandakan bangsa Melayu dengan pelbagai isu seperti SAR , PPSMI , Tanah Rizab Melayu, meritokrasi , pencemaran budaya adalah antara dosa besar Umno yang menjadi sebab kenapa orang Melayu tidak lagi boleh memberi kepercayaan kepada parti itu," ujarnya. Ucapan Najib aneh bila menyebut 'kembali kepada agama' Aneh setelah sekian banyak pengkhianatan terhadap bangsa Melayu yang telah dilakukan pemimpin Umno baru kini dinasihatkan agar kembali merujuk kepada agama, katanya. Pernyataan Najib bahawa "Sebagai orang Islam, dalam menghadapi kemelut dan pelbagai cabaran, eloklah kita kembali merujuk kepada ajaran agama,". adalah sangat janggal, kata Azmi. Ini kerana landasan agama bukan prioriti bagi pemimpin-pemimpin Umno, sebaliknya yang menjadi keutamaan mereka ialah jawatan, kesenangan dan menyekat sebarang pihak yang mahu mengambil tempat mereka yang selesa itu, katanya. Teras mempersoalkan jika benar yang sedang dipertaruhkan ialah survival Umno itu sendiri kenapa pemimpin-pemimpin Umno terus bersikap angkuh terhadap kemarahan rakyat dan bangsa Melayu bila mereka bangkit menentang PPSMI. "Jika benar survival Umno yang menjadi isu besar kenapa peneraju Umno masih terus tidak mengendahkan teguran ulama yang mengingatkan mereka bahawa hanya dengan melaksanakan Islam secara menyeluruh sahaja akan menyelamatkan bangsa," katanya. Taktik kotor Teras juga melihat janggal apabila Najib meminta perwakilan pemuda, wanita dan puteri menerima realiti kekalahan dalam PRU ke 12, Namun dalam masa yang sama Umno/BN melalui inisiatif beliau terus melaksanakan taktir kotor merampas kerajaan Perak dengan cara yang sangat jelek, katanya. Di samping itu Umno menggunakan pendekatan menafikan hak rakyat lima kerajaan negeri Pakatan Rakyat untuk tidak membenarkan pegawai kerajaan pusat memberi kerjasama penuh kepada kerajaan negeri tersebut, katanya. "Hakikatnya Umno masih tidak tahu bagaimana hendak berperangai sebagai pembangkang walaupun kalah," katanya. _ |
Wednesday, March 25, 2009
Aneh bila Najib bercakap soal survival Umno dan kembali kepada agama - Teras
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Najib nak taubat kut atau nak lagi buat,tapi awas jangan di dengar pada mulut orang-orang munafik.
Post a Comment