Monday, March 23, 2009

Paya Besar patut dimasukkan ke dalam Malaysian Book of Records

Pendapat Oleh adley

" Semua orang sudah tahu bahawa Ketua Menteri dan menantu Perdana Menteri terlibat dengan jenayah rasuah untuk menghadapi pemilih jawatan di dalam Perhimpunan Agung Umno bulan ini.

Walau bagaimana pun, mereka telah menerima hukuman yang berbeza walaupun mempunyai skill kesalahan yang sama. Itu lah Umno. Pun begitu, memandangkan Perlembagaan Umno yang lebih tinggi dari perlembagaan negara. Maka, mereka tidak perlu diserahkan kepada SPRM untuk siasatan lanjutan dan didakwa menggunakan undang-undang warisan penjajah yang mereka mati-mati nak pertahankan itu.

Dalam pada itu, takziah saya ucapkan kepada seluruh pengundi dan penduduk bagi kawasan Parlimen Paya Besar di dalam negeri Pahang.

Ini kerana, kesemua wakil rakyat mereka samada DUN atau Parlimen sudah terbukti terlibat dengan jenayah rasuah ini.

Abdul Manan Ismail (Ahli Parlimen Paya Besar), Md Sohaimi (Adun Sungai lembing), Mohd Zaili Besar (Adun Panching) dan Mohd Shohaimi Jusoh (Adun Lepar) kesemuanya telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno kerana terlibat dengan jenayah rasuah.

Ini menjadikan kes pertama di negara kita dimana kesemua wakil rakyat di dalam 1 kawasan parlimen adalah penjenayah.

Maka, Malaysian Book of Records haruslah mengambil fakta ini kerana ianya kali pertama berlaku di negara kita dan kebetulan sebegini amatlah sukar untuk ditemui walau pun ianya bukanlah perkara mustahil didalam Umno.

No comments:

Search This Blog