Saturday, April 16, 2011

cabaran untuk bloggers UMNO

sebagai seorang ahli PAS, saya merasa bangga untuk menyatakan kepada umum bahawa saya ahli PAS. Bangga kerana dapat bersama-sama berjuang menegakan islam seperti mana yang dituntut oleh allah dan rasulnya, meletakkan al quran dan hadis paling tinggi dari segalanya. undang-undang kenalah ikut al quran, cara hidup mestilah ikut al quran, memerintah negara juga mesti ikut al quran malah perniagaan juga kena ikut al quran.

Menunggu keputusan PRN Sarawak

 Barisan Nasional (BN) Sarawak buat pertama kalinya dalam sejarah politik negeri bumi kenyalang itu menghadapi ujian pahit dan getir dalam pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-10 yang pengundiannyanya diadakan pada 16 April selepas penamaan calon pada 6 April lalu.

Hukum Fizik di Dalam Ibadah Haji


BAGI orang yang memahami hukum  FIZIK dan banyak mengkaji tentang kehebatan Mekah akan menemukan sesuatu yang baru. Penemuan itu menguatkan lagi keyakinan,Islam agama yang datang dari AllahYang Maha Esa. Sekali gus, menjadikan diri semakin dekat kepada pencipta dan terasa kerdilnya diri di sisi Tuhan.

Thursday, April 14, 2011

Pilihan Raya Sarawak - 13 Dun panas, sengit

Oleh: wanibrah

" Pilihan Raya Negeri Sarawak 2011 kali ini sedang menyaksikan 13 Dun panas yang boleh disifatkan panas, persaingan sengit dan sedang merimaskan calon-calon bertanding. Ia diikuti pula dengan enam Dun kelabu bagi Barisan Nasional Sarawak pimpinan Abdul Taib Mahmud. Berikut adalah jadual yang menerangkan secara ringkas fakta tersebut.

Allah Takdirkan Bapa Francissca Peter Mati Dalam Islam


"Alhamdulillah, Allah telah memberi hidayah kepada Mohamad Gaberial Peter Abdullah, untuk memeluk Islam dan insha Allah beliau meninggal dalam keimanan. Seperti yang dipaparkan kebanyakan akhbar hari ini, Mohamad Gaberial Peter meninggal dunia seorang diri di rumahnya di Dungun, Terengganu, pada umur 78, telah memeluk Islam semenjak 10 April 2007 dan disahkan melalui dokumen Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) yang ditemui.

Wednesday, April 13, 2011

Yang pasti PRU 13 berlaku apabila INI berlaku.

"Mungkinkah PRU 13 bulan Jun ini? Apa tanda isyarat atau paras yang bakal dilihat oleh PMNajib untuk bubarkan Parlimen?
Antara faktor yang bakal dilihat oleh Najib ialah keputusan pilihanraya DUN Sarawak.
Apapun, faktor yang yang menjadi puncar besar buat Najib adakan PRU 13 adalah situasi PAS.

Tuesday, April 12, 2011

Angin Perubahan Politik Sarawak Lebih Hebat Dari Tsunami 2008

Angin perubahan yang bertiup kencang di Sarawak dilihat lebih hebat daripada apa yang berlaku ketika tsunami politik pada Pilihan Raya Umum 2008.
Malah menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul, perubahan landskap politik yang bakal berlaku di Bumi Kenyalang itu adalah 1,000 kali ganda daripada apa yang berlaku semasa PRU12.

16 April: Tsunami ke-2 Politik Malaysia


"Gempa bumi dan Puting beliung dikatakan terus melanda Sarawak yang menyaksikan program-program ceramah anjuran Pakatan Rakyat terus mendapat sambutan hebat dan luar biasa.

Malah, jumlah yang hadir dikatakan melebihi daripada jangkaan pemimpin pembangkang sendiri, sehingga penasihat DAP, Lim Kit Siang sebelum ini menyifatkan puting beliung sedang melanda negeri itu.

Monday, April 11, 2011

Dr Mahathir bakal di Tahan?

Keputusan PRU Sarawak adalah sedikit sebanyak bakal mengambarkan bukan hanya masa depan politik Taib Mahmud tetapi juga Najib serta Dr Mahathir. Kesan perubahan yang bakal berlaku akan melanda politik tanahair yang juga bakal menukar tuan dan pentadbir di Putrajaya. Sudah pasti mereka akan berhempas pulas demi memastikan PR takkan menjejakkan kakinya di Putrajaya.

BN dibayangi ‘dilema’, Pakatan mula raih sokongan

Nik Aziz ketika berceramah di kawasan Batu Kawah dekat Kuching malam tadi.
Sementara kempen pilihan raya negeri sudah pun melepasi pertengahan jalan, kehadiran pengikut dan penyokong dalam jumlah berbeza pada majlis dihadiri kedua-dua Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan Barisan Nasional (BN) alami “dilemma” menuju hari penentuan Sabtu ini. Jumlah kehadiran jelas memperlihatkan BN, yang memerintah negeri ini sejak lebih empat dekad lalu, seolah-olah berada dalam “mood” yang berbeza.

Sunday, April 10, 2011

Jangan kata video, DNA juga bukan bukti dalam Islam – Shura


 Kekeliruan dan ketidakpastian dalam tuduhan zina tidak diterima sebagai bukti dalam ajaran Islam sekalipun melibatkan video mahupun asid deoksiribonukleik (DNA), kata Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Samsudin.
“Yang dituntut syariat bukan seperti kain mengelembung untuk mensabitkan seseorang dalam tuduhan berzina tetapi empat saksi yang melihat situasi yang berlaku seperti timba masuk ke perigi.
“Islam menuntut apa yang jelas. Yang tidak pasti, tidak boleh dijadikan bukti kerana boleh menimbulkan kekeliruan, contohnya sampel DNA. Ia juga tidak boleh dijadikan bukti kerana al-Quran tidak menyatakan hal itu.

Search This Blog