Monday, April 11, 2011

Dr Mahathir bakal di Tahan?

Keputusan PRU Sarawak adalah sedikit sebanyak bakal mengambarkan bukan hanya masa depan politik Taib Mahmud tetapi juga Najib serta Dr Mahathir. Kesan perubahan yang bakal berlaku akan melanda politik tanahair yang juga bakal menukar tuan dan pentadbir di Putrajaya. Sudah pasti mereka akan berhempas pulas demi memastikan PR takkan menjejakkan kakinya di Putrajaya.


Dr Mahathir sendiri bukan hanya sekadar sifu politik kepada Najib tetapi ‘nyawanya’ kini menjadi pertaruhan. Skandal, kezaliman, penindasan, rasuah, salah-guna kuasa dan sebagainya akan pasti terbongkar. Rakyat pasti menuntut sebuah keadilan dan tidak melepaskan lezaliman berlalu begitu sahaja. Kecuali Malaikat al-Maut lebih dahulu mengambil nyawanya. Apa yang berlaku di Mesir kini cukup mengelisahkan para pimpinan dan para mantan pimpinan UMNO-BN.

Mantan PM Mesir Ditangkap Atas Tuduhan Korupsi

Cairo - Ahmed Nazif, yang menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri sampai pemerintahannya digoncang kebangkitan rakyat pada Januari baru-baru ini. Beliau ditangkap kini atas tuduhan melakukan rasuah. Berikut menurut kata beberapa sumber pengadilan.

Sumber-sumber itu menyebut bahwa Nazif, yang dipecat oleh mantan Presiden Hosni Mubarak bersama kabinetnya pada 28 Januari dalam usaha untuk meredakan protes yang meningkat tetapi gagal dan akhirnya pemerintahan Hosni Mubarak sendiri digulingkan. Nazif akan ditahan selama 15 hari.

Demonstrasi kini kembali membuak di Mesir khususnya di Medan Tahrir. Para penunjuk perasaan telah bersumpah untuk terus melanjutkan usaha mereka meskipun kini dua orang telah terbunuh dan kematian mungkin meningkat dikalangan mereka yang cedera. Pada hari Jumat lalu, puluhan ribu warga Mesir berkumpul untuk menuntut presiden yang sudah diguling Hosni Mubarak dan kroni-kroninya untuk diadili dan dibicarakan di mahkamah.

Inilah yang menjadi trauma kepada pemerintah dan mantan mereka. Kebimbangan jika mereka diadili dan penjara menjadi tempat istirehat sebelum mati kerana sepanjang pemerintahan mereka telah menjadikan mereka kaya-raya dengan mengambil kesempatan diatas aamanah rakyat. Sebab itulah kini Najib sendiri terpaksa turun dan berkampung ke Sarawak. Ianya juga merupakan tali hayat politik beliau.

Anda dapat bayangkan betapa sibuknya pejabat SPRM dan mahkamah selepas PRU-13 jika UMNO-BN kehilangan kuasa. Siapa pulak yang bakal jatuh dari bangunan SPRM ketika itu?

No comments:

Search This Blog