Saturday, October 8, 2011

Jika Bukan Islam Tolak Hudud, Orang Islam Juga Patut Tolak Undang-Undang Reid



Apabila MCA, DAP dan Gerakan termasuk UMNO menolak hukum hudud yangmana undang-undang tersebut adalah milik orang Islam yang beriman dengan Allah Rasul, maka sebagai kontranya orang Islam juga boleh menyatakan bahawa kita juga menolak undang-undang yang ditinggalkan oleh penjajah dulu kerana ianya tidak ada mengena dengan kita sebagai orang Islam bahkan tidak ada kena mengena dengan rakyat negara ini.

Parlimen Bubar Isnin Ini??



Ada desas-desus yang mengatakan pada hari Isnin, 10 Oktober nanti, Parlimen akan dibubarkan dan pilihanraya akan diumumkan.

Langkah itu mengekori pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Najib Razak, perancangan perbelanjaan yang dikatakan ramai dicipta untuk menarik kembali undi kepada BN. Dan sudah pasti, untuk mengesahkan mandat rakyat ke atas dirinya untuk meneruskan jawatannya sebagai Perdana Menteri keenam itu.

Friday, October 7, 2011

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI


Pohon semua umat islam baca yer, saya dapat maklumat ini dari kawan - kawan, dan tolong tag rakan2 lain, saya x sempat nak tag:
oleh Hawa Lawa pada pada 16hb Ogos 2011 pukul 1.38 ptg
BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA. KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.
SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI

BN Boleh Kalah Dalam PRU13



Barisan Nasional (BN) bukan sekuat yang disangka. Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar yang berkata demikian menjelaskan, BN boleh dikalahkan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) jika pembangkang menggunakan strategi yang betul.

Pada 2008, pembangkang sudah berjaya menafikan penguasaan dua pertiga BN dalam Dewan Rakyat. Ini kali pertama berlaku dalam sejarah negara, BN gagal mengekalkan majoriti dua pertiga.

Thursday, October 6, 2011

Memacu PAS perintah negara pada PRU13



Oleh DATO’ HUSAM MUSA
Naib Presiden PAS
 
Ketika Umno mendekati ajalnya, PAS muncul sebagai parti masa depan dengan pendekatan multi racialnya diambil dari Islam adalah agama universal milik semua bangsa. Ini tergambar dalam cogan PAS - ‘PAS Untuk Semua dan
Negara Berkebajikan.’
“DAN Nabi Ya’kub, (Sebagaimana bapanya) Nabi Ibrahim telah mewasiatkan pesanan itu kepada kesemua anak-anaknya : “Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama yang menjadi cara hidup dan mati ini untuk kamu, oleh itu, janganlah kamu mati kecuali sebagai seorang Islam.”

Wednesday, October 5, 2011

Muslim disaran terus berzikir sebelum tibanya ajal



Oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
SABDA Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Manusia ahli ‘Lailaha Illalah’ tidak akan merasa sunyi dan dukacita ketika dalam kubur dan bangkit darinya, seolah-olah mereka bangun dengan menguis tanah di atas kepalanya dengan berkata; segala puji bagi Allah yang telah menyingkir perasaan sedih dan dukacita daripada hatiku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan tempatku memohon ampun dan bersyukur.” 
Kesepian dan dukacita merupakan bala azab yang menyeksa jiwa manusia, lebih lebih lagi di alam barzah (kubur) yang keadaannya seorang diri.

Sanggupkah Najib Ke Mahkamah Paris ?

MENGIKUT laporan Malaysiakini, Najib boleh disepina ke Mahkamah Paris berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene. Pembelian kapal selam Scorpene ini bukan sahaja dikaitkan dengan rasuah ratusan juta ringgit, malahan dikatakan ada hubungkait dengan kes jenayah iaitu pembunuhan Altantuya.

Tuesday, October 4, 2011

Bukti Allah Itu Ada


Kaum kufar tidak henti-henti berusaha untuk melemahkan generasi muslim, salah satunya dengan menyebarkan ajaran Atheis iaitu satu pegangan yang tidak percayakan Tuhan. Ideologi ini sudah menular sejak kita masih bermain di taman permainan kanak-kanak lagi.

Harga Petrol & Diesel Turun 20 Sen ?



"Kerajaan BN/UMNO APCO bakal menurunkan bahan bakar (petrol dan diesel) sebanyak 20 sen seliter dalam "BACA BAJET 2012"? . Cakap cakap orang politk ada benar atau atau hanya sembang kosong sahaja.
Malah dikatakan Najib, menteri kewangan Malaysia dikatakan akan memberi bonus dua bulan kepada kakitangan kerajaan seramai 1.5 juta orang?. Bagi merealisasikan tranformasi ekonomi negara yang cukup tenat. Dikatakan kakitangan awam bakal merasai gaji yang lebih baik dalam "BACA BAJET 2012".

Monday, October 3, 2011

Bila Mahathir Kata Umno Tumbang, Apa Maknanya ?


Ini kata keramat pemimpin sebenar nombor satu UMNO ; Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar
Maka jelaslah Mahathir telah menyebelahi kem Muhyiddin. Di saat Najib bertungkus-lumus memperbaiki imejnya yang teruk tercalar dan dicalar, Mahathir muncul pada waktu yang paling tepat iaitu menegaskan betapa lemahnya UMNO hari ini. Ia termasuklah bermaksud apa yang dilakukan oleh Najib adalah sangat tidak mencukupi bukan sahaja untuk mengembalikan kegemilangan Umno, tetapi juga belum cukup untuk menjernihkan dirinya sendiri.

Sunday, October 2, 2011

Umno boleh kalah besar jika PRU-13 sekarang


 Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno perlu balik kepada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan tidak lama lagi.
Malah, bekas perdana menteri menegaskan Umno boleh kalah teruk jika pilihan raya umum diadakan pada masa sekarang kerana semangat telah pudar dan “perpecahan masih kritikal.

Pengakuan Zaki buat bicara MB lwn MB tak sah

Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes yang membabitkan krisis perlembagaan Perak perlu dianggap tidak sah ekoran pengakuan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi bahawa beliau tidak terbabit dalam pembentukan panel hakim yang mendengarnya, kata DAP Perak.

Search This Blog