Ini kata keramat pemimpin sebenar nombor satu UMNO ; Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar
Maka
jelaslah Mahathir telah menyebelahi kem Muhyiddin. Di saat Najib
bertungkus-lumus memperbaiki imejnya yang teruk tercalar dan dicalar,
Mahathir muncul pada waktu yang paling tepat iaitu menegaskan betapa
lemahnya UMNO hari ini. Ia termasuklah bermaksud apa yang dilakukan oleh
Najib adalah sangat tidak mencukupi bukan sahaja untuk mengembalikan
kegemilangan Umno, tetapi juga belum cukup untuk menjernihkan dirinya
sendiri.
Belum sempat Najib ingin mengumumkan kenaikkan gaji 30% kakitangan kerajaan, belum sempat Najib mengumumkan kejutan penurunan harga petrol dalam negara barang 40-50sen seliter (baca = gula-gula pilihanraya), Mahathir terlebih dahulu mencelah - tidak membenarkan pilihanraya berlaku sebelum Muhyiddin 'topple' Najib di atas gelanggang yang disediakan Mahathir.
Di
Malaysia ini, barang siapa yang menidakkan Mahathir, dengan erti kata
lain mengatakan tidak kepada Mahathir, maka orang itu akan
ketinggalan dari arus sebenar. Lihat apa yang terjadi kepada Khairy
Jamaluddin? Lihat apa jadi kepada Anwar Ibrahim sendiri, yang
mengambil risiko demi membebaskan negara ini dari punca akar korupsi.
Sebenarnya,
peluang paling baik untuk menumbangkan Umno ialah ketika Mahathir
masih menjadi Perdana Menteri - PRU tahun 1999. Itulah peluang terbaik
kerana menumbangkan Mahathir sebagai presiden Umno umpamanya seperti
menumbangkan kerajaan korup bersama akar tunjangnya. Sekarang Mahathir
bukan lagi presiden Umno, tetapi menjadi entiti yang menentukan
halatuju Umno. Siapa mahu argue dengan Edyes dalam hal ini ?
Dalam
masa yang sama, terfikirkah kita bagaimana caranya untuk menumbangkan
seorang Mahathir yang ketika ini tidak memegang apa-apa jawatan dalam
kerajaan? Ahli Parlimen pun bukan, Ahli Majlis pun bukan. Kita tidak
ada banyak pilihan melainkan menumbangkan Umno sebelum Najib
'diturunkan' tahta. Di situlah tumbangnya seorang Mahathir.
Mahathir
yang berani di arena antarabangsa itu juga punya rasa takut andainya
Umno tumbang dalam hayatnya. Maka oleh sebab itu juga Mahathir terus
menakut-nakutkan Najib dengan ungkapan, 'Najib tumbang jika adakan PRU
sekarang', Sedangkan Najib sudah bersedia dengan skrip Apco RM77juta
setahun secara klinikalnya mula membuahkan hasil. Walaupun tidak
seberapa hasilnya Apco terhadap imej Najib, tetapi percayalah bahawa
Najib merasakan dirinya akan diterima walaupun pada hakikatnya, warga
Felda pun dah mula tolak Najib. Belum lagi dikira perihal Rosmah yang
dilihat masih lagi menyampaikan ucapan raya di TV pada hari raya ke-18.
Mengapa
Mahathir takut Umno kalah? Sudah tentulah Mahathir takut, kerana kita
belum lupa siapa Mr. 10%. Kalau Umno kalah dalam hayatnya Mahathir,
bukan hanya temboloknya sahaja akan disiat-siasat, malah hingga sejarah
kemerdekaan juga akan diperbetulkan. Maka hancurlah Umno hingga ke
ususnya, hingga ke sejarah penubuhannya.
Sudah
pasti Najib lebih takut jika Umno tumbang. Hanya mereka yang pernah
baca buku "Siapa Arah Bunuh Altantuya" keluaran Che'GuBard sahaja yang
akan lebih tahu betapa takutnya Najib, hingga terlepas Tanjung Pagar.
Begitu juga mereka yang sudah mendapatkan buku 'FITNAH' keluaran SAMM
tulisan Edyes dan che'GuBard, pasti mengetahui bagaimana penentangan
bermula, bagaimana Liwat I dan II itu sebenarnya punya skrip yang sama.
Edyes
bukan sahaja gembira dengan apa yang Dr Mahathir ucapkan hari ini,
malah apa yang Edyes percaya dan yakin rupa-rupanya turut diyakini oleh
Dr. Mahathir - Bapa Umno baru. Seorang Mahathir yang bukan mudah untuk
menyatakan "Umno boleh kalah besar jika PRU sekarang!!".
Edyes
juga setuju dan yakin bahawa Umno bukan sahaja akan tumbang jika PRU
sekarang, malah walau bila-bila pun PRU berlangsung Umno tetap akan
tumbang. Sememangnya rakyat sudah meninggalkan politik sempit kepartian
berasaskan perkauman
Hari
ini bukan soal melayu yang terbit dari kalangan orang-orang melayu
kerana mereka seolah-olah telah faham bahawa melayu yang tipu melayu.
Tetapi apa yang lebih difikirkan ialah soalnya bagaimana nak bagi anak
bini makan dalam keadaan di wallet hanya ada 2 ringgit sahaja... 2
ringgit sahaja dalam keadaan barang dapur belum beli lagi...
Terima kasih Mahathir kerana menguatkan hujah serta 'prophecy' betapa Umno akan tersungkur dan Najib adalah PM terakhir Umno bersama-sama berakhirnya teori RAHMAN.
No comments:
Post a Comment