Kaum
kufar tidak henti-henti berusaha untuk melemahkan generasi muslim,
salah satunya dengan menyebarkan ajaran Atheis iaitu satu pegangan yang
tidak percayakan Tuhan. Ideologi ini sudah menular sejak kita masih
bermain di taman permainan kanak-kanak lagi.
Pada tahun 1877, pembangunan Menara Eiffel
di perancis dimulakan dan memakan masa 26 tahun untuk mendirikannya.
Sudah semestinya, sebelum membangunkan menara tersebut, diperlukan
rancangan, plan, dan reka bentuk supaya bangunan dapat berdiri dengan
baik, kuat, dan kukuh. Berat seluruh bangunan ini mencapai 9000 tan,
sedangkan tinggi Menara Eiffel 321 meter dan merupakan bangunan
tertinggi buatan manusia selama 40 tahun.
Rancangan, plan, dan reka bentuk menara eifel ini ditiru dan diilhamkan dari struktur reka bentuk tulang paha manusia yang kecil tapi mampu menampung berat tubuh manusia yang jauh lebih berat dari berat tulang paha.
Tidak mungkin Menara Eiffel ini berdiri sendiri atau tanpa perancangan yang rapi. Menara Eiffel sememangnya dirancang oleh seseorang sehingga hasilnya seimbang dan kukuh seperti yang kita lihat hari ini.
Kepelbagaian
hidupan dari haiwan berorganisma monosel sehingga yang mempunyai
trilion-trilion sel, pelbagai jenis tumbuhan, dan juga manusia. Jumlah
haiwan jauh lebih banyak dari jumlah manusia, kesemua jenis haiwan dan
tumbuhan ini memiliki struktur dan fungsi yang sangat rumit dan sama
sekali berbeza antara satu dengan yang lainnya, sehingga manusia yang
memiliki akal pun tidak dapat menirunya. Kembali pada menara, bangunan,
kendaraan yang megah, semua ini pasti dirancang oleh manusia.
Manusia
hanya dapat meniru hakikat alam yang telah sediaada. Ciptaan hasil
manusia tidak dapat menandingi seperti hasil ciptaan Allah.
Manusia
membuat helikopter dengan meniru struktur dan fungsi badan pepatung,
akan tetapi kemampuan terbang helikopter jauh di bawah kemampuan
pepatung.
Manusia
mengambil contoh tangan manusia untuk membuat Robot Tangan, tapi
kemampuan robot tangan masih jauh dibawah kemampuan tangan manusia itu
sendiri.
Burung
helang memiliki mata yang tajam tajam dengan sudut pandangannya 300°
dan dapat memperbesarkan pandangannya sebanyak 6-8x lebih besar dari
penglihatan normalnya. Ketika terbang pada ketinggian 4300 meter, helang
dapat memantau 30,000 hektar kawasan disekelilingnya. Dari ketinggian
1500 meter, helang dapat melihat gerakan atau perbezaan warna dengan
terperinci untuk menentukan lokasi mangsanya.
Daya
penglihatan yang tajam ini disebabkankan banyaknya sel kerucut peka
cahaya di retina matanya. Sel-sel tersebut menerima cahaya dan
menghantarkan imej tersebut ke otak. Sementara sel kerucut pada manusia
jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan helang. Tentunya semua ini
telah dirancang oleh Allah Sang Pencipta.
Sesungguhnya
aku bertawakkal kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu. Tidak ada satu
binatang melatapun melainkan Allah lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(QS. 11 Huud:56)
Manusia
dapat meniru ciptaan pada lumba-lumba dan kerang untuk dijadikankan
asas idea pada kapal selam, dan meniru kerang laut untuk membuat
porselin, atau meniru ciptaan Allah yang lainnya, tetapi rancangan Allah
tetap jauh lebih baik dibandingkan dengan rancangan manusia.
Seramik Porselin buatan manusia hanya dapat dibuat pada suhu antara 1000°-1500° Celcius, sedangkan kerang laut hanya memerlukan suhu 4° Celcius untuk membuat Porselain yang daya kekuatannya lebih kuat dan lebih tahan dibandingkan dengan seramik Porselin buatan manusia.
Seramik Porselin buatan manusia hanya dapat dibuat pada suhu antara 1000°-1500° Celcius, sedangkan kerang laut hanya memerlukan suhu 4° Celcius untuk membuat Porselain yang daya kekuatannya lebih kuat dan lebih tahan dibandingkan dengan seramik Porselin buatan manusia.
Jika
seramik porselin buatan manusia itu jatuh dan pecah, seramik porselin
tersebut tidak akan dapat memperbaiki dirinya sendiri yang pecah,
sedangkan kerang laut mempunyai sistem badan yang luar biasa sehingga
mampu untuk memperbaiki bahagian kerang yang rosak.
Apakah seramik porselin wujud sendirinya tanpa direka dan dicipta oleh manusia? Bagaimana dengan ciptaan cemhkerang kerang laut yang dapat membaiki dirinya sendiri jika pecah serta jauh lebih kuat, lebih cantik warnanya, lebih indah bentuknya dibandingkan dengan buatan manusia? Siapa yang mencipta nya?
Manusia memang dapat mencipta komposit tiruan untuk bahan polimer yang
dapat memperbarui diri jika rosak, tetapi komposit tiruan buatan
manusia jauh lebih lemah dibandingkan dengan apa yang ada di alam ini.
Kita ambil 1 contoh dari banyak contoh saja iaitu kulit buaya.
Ciptaan
yang sempurna pada haiwan, manusia dan alam ini menunjukan tanda-tanda
kekuasaan Allah sebagaimana diungkapkan di dalam Al-Qur’an:
Dan pada penciptakan kamu dan pada binatang-binatang yang melata yang bertebaran terdapat tanda-tanda untuk kaum yang meyakini.
(QS. 45 Al-Jaatsiyah:4)
Bagaimana
dengan ciptaan yang ada pada berjuta-juta haiwan yang lain diseluruh
muka bumi ini yang memiliki fungsi dan rekabentuk yang berbeza antara
haiwan yang sejenis dan dengan jenis haiwan lainnya?
Adakah ini semua tercipta dan terjadi dengan sendirinya tanpa disengajakan?
Sesungguhnya
dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang,
bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan
apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia
hidupkan bumi sesudah mati-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala
jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara
langit dan bumi; sungguh tanda-tanda bagi kaum yang memikirkannya.
(QS.2: 164)
Otak
manusia terdiri dan tersusun dari sekitar 10,000,000,000,000 saraf,
saraf-saraf ini berhubung antara 1 sama lain melalui 100,000,000,000
sambungan. Jumlah 100,000,000,000 ini adalah jumlah yang jauh diluar
pemahaman kita. Semua maklumat dan data ke otak dan dari otak bergerak
dengan kelajuan yang sangat mengagumkan iaitu pada kelajuan 320 km/jam.
Sel-sel
saraf penghubung otak dan bahagian tubuh lainnya menyerupai jalan lebuh
raya yang membawa maklumat antara tubuh dan otak. Setiap saat, tubuh
kita membawa lalu lintas yang sangat sibuk dan padat didalamnya. Ribuan
aktiviti yang berbeza saling datang dan pergi dari otak hanya dalam
tempoh masa satu saat sahaja. Antara 100,000 hingga 1,000,000 reaksi
kimia terjadi didalam otak kita hanya dalam tempoh 1 minit sahaja.
Ketika
saudara membaca tulisan ini, ratusan maklumat sedang keluar masuk
antara otak dan otot saudara setiap 0.001 detik. Ratusan pesan ini
meliputi informasi tentang apa yang saudara lihat, baca, memahami apa
yang saudara baca, degupan jantung, bernafas, kedipan mata, pertumbuhan
rambut kepala, menghidu persekitaran dan pendengaran telinga.
Untuk
menjelaskan perincian 1 kegiatan yang dilakukan oleh otak, saudara
memerlukan berjuta-juta halaman kertas untuk menerangkan tindak balas
kimia ini. Bagaimana jika 100,000 kegiatan berlaku dalam 1 saat? Berapa
juta helaian kertas yang saudara perlukan untuk menulis semuanya dalam 1
saat saja?
1 kesalahan di dalam tindak balas kimia ini mengakibatkan ketidak imbangan kegiatan tubuh saudara. Namun Allah telah menciptakan manusia dengan sempurna, dan sebagai balasan hendaklah kita bersyukur pada Allah yang telah menciptakan dan memberi kita nikmat yang tak dapat dihitung oleh manusia.
10 trilion saraf otak
Dapatkah
kita membuat susunan kabel elektrik yang berjumlah 10,000,000,000,000
kabel tanpa terdapat sedikitpun kesalahan selama bekerja 24 jam sehari
tanpa henti sepanjang masa? Adakah ini semua tidak memerlukan
perancangan?
Bagaimana
pula dengan penciptaan anggota badan yang lainnya seperti mata,
jantung, kulit, paru-paru, hati, telinga, lidah, saluran pencernaan,
tulang, otot, sendi, saraf dan lain-lain anggota? Adakah ini juga tidak
memerlukan perancangan? Siapa yang merangcang semua ini?
Hai
manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu terhadap Tuhanmu Yang
Maha Pemurah. Yang menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan
menjadikanmu seimbang dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, dia
menyusun tubuhmu.
(QS.82: 6-8)
Maka nikmat dari Tuhan manakah yang kamu dusta-kan?
Demikian
itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada tuhan selain Allah; Pencipta
segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Allah adalah pemelihara segala
sesuatu.
(QS.6 Al-An’am:102)
Dalam
Al-Qur’an, manusia diciptakan dengan sempurna termasuklah keseimbangan
tubuhnya. Dengan akal kita, janganlah kita hendak disamakan dengan
haiwan yang tidak memiliki akal. Manusia dahulunya tidak pandai membuat
pesawat, tetapi sekarang mampu untuk mencipta pesawat yang merentasi
antara benua dan bahkan mampu membuat pesawat yang bergerak ke luar
angkasa dengan menggunakan kawalan jauh.
Sedangkan
monyet, yang dikenali sebagai monyet sejak dari dulu lagi tetap tidak
malu bertelanjang bulat tanpa baju, hanya bertepuk tangan dan diberi
makan pisang atau kacang oleh manusia. Tidak pernah wujud monyet yang
dapat mencipta mahupun meniru kapal terbang atau roket angkasa.
Oleh sebab itu, janganlah kita sebagai manusia disamakan dengan binatang.
Pengkhotbah
3:19 Kerana nasib manusia adalah sama dengan nasib binatang, nasib yang
sama menimpa mereka; sebagaimana yang satu mati, demikian juga yang
lain. Kedua-duanya mempunyai nafas yang sama, dan manusia tidak
mempunyai kelebihan atas binatang, kerana segala sesuatu adalah sia-sia.
(Christian Bible, King James Version, Ecclesiastes 3:19)
Begitu
pula dengan alam semesta termasuk dengan segala isinya, bumi, matahari,
bulan, air, udara, tanah, atmosfera, manusia, haiwan, tumbuhan, dan
seluruh alam semesta raya ini terdapat keseimbangan, kesempurnaan,
saling melengkapi dan ketelitian di setiap sudut.
Tidak
mungkin alam semesta dan segala isinya ini wujud secara tiba-tiba tanpa
pencipta, padahal alam semesta, haiwan, tumbuhan dan manusia sendiri
memiliki struktur dan fungsi yang jauh lebih rumit dan jauh lebih sulit
daripada struktur Menara Eiffel atau ciptaan lain buatan manusia.
Penciptaan
alam ini memerlukan kekuatan yang Maha Kuasa untuk menciptakannya dan
Yang Maha Kuasa itu haruslah terdiri daripada 1 tuhan sahaja kerana
tidak mungkin wujudnya 2 Tuhan, apatah lagi 3 Tuhan bekerja sama dengan
makhluk ciptaan-Nya dalam membangunkan alam semesta ini.
Semua
ukuran di alam semesta ini telah dibuat dengan ukuran yang amat teliti
dan tepat. Jika terdapat kekurangan atau kelebihan sedikit pun, ini akan
mengakibatkan bencana yang luar biasa. Dapat dibayangkan jika terdapat 2
tuhan yang memiliki 2 perancangan yang berbeza? Tentu planet-planet,
bintang-bintang dan segala isinya akan berlaga. Dengan akal yang kita
miliki, kita dapat memastikan bahawa tuhan itu hanyalah satu.
Indah dan tersusun ciptaan Allah
Dan
Allah telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan
Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran. Dan Allah telah
menjadikan untukmu di bumi keperluan-keperluan hidup, dan
makhluk-makhluk yang kamu sekali-kali bukan pemberi rezeki kepadanya.
Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kami-lah khazanahnya; dan
Allah tidak menurunkannya melainkan dengan ukuran tertentu.
(QS.15:19-21)
Yang
kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, dan Dia tidak mempunyai
anak, dan tidak ada sekutu bagi Allah dalam kekuasaan, dan Dia telah
menciptakan segala sesuatu, dan dai menetapkan ukuran-ukurannya dengan
serapi-serapinya.
(QS.25:2)
Allah
berfirman: “janganlah kamu menyembah tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan
Yang Maha Esa, maka hendaklah kepada-Ku saja kamu takut”.
(QS.16 An-Nahl:51)
Jelas
sekali bahawa Allah itu Maha Teliti dalam menghitung kesemua
ciptaannya, tidak mungkin Allah tersalah hitungan dalam matematik atau
yang lebih rumit seperti gabungan antara fizik, kimia, biologi bahkan
dalam segalanya.
Berbalik
kepada kata-kata “ukuran yang serapi-rapinya, ketelitian dan
kesempurnaan”, bagaimana kesalahan bilangan dan matematik di dalam
alkitab Kristian? Adakah beberapa kesalahan hitungan dari beribu-ribu
kesalahan di dalam alkitab Kristian adalah dilakukan oleh Tuhan?
Fikirkanlah
segala sesuatu yang telah diberikan oleh Allah kepada saudara. Saudara
tinggal di bumi yang telah dirancang dan diciptakan khusus untuk kita.
Kita tidak melakukan apapun untuk lahir ke dunia ini, dan kita tidak
melakukan apapun diantara perjalanan alam semesta ini. Kita sekadar
lahir, membuka mata dan mendapati kita berada ditengah-tengah segenap
kenikmatan alam.
Kita
dapat melihat, mendengar, merasa, mencium, mengecap rasa atas kehendak
Allah yang menciptakan kita. Dan Allah tidak meminta wang untuk menyewa
tubuh ini, meminta bayaran atas oksigen yang kita hirup, meminta bayaran
di atas air, makanan dan tanah yang kita gunakan. Allah hanya meminta
kita bersyukur, dan sebetulnya rasa syukur ini untuk kebaikan diri dan
jiwa kita sendiri.
QS.16
An-Nahl:78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan
tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran,
penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.
Rasa
syukur kita kepada Allah ini untuk kebaikan kita sendiri, dan Allah
tidaklah pernah menarik rasa terima kasih dari manusia kerana meskipun
seluruh manusia ingkar dan derhaka kepada Allah.
Dengan
akal, janganlah sampai kita keliru menyembah Tuhan. Jika kita keliru
menyembah Tuhan tanpa berfikir menggunakan akal terlebih dahulu, ini
bererti kita tidak tahu berterima kasih kerana kita telah diberikan akal
namun tidak digunakan, kita telah diberi banyak sekali nikmat namun
kita keliru dalam berterima kasih kepada yang bukan Tuhan.
Bersyukurlah atas segala nikmat yang tidak terhingga
QS.5
Al-Maa’idah:116. Dan ketika Allah berfirman: “Hai Isa putera Maryam,
adakah kamu mengatakan kepada manusia: “Jadikanlah aku dan ibuku sebagai
dua orang tuhan selain Allah?”. Isa menjawab: “Maha Suci Engkau,
tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hak-ku (mengatakannya).
Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada
pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib”.
1 comment:
Artikel menarik Syeikh...itulah hakikat kebesaran Allah S.W.T. yang kekal abadi bukan kekusaan manusia yang hanya semenytara spt b-end...kahkahkah!Takbirrrr...
Post a Comment