Monday, March 23, 2009

Mohd Ali sepatutnya ikut jejak langkah Fairus - Husam


Ketua Menteri Melaka, Dato� Seri Mohd Ali Rustam seharusnya mengikut jejak langkah Mohd Fairus Khairuddin yang meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang bagi memantapkan lagi kedudukan parti.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, pemimpin Umno seharusnya mempelajari tindakan berani dilakukan pemimpin Pakatan Rakyat sehingga sanggup melepaskan jawatan biar pun tiada masalah besar berlaku.

"Jawatan bukan sesuatu perkara �mutlak yang perlu diwarisi �sampai bila-bila. Fairus tidak mempunyai masalah namun boleh melepaskan jawatan.. tak kan Ali yang terang-terangan melakukan kesalahan rasuah tak boleh letak jawatan.

"Umno kena belajar daripada pemimpin Pakatan Rakyat yang jauh lebih bertanggungjawab," katanya kepada pemberita di pejabatnya semalam.

Beliau ditemui selepas menyampaikan kerusi roda elektrik kepada pelajar cemerlang spastik peringkat kebangsaan Hashim Mohammad, 20 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2008. Beliau mendapat 2A dan 3B.

Baru-baru ini Fairus meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 dan anggota Exco kerajaan Pulau Pinang. Perletakan jawatan itu dimaklumkan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng. �

Mengulas isu kerajaan perpaduan katanya, ia tidak semestinya memerlukan kerjasama antara PAS dengan Umno, sebaliknya ia boleh dilaksanakan tanpa penglibatan parti berkenaan.

Beliau berkata, walau pun tanpa kehadiran Umno, kerajaan perpaduan dapat dibentuk.

"Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara, kerajaan sedemikian boleh diwujudkan tanpa kehadiran Umno.

"Kita jangan ingat bila sebut saja soal perpaduan atau kerajaan perpaduan mesti ada penglibatan Umno, itu tidak betul bahkan sekiranya Umno runtuh, tidak semestinya kerajaan itu tidak dapat dicapai," ujarnya.

Beliau berkata, perbezaan pendapat mengenai sesuatu perkara merupakan perkara biasa berlaku dalam mana-mana parti.

No comments:

Search This Blog