Pada
awal penyenaraian saham kelab bola sepak terkenal, Manchester United.
Mereka beranggapan dengan penjualan saham di bursa saham boleh
mendekatkan pasukan itu dengan peminat dari pelosok Britain. Benar, 10
tahun pertama penjualan saham hanya berlegar di kalangan pemegang saham
dari peminat tetapi 15 tahun kemudian, sedikit demi sedikit saham itu
dipegang oleh pelabur asing, sehinggalah pada lewat tahun 2000, peminat
Manchester United kecewa kerana kelab tersebut akhirnya dimiliki oleh
pelabur Yahudi. Yang paling malang mereka akan menanggung hutang akibat
pembelian saham yang menggadaikan semula kelab tersebut kepada bank.
Penjualan tiket meningkat hampir 30% dan pelbagai pendekatan bermotifkan
keuntungan diambil oleh pemilik baru untuk membayar kembali kos
pembelian mereka.
Apabila sesuatu syarikat
mengeluarkan saham baru di pasaran terbuka, syarikat itu perlu
menyenaraikan harta dan aset syarikat untuk menunjukkan keupayaan
syarikat dan meyakinkan pelabur (pembeli saham baru) dan siapa sahaja
boleh membeli saham tu sekiranya dia ada duit dan berminat untuk
melabur. Orang asing dari Amerika Syarikat pun boleh beli saham
tersebut.
Selepas dijual di pasaran
terbuka, maka pemegang saham dianggap memiliki syarikat itu. Pada
permulaan, syarikat akan mendapat modal yang banyak apabila menjual
saham-saham tersebut. Modal ini boleh digunakan utk apa saja kegunaan
syarikat dan tidak mustahil dihabiskan, apatah lagi tidak dimaklumkan
perancangan yang bakal dibuat selepas memperolehi pelaburan dari pasaran
terbuka. Saham yg didagangkan kemudian dari jualan pertama hanya lah
memberi keuntungan kepada pemegang saham berikutnya, bukan lagi kepada
syarikat. Kerana keuntungan atau kerugian dari penjualan berikutnya
tidak memberi kesan pada modal syarikat. Lumrah alam, tiada saham yg
tidak mampu dibeli, kerana org yang berduit mampu membeli saham-saham
tersebut.
Pemegang saham yang memiliki
saham paling besar adalah berkuasa. Masalah timbul jika pemegang saham
(terbesar) substiantial, tidak lg memikirkan manfaat peneroka-peneroka.
Sudah tentu mereka memikirkan apa keuntungan yang mereka boleh dapat
dari pelaburan ini. Mereka buleh membuat apa saja terhadap asset
syarikat. Mereka boleh menjual, memajak dan menyewakan tanah tersebut.
Peneroka juga tidak mustahil akan dihalau atau mungkin menjadi buruh di
tanah yang dulu milik mereka sendiri.
Mungkin kita boleh fikirkan jika
petronas dijual di pasaran terbuka, siapa yang mampu membeli Petronas?
Jika dulu KFC milik bangsa bukan Melayu pun boleh dibeli oleh pelabur
Melayu, tidak mustahil pelabur Yahudi boleh membeli saham Felda.
Terdapat banyak kaedah untuk membeli saham secara diam-diam. Apabila
berjaya mendapat jumlah tertentu baru lah pemilik sebenar akan muncul.
Tanyalah Stan Kroenke dan Malcom Glazer bagaimana mereka menggunakan
kedudukan mereka dengan saham yang kecil di dalam kelab Arsenal dan
Manchester United walaupun pada awalnya kelab bolasepak ini adalah
syarikat awam yang disenaraikan di bursa saham. Sedangkan kelab-kelab
bola ini pun mampu dibeli. Inikan pula Felda.
Cara yang paling mudah ialah
menggunakan proksi untuk membeli saham awalan (IPO) yang dijual,
Kemudian jumlah saham akan dibeli sedikit demi sedikit menggunakan
pelbagai proksi. Ianya sukar dikesan, sudah tentu jika dilihat dari
permukaan kita tidak akan dapat mengesan proksi-proksi ini. Ianya hanya
akan terdedah apabila pelabur sebenar muncul dengan memiliki
sekurang-kurangnya 30%. Pada kebiasaanya jumlah 30% diperlukan untuk
menwajibkan baki 70% dijual kepada pemegang saham (compulsory
acquisition). Tidak penting berapakah harga yang perlu dibayar kerana ia
mampu dibayar, yang kita perlu fikirkan akan tergadaikah tanah-tanah
peneroka kelak. Pada ketika itu tiada apa yang mampu menghalang sebarang
tindakan pemilik, kerana dia berhak sepenuhnya.
Tentulah orang yang
bertanggungjawab menyenaraikan Manchester United tidak terfikir 20 tahun
kemudian kelab ini akan dimiliki oleh pemilik Yahudi. Dan siapa boleh
tahu 20-30 tahun lagi siapakah pemilik Felda? Sama ada pelabur Yahudi,
Russia, China, Latin, Iran, Arab, mafia Itali, tak siapa yang tahu.
Dalam dunia pelaburan pasaran terbuka, siapa yang memiliki wang, dialah
raja.
Mungkin Isa Samad dan Najib
Razak tidak sempat untuk melihat siapakah pemilik Felda 30 tahun akan
datang, tetapi orang-orang Felda 30 tahun lagi akan menyesali tindakan
ini. Dan tidak mustahil kita akan rasa diperbodohkan seperti mana kita
melihat perjanjian jual beli air Johor dan Singapura sedekad yang lalu.
1 comment:
la ni aset felda apa tanah dan kilang sawitnya kalau nak senarai fgv aset fgv adakat mana kalau tak ada harta atau business buat apa nak senarai lagi pun selama ni siapa yang berniaga felda ke fgv kalau takat nak senarai supaya mat isa and kroni dapat panggu baik tak payah lagi npun mak bapak dia bukan pun peneroka yang pegang kapak dan cangkul tanah felda
Post a Comment