"Kerajaan Umno-BN Malaysia perlu mengambil pengajaran agar dapat mengelak kekecohan seperti yang berlaku di Tunisia dan Mesir di mana rakyatnya kini bangun menentang kerajaan yang zalim terhadap rakyat.
Dalam satu majlis 'Hi Tea' Di Dewan Khow Chow, Ulu Bernam petang semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan punca rakyat bawahan bangun menentang kerajaan Tunisia dan Mesir adalah kerana tekanan berterusan akibat ekonomi dan politik yang tidak adil.
Beliau berucap di hadapan kira-kira 300 hadirin, tindakan kerajaan Umno-BN menafikan dewan masyarakat dan lain-lain tempat awam kepada pihak PR untuk mengadakan ceramah merupakan satu contoh tekanan politik.
"Aneh jugalah, di Malaysia ini bukan nak buat apa, nak ceramah pun susah. Dia tak belajar, dia tengok Tunisia, Mesir belum dapat belajar lagi. Yang dia kata itu semuanya lain. Dia kalau belajar perkembangan Tunisia, Mesir, puncanya inilah, tekan orang, zalimkan orang, hina suku kaum, bakar gereja," kata beliau.
Beliau berkata, tindakan berat sebelah dan zalim sebeginilah yang menyebabkan rakyat terutamanya golongan miskin bawahan serta suku kaum dan agama lain di Mesir meluahkan kemarahan mereka di jalanan,
Katanya lagi, di Tunisia pula, kerajaan pimpinan presidennya membolot segala harta dan kekayaan negara untuk anak isterinya dan pada masa yang sama rakyat tidak dibela hingga ada yang membunuh diri tidak dapat menahan tekanan hidup.
Beliau seterusnya berkata, perbandingan ini hanyalah untuk menjelaskan punca derita dan sengsara seorang rakyat sebuah negara yang kaya, Tunisia hinggakan ramai lagi terkorban dan barulah kerajaan menunjukkan sedikit perubahan...
1 comment:
Mengapa rakyat memeberontak beb !. Mereka berontak kerana presiden itu terlalu lama memerintah tidak mahu turun-turun rakyat dah bosan beb !. Rakyat tidak berubah, kemiskinan, pengangguran berada dimana dengan kadar yang tinggi. ek..
Samalah diKelantan Nick Aziz lama sangat pegang jawatan beb. Rakyat dah mula bosan kerana tidak bawa apa-apa perubahan jelas beb.Ek.. Nik Aziz perintah kelantan lebih 20 tahun. Sekarang yang dekat-dekat keliling dengan dia jer yang minta dia terus beb !
Beberapa orang El Baradei telah bangkit melalui pondok sudah bising beb !. Depa kata terlalu lama jadi mengarut dan kering idea beb !. ek..
Posted by RUMAH KACA
Post a Comment