Penyokong-penyokong PAS dari kalangan bukan Islam turut serta dalam program Usrah Mingguan PAS Kawasan Bagan Datoh yang diadakan di markaz PAS Kawasan Selekoh baru-baru ini. Jarang-jarang sekali, dalam program dalaman PAS yang bebentuk pengisian dalaman dihadiri oleh orang-orang bukan Islam. Tetapi di Bagan Datoh, markaz PAS yang dijadikan pusat kegiatan parti termasuk Usrah Mingguan turut juga dihadiri oleh penyokong-penyokong PAS dari kalangan Cina dan India.
Biasanya program usrah bermula dengan solat berjamaah, bacaan ma'athurat, pembentangan teks usrah menggunakan buku-buku tertentu atau kertas-kertas kerja tertentu, dibentang oleh naqib dan diperbincangkan, mengulas isu-isu semasa dan membincangkan program-program semasa. Ia dihadiri oleh pimpinan dan ahli-ahli PAS.
Kali ini, penyokong PAS dari masyarakat Cina dan India turut hadir, mereka duduk bersila, mendengar kupasan-kupasan ayat-ayat al Quran dan Hadis oleh YDP Kawasan Bagan Datoh yang memimpin usrah pada malam itu. YDP menggubah sedikit pendekatan agar ia lebih kepada bentuk dakwah. Mereka mendengar dengan penuh minat.
Dalam usrah tersebut, persoalan Kerajaan Perpaduan turut disentuh kerana ramai yang ingin mengetahuinya. Alhamdulillah penjelasan yang diberikan oleh YDP melegakan semua yang hadir termasuk penyokong-penyokong PAS dari masyarakat Cina dan India. Mereka berpuas hati dengan penjelasan tersebut.
Program Usrah Mingguan PAS yang dihadiri oleh bukan Islam turut dilaporkan oleh wartawan Sinar Harian dalam keluaran hari Jumaat semalam. Kebetulan beliau yang juga penyokong PAS hadir dalam program Usrah tersebut. Mereka cukup tertarik dengan program usrah dan pengisiannya malam itu, dan mereka berhasrat ingin mengikuti setiap kali ada usrah.
Ini adalah satu perkembangan yang baik, mudah-mudahan dengan penyertaan mereka dalam usrah PAS, bukan sahaja semangat untuk bersama PAS bertambah kuat, bahkan semuga mereka akan mendapat hidayah untuk beriman dengan aqqedah kita. Insya Allah.
Monday, June 22, 2009
USRAH PAS BAGAN DATOH TURUT DIHADIRI ORANG BUKAN ISLAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Alhamdulillah...dakwah boleh disampai dengan pelbagai metodelogi...teruskan usaha sesungguhnya Allah akan memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya...
Menitis airmata saya membacanya.
Semoga mereka semua mendapat hidayah dari Allah
Salam
Fred
alhamdulillah, mereka inilah mualaf.Bukan dr Khalil idham lim atau Ridzuan Tee.dua orang ni dah masuk golongan orang alim.
satu peristiwa yang menakutkan UMNO Be End
KOOL... HARAP LEPAIH NI LAGI RAMAI MENERIMA HIDAYAH..
seorang cina bukan islam bgtau saya, kita mau orang yg boleh jadi imam dilantik sbg pemimpin...tersentuh nya hati...
UMNO/BN lah telah memburukan image Islam di Malaysia selama ini... mereka kata pada kaum bukan Islam.. Islam itu bahaya, nanti lu olang tidak boleh main judi lagi, nanti lu olang punya tangan dan jari putus, nanti itu kuil dan gereja kena roboh, lu olang kena paksa puasa dan mesti sembahayang 5 waktu... dll bermacam macam lagi. Pernah dalam kempen BN tulis, jika sokong PR ertinya sokong PAS, jika sokong PAS ertinya sokong potong tangan.... laknatullah betui...
tetapi orang UMNO mengaku mereka penegak Islam..????????
salam.
ALLAH HU AKBARRR !!!
inilah cawangan contoh.....
harap usrah sebegini dapat di luaskn lagi ke semua cwngan pas seluruh malaysia.
Tu belum lagi Islam memerentah Malaysia,orang Cina dan India yang belum Islam cuba mendekati diri mereka dengan kesymukan Islam.
Apa kiranya selepas Malaysia merdeka UMNO melaksanakan perlembagaan Islam,mungkin hari ini kita dapat lihat berduyun-duyun bukan Islam memeluk Islam,tapi pakan daya pemimpin UMNO dari dulu kini dan selamanya tidak berjiwa Islam dan tidak ada pucuk pimpinanya yang benar-benar beriman dan bertaqwa kepada Allah,bahkan mereka takut apabila desebut untuk melaksanakan undang-undang Islam walaupun untuk pengikut Islam sahaja.Juga menakut-nakutkan bukan Islam dari memahami dan mendekati Islam.
Pemimpin UMNO termasuk mereka-mereka berkelulusan Agama Mesir dan sebagainya tidak melaksanakan perentah Allah dalam Surah Taubat ayat 6 berrmaksud 'dan sekiranya ada orang musyrik minta perlidungan (bersekongkol atau berada di kalangan kamu) berilah perlindungan sehingga mereka 'musyrik' mendengar kalam Allah (al-Quran).........kerana mereka adalah kaum yang tidak mengerti.
Mereka,pemimpin UMNO dan pengikutnya juga tidak menghayati Firman Allah bermaksud , Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah,Allah akan bukakan kepadanya jalan keluar dan memberikan rezeqi yang tidak diduga.
Ayat di atas hanya menjadi perhiasan dinding di pejabat atau di rumah sahaja tanpa melaksana dan menghayatinya.

Post a Comment