Sebagaimana yang dijangka, semua media arus perdana di bawah telunjuk Umno-BN hari ini telah merujuk kepada jumlah pengundi rendah pada pilihan raya kecil Penanti sebagai bukti rakyat menolak pilihan raya itu. Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pula berkata calon PKR Mansor Othman sepatutnya mendapat sekurang-kurangnya mendapat 10,000 undi susulan keputusan Umno untuk tidak bertanding. Muhyiddin mendakwa undi untuk PKR berkurangan berbanding dengan pilihan raya umum lalu, malah keputusan itu menunjukkan UMNO tetap kuat di Penanti. Jika itu benar, maka bertambah lagilah keputusan UMNO untuk tidak bertanding, tidak masuk akal. Sebagai Menteri Pelajaran, Muhyiddin seharusnya mempunyai kemahiran mengira yang lebih tinggi daripada analisisnya mengenai keputusan Penanti. Hakikat ialah calon PKR memperolehi majoriti yang LEBIH BESAR, iaitu 5,558 undi, berbanding 2,219 undi yang diperolehi oleh rakannya Mohamad Fairus Khairuddin pada pilihan raya umum lalu. Dalam ertikata lain, Mansor memperolehi hampir 90 peratus daripada keseluruhan undi semalam, mengakibatkan kesemua tiga calon bebas (termasuk seorang wanita yang mendapat sokongan terang-terangan Umno) hilang wang deposit mereka. Muhyiddin tentunya akur bahawa angka 5,558 (Mansor) adalah lebih BESAR daripada 2,219 (Fairus). Persoalannya cuma sama ada Timbalan Perdana Menteri jujur untuk mengaku sedemikian tanpa mengaburi fakta dengan andaian sendiri yang sukar diterima. Justeru yang seharusnya jadi persoalan ialah mengenai peratusan pengundi yang rendah pada pilihan raya kecil Penanti iaitu kira-kira 46.15 peratus. Yang bingkas mengisytiharkan jumlah itu yang paling buruk dalam sejarah negara tidak lain dan tidak bukan Pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof. Namun beliau berdiam diri dan berpeluk tubuh apabila berhadapan dengan tindakan pemimpin seperti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang menggesa orang ramai tidak keluar mengundi. Apakah kenyataan Khairy tidak bercanggah dengan Akta Pilihan Raya dan bukankah ia mencabuli Akta Hasutan negara ini?. Adakah pemimpin Pakatan Rakyat boleh membuat gesaan yang serupa tanpa sebarang reaksi daripada SPR dan polis.? Tidak dapat dinafikan peratusan mengundi merosot di Penanti, pada kadar lebih tinggi berbanding pilihan raya kecil yang lain. Namun tidak juga dapat dinafikan bahawa dakwaan-dakwaan pengundi dipancing dengan percutian percuma dan duit belanja ke Thailand menjelang hari pembuangan undi ada asasnya. Begitu juga dengan tangan-tangan tersembunyi yang menganjurkan jamuan makan terbuka pada hari mengundi bagi mengalihkan tumpuan penduduk Penanti. Bagaimanapun taktik-taktik murahan itu tidak berjaya. Ramai pengundi yang menjadi penyokong kuat Pakatan Rakyat keluar untuk menunaikan tanggungjawab mereka, sesuai dengan amalan demokrasi yang termaktub dalam perlembagaan. “Walaupun PKR berhadapan dengan fitnah jahat serta aparat kekuasaan yang berhasrat mengikis sokongan rakyat, namun segala usaha mereka (Umno) menemui jalan buntu,” kata Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim. “Alhamdulillah dalam jangka masa 14 bulan ini, tiga kali pengundi Penanti menghadapi pilihan raya, dan masih tetap tidak berganjak untuk menyokong agenda perubahan Pakatan Rakyat,” kata Anwar. “Keputusan pilihan raya kecil ini membuktikan Keadilan masih mendapat sokongan majoriti penduduk Penanti,” tambah Anwar. Najib, Muhyiddin dan semua sekutu mereka harus berhati terbuka dalam menerima keputusan bahawa 90 peratus pengundi yang keluar mengundi di Penanti TIDAK menolak PKR tetapi memberi sokongan penuh untuk parti itu bersama Pakatan Rakyat. Apa yang perlu dilakukan oleh Najib dan Muhyiddin sekarang ialah melengkapkan Umno untuk berdepan dengan pengundi Melayu di Manek Urai dan cuba membuktikan Umno masih relevan kepada rakyat. |
Tuesday, June 2, 2009
Apabila menteri tidak pandai mengira
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Tak pa la hang pa menang , baguih la dan tahniah . Lepas ni kerja la baik2 . Jgn la rasuah2 lg ,skandal itu la ,skandal ini la . Jaga rakyat tu baik2 . Rakyat ni mudah tersinggong ,salah sikit aja rakyat sudah terasa . Dan, nak pesan sikit , lepas ni jgn la letak jawatan lagi .Tak bolih nak buat kerja lain dah asyik nak memangkah saja . Kalau rasa nak belajaq lagi ,tunggu sampai PRU 13 ,lepas tu baru pi belajaq .
Muhyidin kira ikut kaedah lain, hang kira kaedah lain, nak kena ajaq ka hampa ni, tu la cikgu suruh belajaq hampa dok mengumpat, la ni dah tak berapa pandai nak salah kan sapa??? hish...
Muhyidin siang malam asyik mengira seperti yang disebut oleh Anon 8.28 tu sebab muka dia sembab.essembsur
Post a Comment