Kata Menteri Kerjaraya, Dato' Shaziman Abu Mansor bumbung stadium runtuh memalukan negara. Bagi Menteri Besar Kelantan pula runtuhnya bumbung stadium petanda kerajaan Barisan Nasional (BN) akan jatuh. "Apa yang berlaku di Kuala Terengganu itu sebagai menandakan kerajaan BN akan runtuh tidak lama lagi," kata Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini semalam. Pagi kelmarin bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang bernilai RM292 juta runtuh menghempap bumi. Sedangkan stadium itu baru dirasmikan hampir setahun lalu. Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, amat tidak lojik stadium berkenaan yang hanya baru dibina setahun lalu boleh runtuh kalau ditengok dengan kos pembinaannya sehingga RM292 juta. Menurut beliau tentunya ada sesuatu yang tidak betul dilakukan semasa pembinaannya sehingga menyebabkan strukturnya kurang kukuh. "Tentu ada sesuatu yang berlaku di sebalik keruntuhan itu, orang lain buat stadium berpuluh tahun tahan, kita buat tak sampai setahun boleh runtuh, piramid di Mesir dah beribu tahun tak runtuh sampai sekarang. "Ini tentunya buat stadium lebih pasir daripada simen ni, kalau tak, tentu perkara strukturnya tidak mudah runtuh," ujarnya. Mengenai calon PAS di pilihan raya kecil Dun Manek Urai, beliau berkata, ia sudah ditentukan Perhubungan PAS Kelantan dan akan diumumkan menjelang pilihan raya kecil berkenaan diadakan |
Thursday, June 4, 2009
Bumbung stadium runtuh petanda kerajaan BN hampir jatuh - Nik Aziz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment