Thursday, June 4, 2009

Benarkah UMNO/BN Punya Majoriti di DUN Perak?

Pilihanraya adalah salah satu cara untuk memberi peluang kepada rakyat untuk memilih sebuah parti politik bagi menerajui sesebuah negeri atau Negara. Semua rakyat diberi peluang dengan cara mengundi parti manakah yang mereka rasakan sesuai dan mampu untuk membela nasib mereka dan dapat memberikan keadilan yang berpanjangan. Rakyat tidak peduli siapa calun yang mewakili parti tersebut, yang paling utama bagi mereka ialah parti itu sendiri.

Di Perak contohnya seperti Di Dun Behrang, Changkat Jering dan Jelapang, rakyat diketiga-tiga kawasan Dun tersebut telah meluahkan isi hati mereka dan dengan jelas dan terang telah memilih Parti yang mewakili Pakatan Rakyat untuk mewakili mereka. Mereka menolak parti lain samada yang menggunakan lambang dacing atau yang lainya. Ini secara tidak langsung, pengundi di ketiga-tiga kawasan tersebut dengan majority telah memberi amanah kepada calun yang mewakili Pakatan Rakyat.

Oleh itu, sekiranya wakil-wakil rakyat tadi melompat ke parti lain setelah menang, maka dengan sendirinya mereka bukan lagi wakil rakyat bagi ketiga-tiga kawasan tersebut. Mereka tidak boleh lagi mendakwa sebagai wakil rakyat di kawasan itu dan mereka tidak boleh masuk ke Dewan Undangan negeri atas kapasiti sebagai wakil rakyat ketiga-tiga kawasan itu kerana pengundi di ketiga-tiga kawasan itu hanya memberi amanah dan tanggungjawab kepada parti dari Pakatan Rakyat sahaja sebagai wakil rakyat mereka.

Ini sama juga seperti yang berlaku di Parlimen Pasir Mas, Kelantan dimana calun yang bertanding menggunakan lambang parti PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, jika selepas menang mereka keluar meninggalkan parti yang mereka bertanding, bermakna mereka telah mengkhianati amanah pengundi dan parti yang telah memberi mereka peluang bertanding sebagai calun. Sepatutnya kelayakan mereka sebagai wakil rakyat gugur dengan sendirinya.

Alasan mereka sebagai mewakili parti BEBAS, siapa pengundi mereka? Kawasan mana. Sepatutnya mereka-mereka ini (di Perak dan di Kelantan) tidak dibenarkan memasuki Parlimen atau Dun malahan tidak layak diberikan elaun bulanan sebagai wakil rakyat. Jika dalam Parlimen atau Dun, mereka ini bercakap mewakili pihak mana? Pengundi kawasan mana?

Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi menang di kawasan mereka sebab mereka bertanding menggunakan lambang yang mewakili Pakatan Rakyat, seandainya mereka berdua bertanding menggunakan lambang selain dari itu, pasti mereka akan tewas juga.

Ini jelas menunjukan bahawa UMNO atau BN tidak mempunyai majority di Dun Perak, kerana pengundi di ketiga-tiga kwasan berkenaan tidak pernah memilih atau mengundi calun bebas atau BN dalam pilihanraya umum tahun lalu. Tetapi oleh kerana UMNO berkuasa dan boleh apa saja di Perak, maka kini lahirlah kerajaan palsu, Exco palsu, Menteri Besar palsu yang dilantik melalui Mahkamah Rimba.

Tetapi itu lah UMNO, Rakyat tak suka, dia kata rakyat suka dia. Itu sebabnya apa yang Allah larang dan haramkan semuanya UMNO buat dan langgar. Mana ada satu pun yang Allah larang dan haramkan yang UMNO tak buat, seratus peratus dia buat dan langgar kecuali makan babi dan anjing saja mereka tolak.

Akibat mereka melantik Menteri Besar secara tergesa-gesa sedangkan Menteri Besar Pakatan Rakyat masih ada, mereka lantik Speaker baru sesama mereka sedangkan Speaker yang sah masih ada, akhirnya perbuatan mereka menjadi ikutan rakan mereka dari Parti Progresif Penduduk apabila mereka ini melantik Presiden baru secara sesama mereka sedangkan Presiden yang ada masih hidup lagi.

Itu lah UMNO, sebaik-baik manusia, sealim-alim umat, jika masuk UMNO, pastikan akan jadi zalim, jahat, penipu dan sesat.

Mereka gunakan isu ketuanan Melayu demi untuk mendalatkan kembali sokongan. Kita Tanya puak UMNO, siapakah selama ini yang menggadaikan hak-hak orang Melayu? Tanah rezab milik orang Melayu? Projek-projek dan kawasan balak yang puak UMNO dapat, kepada siapakah mereka berikan semua itu demi untuk menjadi kaya raya? Bukankah kepada taukeh-taukeh Cina juga? Pihak istana yang dapat projek dan balak, siapa di belakang mereka? Bukankah taukeh Cina juga?

Di Sunagi Lingu, Bandar Tenggara Johor, seluas 51,170 hektar tanah negeri di pajakan kepada Singapura untuk tempoh 60 tahun sejak tahun 1980 iaitu semasa Muhyidin Yasin menjadi Menteri Besar Johor sehinggakan tiada siapa rakyat Malaysia yang boleh memasuki kawasan tersebut sekarang ini. Angkara siapa semua ini? Adakah angkara PAS, Parti Keadilan atau DAP? Ini belum lagi tanah-tanah milik orang Melayu yang digadai dan dirampas oleh UMNO dan diberikan kepada orang asing semata-mata kerana wang?

Taukeh judi di Genting, taukeh kilang arak yang berselerak dalam Negara kita ini, siapa yang meluluskan lesen serta memberi tanah kepada mereka? UMNO tidak berani bersuara dalam soal ini kerana syarikat-syarikat judi serta kilang-kilang arak ini adalah penyumbang kewangan terbesar kepada UMNO terutamanya ketika musim pilihanraya dan pemilihan UMNO. Bagi UMNO, duit haram, kerja haram sudah menjadi sebati dalam perjuangan dan darah daging mereka.

Kini mereka gunakan isu komunis pula dengan tujuan untuk menjauhan orang Melayu dari DAP. Ingatlah, zaman dulu rakyat hidup tertekan akibat kezaliman dan kekejaman komunis, kini rakyat juga tertekan dan hidup dalam ketakutan angkara keganasan polis. Semuanya berlaku ketika UMNO menjadi kerajaan.

Palestin jadi porak poranda angkara yahudi, Malaysia juga jadi huru hara angkara UMNO. Ini akan berterusan selagi UMNO berkuasa. Wallahualam.

5 comments:

Anonymous said...

Useless Muhiddin Najib Organization :
Ya umno yang bertopengkan demokrasi dan perjuangan ketuanan Melayunya jika dikupas habis2, memang amalan mereka ada persamaan dengan komunis, cuma bezanya senjata yang diguna dulu2 da berubah jadi wang dan kuasa di zaman ini, P/S: Tak kanlah umno masih pakai senapang and bom untuk capai tujuan jahatnya, zaman dah berubah, la ni mana boleh lagi guna senjata, so senjata itu sudah menjelma jadi wang dan kuasa, itulah senjata mereka di zaman sekarang. walaupun caranya sudah berubah, namun amalannya tetap sama, tektik2 yang seakan2 tektik komunis berperang dahulu sentiasa diguna pakai oleh umno dalam mencapai agendanya, jadi apa bezanya umno dengan komunis? contoh yang paling dekat ialah rampasan kuasa di Perak, itu adalah salah satu tektik yang komunis gemari --rampasan kuasa !!
tak ada kiranya negara demokrasi amalkan cara ni untuk mendapat kuasa, kecualilah tentera2 komunis.
Dan satu lagi kehebatan komunis ialah main/manipulasi propaganda, cuba tanya orang tua dulu2 yang kena pukul/kena sibijik oleh komunis, betapa hebatnya mereka guna propaganda mendewa2kan komunis, dan..........
ada awak rase apa2? cam kenal jer tektik ni kan?
a.........tuler yang diamal oleh umno keparat sekarang, sama ada guna media untuk mengagong2kan umno atau nenfitnah dan menjatuhkan lawan, tidak dapat dinafikan itu adalah tektik komunis !
Dan satu lagi tektik kegemaran komunis = serang hendap, tektik favorite umno juga kan? dari mana umno belajar tu semua ? komunislah jawabnya....
-Useless Muhiddin Najib Organization

Anonymous said...

Mengapakah Mahkamah Tinggi KL memutuskan bahawa Nizar adalah MB Perak yang sah dan selang beberapa jam selepas itu Mahkamah Rayuan pula memberi akuan bahawa Mahkamah Tinggi tidak betul dan mengatakan Zambry MB Perak yang sah. Yang mana yang betul ni semua rakyat keliru akan hal ini. Sepatutnya adakan pilihan raya di Perak sekali lagi barulah yang tentu betul. Tak kan hakim Mahkamah Tinggi yang arif dengan undang-undang salah menjatuhkan hukum. Ini sudah menjadi bahaya dan mahkamah Malaysia mungkin tidak dipercayai lagi. Mengapa dengan sekelip mata sahaja arahan Mahkamah Rayuan diikuti serta merta. Ini sudah tidak betul caranya. Ini menyebabkan orang makin meluat terhadap pihak berkuasa. Jika tidak diadakan pilihan raya seluruh Perak mesti adakan pilihan raya di tiga DUN yang ADUNnya menjadi ADUN bebas kerana mereka yang sebenarnya bukan wakil rakyat yang dikehendakki pemilih mereka kerana telah keluar dari PR.

Anonymous said...

Kan awal2 lagi najib da beri signal, jangan teruja sangat dengan keputusan mahkamah...? itu tandanya dia boleh berbuat sesuatu dgn. keputusan mahkamah tu, so apa lagi yang nak diharapkan dengan MAHKAMAH KOMUNIS UMNO?
-Useless Muhiddin Najib Organization

Anonymous said...

Mengapa sibuk dengan hal Chin Peng hendak pulang ke Malaysia. Beliau sudah terlalu tua iaitu berumur lebih dari 80 tahun dan mungkin sudah nyanyuk dan bercakap pun terketar-ketar dan telinga pun kurang pendengaran serta mata pun kabur dan tak kenal orang. Untuk menarik perhatian siapa sibuk hal Chin Peng ini. Musa Ahmad dan Shamsiah Pakih pun balik ke Malaysia orang tidak peduli kerana mereka boleh buat apa terhadap negara dan rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia telah ditanam di fikiran mereka supaya menolak ideologi komunis dan mengamalkan demokrasi sejak begitu lama dan masih kekal dengan pendirian ini. Oleh itu peliharalah demokrasi di Malaysia dengan cara yang betul jangan pula ada orang yang akan mengubah fikiran pula tambahan pula ramai anak muda yang berkelulusan tinggi dan luas pengetahuan dan ada yang belajar di luar negara dan masih menganggur sedang mencari hala tuju mereka. Pihak berwajib mesti adakan pekerjaan untuk mereka dan jangan ada orang mengambil kesempatan di atas perkara ini.

princess said...

saya kecewa dengan pentadbiran Najib dan saya percaya ramai yang berasa begitu, kadang-kadang saya heran..Najib seolah-olah tidak tahu nak menunjukkan priority dalam menangani masalah negara, paling penting EKONOMI..dahlah tipu rakyat,setiap langkah dan ckp dia meninggalkan impak besar pada rakyat..lepas tu timbulkan isu-isu dan hal yang boleh alih perhatian rakyat..atau munkin ini balasan tuhan kepada kebongkakan pemerintahan UMNO selama ini, masalah datang bertimpa-timpa tetapi sebahagian besarnya adalah akibat tindakan mereka sendiri..

Search This Blog