sudah lebih 50 tahun kita merdeka.....tapi sesuaikah konsep 1 malaysia yang dilaungkan oleh najib dan konco-konconya jika pada masa yang sama masih menyebut tentang ketuanan melayu. masih mempunyai fahaman perkauman.
sepatutnya kita sama -sama matang seusia dengan tempoh kemerdekaan dengan cuba untuk menerima konsep PM bukan hanya untuk orang melayu.......negara bukan hanya kepunyaan melayu......yang dipertuan agung dan raja-raja bukan hanya untuk melayu. tapi kepunyaan semua warga negara malaysia yang sama-sama berjuang dari pasca merdeka hinggalah ketahap apa yang ada pada negara hari ini. Tidak adil jika semua bangsa di malaysia dituntut supaya patuh pada prinsip rukun negara tetapi pada masa yang sama pemimpinnya masih bercakap soal perkauman.
dari segi inilah Pakatan Rakyat dilihat mendahului BN. keahlian dan perjuangan PR lebih menyeluruh tanpa ada elemen perkauman didalamnya. keahlian anggota PR tidak hanya pada satu bangsa sahaja. berbeza dengan BN yang mempunyai 3 komponen utama yang keahlian dan perjuangannya berteraskan kaum. UMNO dengan melayunya...MCA dengan cinanya.....MIC dengan indianya.
itulah sebabnya PAS telah dapat diterima oleh bukan islam sehingga tertubuhnya dewan himpunan penyokong...... islam tidak berjuang diatas dasar bangsa.....tetapi didalam islam keadilan adalah untuk semua bangsa yang berpayung dibawahnya. telah terbukti di negeri kelantan.....walaupun cina dan india adalah minoriti disana.....tetapi mereka mendapat layanan yang sama.
patutkah jika semua rakyat yang turut menyumbang pendapatan negara melalui pelbagai cukai yang digunakan sebagai dana untuk perbelanjaan pengurusan negara dari sistem beraja, menteri-menteri(ahli politik) dan pegawai-pegawai kerajaan dan sebagainya diguris perasaan mereka oleh segelintir yang masih bercakap soal ketuanan melayu. berpersatuan tidak salah......kerana ini akan mengeratkan persaudaraan tetapi bila berpolitik.... perkauman hendaklah dielakkan..
saranan wan azizah supaya konsep ketuanan melayu dihapuskan bagi membolehkan anak-anak membesar dengan visi 'bangsa bermaruah' atau 'Melayu bermaruah' amat bertepatan dengan konsep 1 malaysia yang dicanangkan oleh najib.lagi pun ketuanan melayu tidak wujud didalam perlembagaan dan tidak perlu dibahaskan....... hanya 'Ketuanan Raja' yang termaktub didalam perlembagaan dan rakyat tanpa mengira bangsa perlu menunjukkan taat setia kepada raja.
No comments:
Post a Comment