Menteri Besar yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bercadang untuk menyumbangkan satu pertiga daripada wang simpanannya kepada PAS bagi memantapkan lagi parti dalam memperjuangkan Islam.
Aku tak heran kalau ada yang fikir TG Nik Aziz ni dah gila, apa kejadahnya nak bagi sampai 1/3 dari duit simpanan kat PAS. Dah la selama jadi Menteri Besar dia potong elaun dia 20% kalau tak silap aku, elaun lain-lain macam elaun langsung tak ambik, elaun mesyuarat Exco pun tak ambik.
"Saya sudah maklum pada setiausaha saya minta semak duit dalam akaun ada berapa, kemudian bahagi tiga. Saya hendak beri kepada parti sebagai sumbangan dalam memantapkan gerakan daulah Islamiyah," katanya kepada pemberita selepas ditemui di kediamannya hari ini.
Tindakan itu sebagai tanda kesyukuran di atas keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menutup kes bersabit tajaan terhadapnya untuk mengerjakan haji melibatkan kos RM65,000 tahun lalu. - Hrkh
Tapi, kali ni yang paling "gila". Dia nak bagi sumbangan 1/3 dari simpanan peribadi dia. Berapa banyak taktau, tapi kalau la MB negeri yang Umno perintah buat macam ni, mungkin boleh dapat berputuh juta sorang. Tapi taktau la pulak, mungkin jugak puak-puak tu simpan duit tak banyak mana. Duit jenis bukan takat tak berkat, halal pun belum tentu, nama nak lekat disimpan.
Tapi, bila ingat balik, takat 1/3 tu walaupun memang mengejutkan tapi dalam sejarah Islam, lebih dari tu pun ada yang biasa buat.
Dalam satu peperangan, sebelum perang tu Nabi minta para sahabat menyumbang untuk kelengkapan perang. Betapa hebatnya sahabat nabi, Saidina Umar menginfaqkan separuh dari hartanya. Saidina Abu Bakar pulak menginfaqkan seluruh hartanya, sampai nabi tanya Abu Bakar:
"Hai sahabatku yang budiman, kalau sudah semua hanta bendamu kau korbankan apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?Tapi, kalau ukur pulak dari sudut lain, mana nak boleh banding dengan sahabat nabi, tambah-tambah pulak Saidina Abu Bakar dan Umar. Diakhir zaman pulak tu.
Pertanyaan Rasulullah S.A.W. itu dijawab oleh Saiyidina Abu Bakar Al-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan buat mereka Allah dan RasulNya. - Tayibah.com
Puak-puak blogger Umno tentu penin bila baca berita macam ni. Dan aku yakin, akan ada yang akan spin kata TG Nik Aziz angkut atau bongkak, mungkin akan ada jugak yang kata TG Nik Aziz tak ikhlas, pasai nak bagi tapi heboh bagitau kat orang.
Tapi, nak heran apa, puak-puak ni bukannya tau tara mana sangat pasai benda-benda macam ni, takat standard kitab perukunan depa tau la kut.
No comments:
Post a Comment